Hidup kita adalah perjalanan mencari cinta-Nya demi syurga yang diidamkan. Setiap perjalanan dibelenggu dengan ujian yang menduga yang muncul sebagai titian perjalanan hidup kita.
Jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran dan pedoman kehidupan kita untuk masa kini. Ini termasuklah urusan jodoh. Orang kata untuk mendapatkan jodoh kita perlu berusaha. Berusaha yang bagaimana pula?
6 Cara Berusaha Menjemput Jodoh
1 Jaga hubungan kita dengan orang lain dan dengan Tuhan
Jaga hubungan melalui solat, hanya solat 5 waktu sehari. Mulakan dengan perkara kecil tetapi teruskan, contohnya melakukan sesuatu dengan bismillah dan berzikir kepada-Nya.
Bangun untuk solat subuh dan juga sentiasa berhubung dengan ibu bapa dan adik-beradik serta sahabat handai.
2 Belajar untuk setia
Kadang-kadang kita tidak sabar, terlalu tergesa-gesa, terlalu sayang. Jadi satu persatu kita berikrar taat setia. Kita mudah untuk menyatakan cinta dan bertukar pasangan.
Belajar untuk menjadi orang yang terbaik untuk dimiliki. Belajarlah untuk setia kepada yang satu, setia kepada cinta Tuhan. Insyallah akan dipermudahkan urusan kita.
3 Persiapkan dari segi kewangan dan kebendaan
Mulai dari sekarang kumpullah sedikit demi sedikit duit tabungan tak kira lelaki mahupun perempuan. Zaman sekarang untuk berkahwin kosnya tinggi walaupun majlis yang sederhana. Jika jodohnya sudah tiba maka saat itu semua telah di siapi maka binalah masjidmu.
4 Kekuatan kita adalah doa
Kita akui kekuatan kita adalah doa, tetapi kenapa tidak berdoa? Hanya berserah hidup tanpa memberitahu-Nya.
Jangan sombong dan ragu-ragu, Tuhan maha mendengar. Mungkin dari seribu doa kita, doa yang ke seribu seratus dimakbulkan oleh Allah. Doakanlah yang baik-baik.
5 Selalu buat solat taubat dan solat hajat
Allah mahu lihat sejauh mana keseriusan kita dalam mencari cintanya. Buatlah solat taubat untuk kita dekatkan diri dan serah hati padanya. Sesudah itu lakukan solat hajat dan nyatakan hajat kita padanNya.
6 Istisyarah adalah seperti kita meminta pendapat dan pandangan dari orang lain
Selain kita melakukan istikharah, istisyarah dapatkan pandangan orang dan mintalah pertolongan pada ustaz mahupun kawan-kawan untuk mencarikan. Taaruflah mana tahu ada jodoh.
***
Hai jodoh, harap awak dan saya akan dipertemukan tak lama lagi…
Dipersatukan dalam cinta-Nya dengan cara yang indah mengikut senario-Nya. Sekarang, cukuplah awak hanya ada dalam doa saya. Tak perlu tahu bagaimana keadaan awak sekarang, jika awak tidak cukup bersedia. Cukuplah kita hanya bertaut dalam doa, berusaha untuk setia antara satu sama lain dengan tidak menunjukkan kasih sayang kepada yang belum halal.
Kadang-kadang ada sesuatu dalam hati yang dipanggil rindu. Dia asyik tanya awak macam mana, dan bila kita jumpa? Dia antara sebab saya terus muhasabah diri untuk awak. Bukan itu sahaja, saya rindu untuk berserah kepada pencipta-Nya dengan penuh keimanan.
Jodoh saya, adakah awak tahu bahawa saya di sini menunggu awak. Menunggu kedatangan awak dengan kerinduan yang saya titipkan pada-Nya. Menyempurnakan iman yang akan menguatkan cinta ini. Cepat datang, saya masih menunggu di sini..