Tahukah anda tomato dan juga buah epal boleh membantu untuk menyembuhkan keadaan paru-paru yang sudah rosak akibat dari tabiat kuat merokok.
Mengikut kajian di Johns Hopkins Blooberg School Of Public Health telah menyatakan tentang pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal dan juga tomato juga boleh membantu menyembuhkan paru-paru yang sudah rosak berpunca dari rokok dan juga pada masa yang sama boleh melambatkan proses penuaan secara semulajadi.
Antara buah-buahan yang baik adalah pengambilan buah tomato dn juga epal kerana kedua-dua buah itu dapat memberikan kesan yang sangat bagus kerana kandungan buah itu juga dapat membantu untuk membaik pulihkan kerosakan paru-paru akibat suka merokok.
Mungkin selama ini kita hanya berfikir tomato hanya boleh dibuat untuk mencantikkan kulit muka dan epal adalah satu makanan yang berkhasiat. Mari kita ketahui lebih terperinci lagi tentang kebaikan, kahsiat kedua-dua buah-buahan ini.
Kajian juga turut menunjukkan bukti bahawa bekas perokok yang tegar yang banyak mengamalkan makan buah-buahan dan juga tomato dan paling penting buah epal juga dapat memperlambatkan penurunan fungsi paru-paru selama 10 tahun lamanya.
Para saintis juga menyatakan golongan dewasa perlu mengambil pemakanan jenis tomato sebanyak dua biji ataupun lebih daripada tiga maksimumnya pada setiap hari untuk mendapatkan manfaat dan kesan yang lebih baik.
Kebaikan tomato dan juga epal adalah amat baik untuk seorang yang merokok dan mengikut kajian orang dewasa yang mengamalkan makan buah-buahan berkenaan adalah paru-paru mereka akan berfungsi lebih baik tidak kira mereka itu merokok ataupun tidak.
Pembantu Profesor dari jabatan kesihatan Antarabangsa Bloombergyang dikenali sebagai Vanessa Garcia Larsen telah menulis satu kajian utama dan berkata bahawa, ‘Kajian ini menunjukkan bahawa diet juga boleh membantu memperbaiki kerosakkan yang ada pada paru-paru mereka yang sudah berhenti dari merokok.
Kajian itu juga turut menunjukkan bahawa dengan diet cara pemakanan buah-buahan ini juga boleh melambatkan proses penuaan secara semulajadi walaupun seseorang itu tidak pernah merokok. Ini juga merupakan salah satu sokongan pada keperluan diet dan terutama sekali bagi seseorang yang mendapat risiko yang besar seperti penyakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) atau penyakit masalah pernafasan.
Terdapat sepasukan pengkaji yang menyelidik tentang fungsi paru-paru yang dihidapi oleh lebih dari 650 yang dihidapi oleh golongan dewasa pada tahun 2002 yang telah mengunaklan prosedur spirometri iaitu merupakan satu prosedur yang mengkaji keupayaan paru-paru demi mendapatkan bekalan udara. Pengkaji juga turut mengambil kira-kira dua ukuran standard dari setiap pesakit iaitu dengan keupayaan mereka menyedut dan juga menghembuskan nafas.
Diet keseluruhan mereka juga dinilai kepada 10 tahun kemudiannya. Paru-paru mereka juga akan diuji untuk sekali lagi bagi mengetahui fungsi paru-paru mereka masa itu. Akan lebih mudah untuk melihat hubung kait diet dan berfungsinya paru-paru. Dalam amsa tempoh panjang selama 10 tahun itu, bekas perokok tegar seharusnya makan lebih banyak buah epal dan juga toma jika menginginkan paru-paru mereka baik seperti sedia kala.
“Fungsi paru-paru mula menurun pada umur 30 tahun pada kelajuan berubah-ubah bergantung kepada kesihatan umum dan spesifik individu,” kata Garcia-Larsen.
Jika makan lebih banyak buah-buahan secara kerap ia juga dapat membantu untuk mengurangkan penurunan fungsi paru-paru pada mereka yang sudah lanjut usianya. Ia juga dapat membantu untuk membaik-pulih kerosakkan yang ada pada paru-paru kerana disebabkan tabiat merokok.
Dengan cara pengambilan diet yang sihat, ia juga boleh menjadi salah satu cara untuk mengurangi perningkatan dianosisi COPD diseluruh dunia.
Kelebihan-Kelebihan Dan Khasiat Buah Epal
Baik untuk kesihatan
Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik yang merupakan antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.
Baik untuk melawaskan perut dan sembelit
Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.
Risiko kanser rendah
Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah. Menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.
Mengandungi serat yang tinggi
Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan
Kandungan agen antioksidan yang terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.
Menghalang penyakit jantung dan kanser
Fitokimia dalam epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
Membantu proses mengawal berat badan
Kandungan serat dan kalori yang tinggi dalam epal penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari rasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
Bebas kolestrol dan lemak
Kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan
Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)
Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.
Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin
Vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. antara khasiat yang terdapat dalam epal. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
Kelebihan-Kelebihan Dan Khasiat Buah Tomato
Setelah anda mengetahui apa kelebihan dan khasiat epal, berikut ini pula khasiat buah tomato yang juga dirujuk sebagai “functional food” iaitu makanan yang boleh membekalkan nutrisi-nutrisi asas, mencegah penyakit kronik dan membekalkan khasiat yang lain.
Mengurangkan risiko sakit jantung
Menurut kajian yang dilakukan di Tufts dan Universiti Boston, America Syarikat menyatakan bahawa pengambilan lycopene (salah satu nutrisi tomato) boleh mengurangkan risiko masalah kardiovaskular dan masalah jantung sebanyak 30%
Kaya dengan vitamin dan mineral
Tomato boleh membekalkan badan dengan vitamin dan mineral yang banyak seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B1,B3,B5,B6,B7, vitamin C, folat, zat besi, potassium, magnesium, chromium, choline dan phosphorus.
Tomato boleh mengurangkan kesan buruk merokok
Seperti dinyatakan di kajian di atas tadi, tomato boleh mengurangkan kesan buruk yang disebabkan oleh asap rokok. Ia tidaklah merawat, namun boleh mengurangkan kesannya.
Tomato mengandungi asid coumaric dan asid chlorogenic yang boleh melindungi badan daripada bahan yang karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) yang dihasilkan oleh asap rokok.
Penambah rasa secara semulajadi
Tomato boleh menambahkan rasa kedalam sajian makanan anda. Selain mudah untuk didapati, diproses dan ditambah dalam makanan, tomato memainkan peranan yang baik sebagai perasa yang berkhasiat.
Semasa proses penyediaan makanan, ada kemungkinan vitamin C di dalamnya akan terjejas. Namun haba semasa memasak boleh merancang penghasilan lycopene dengan lebih banyak.
Banyak kandungan Fitonutrien
Jika dibandingkan dengan fitonutrien, hanya beberapa sahaja yang mempunyai kandungan yang setanding dengan tomato.
Tomato mengandungi flavonones, flavonols, hydroxycinnamic acids, carotenoids dan glycosides. Kandungannya adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan sayur-sayuran yang lain.
Memperbaiki sistem penghadaman dan elak sembelit
Tomato boleh membantu badan anda memperbaiki sistem penghadaman dan hati. Selain itu, mencegah daripada berlakunya sembelit, lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan bayam yang dikisar menjadi smoothy.
Kurangkan bahaya pengambilan ubat Statin
Ubat statin merupakan satu klasifikas ubat yang boleh mengurangkan tahap kolestrol badan dengan mengurangkan penghasilannya oleh hati, dengan menyekat tindak balas enzim. Pengambilan ubat ini ada implikasinya, antaranya adalah penyakit hati.
Satu kajian telah membuktikan bahawa 60ml perahan tomato setiap hari sudah cukup untuk mengurangkan kesan ubat statin.
Mencegah masalah buah pinggang dan batu karang
Tomato boleh bertindak sebagai disinfektan untuk melindungi badan daripada cirit- birit dan mengelakkan berlakunya batu karang, dalam jangka masa panjang. Pada masa yang sama tomato boleh mengurangkan masalah dan risiko masalah saluran kencing.
Jaga kesihatan rambut
Amalan meminum jus tomato secara berkala boleh memperbaiki penampilan dan tesktur rambut. Manakala, kandungannya yang kaya dengan vitamin K membantu menguatkan akar rambut, menjadikannya lebih sihat.
Kulit lebih sihat
Sebahagian besar kandungan di dalam tomato boleh bertindak untuk kesihatan kulit dan mengelakkan daripada masalah kerosakan sel kulit. Kajian ada menyatakan bahawa amalan meminum 2 gelas jus tomato setiap hari boleh membantu memperbaiki penampilan kulit dalam jangka masa yang singkat.
Kesihatan tulang
Walaupun tomato tidak mengandungi kalsium, ia tidak menghalangnya menyumbang kepada kesihatan dan kekuatan tulang. Tomato boleh membantu dengan meningkatkan kadar ratio kalsium di dalam badan.
Perkara ini berhasil dengan adanya kandungan antioksida yang tinggi di dalam tomato tersebut.
Meningkatkan sistem imun badan
Pengambilan tomato setiap hari boleh meningkatkan kadar vitamin C di dalam darah, yang mana boleh mengawal kadar penghasilan hormon dan menguatkan sistem imun (daya tahan badan).
Selain itu, meminum jus tomato juga boleh menenangkan diri dari pada masalah tekanan diri ataupun stres.
Mengurangkan risiko darah beku
Jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko darah beku di dalam badan. Gumpalan yang terlalu banyak dalam saluran darah boleh menyebabkan masalah tersumbat. Darah yang beku dan tersumbat boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang besar jika tidak dirawat dengan cepat.
Fitonutrien yang didapati di dalam tomato diyakini dapat mengurangkan masalah darah beku ini.
Mencepatkan pembakaran lemak
Tomato boleh meransang penghasilan satu jenis asid amino yang mana boleh mencepatkan kebolehan badan untuk membakar lemak sebanyak 30%, berdasarkan satu kajian.
Melindungi mata
Tomato mengandungi kandungan vitamin A, beta carotene dan lutein yang banyak, iaitu beberapa nutrisi yang membantu anda dalam menjaga kesihatan mata.
Nutrisi tersebut juga terdapat di dalam lobak merah. Oleh itu, jika anda mengamalkan meminum jus tomato (ditambah dengan lobak merah), anda boleh harapkan penglihatan anda akan bertambah baik.
Menjauhkan anda serangan strok
Strok ataupun angin ahmar merupakan penyakit yang biasa di alami oleh rakyat Malaysia pada peringkat umur 50-an. Dan satu kajian dari Harvard mendapati bahawa diet yang mempunyai tomato boleh mengurangkan risiko strok.
Menstabilkan biokimia badan bagi pesakit kencing manis
Menurut satu kajian yang dijalankan oleh jurnal Cell Biochemistry and Biophysics, ahli saintis mendapati bahawa pengambilan tomato ataupun lycopene (nutrisi yang terdapat di dalam tomato) boleh menstabilkan biokimia di dalam badan bagi pesakit kencing manis.
Mengurangkan risiko kanser prostat
Tomato kaya dengan serat yang boleh mengekalkan kesihatan usus, dengan mengurangkan risiko kanser prostat yang biasanya akan menyerang 1 daripada 8 lelaki. Nutrisi yang bertanggungjawab dalam kesan ini adalah dikenali sebagai alpha- tomatine.
Mengurangkan risiko kanser payudara
Risiko kanser payu dara boleh dikurangkan dengan pengambilan tomato di dalam diet secara berkala. Kenapa? Kerana nutrisi yang terdapat di dalam tomato seperti alpha-carotene, beta-carotene, lutein, zeaxanthin, lycopene, dan carotenoids di dapati boleh mengurangkan risiko kanser tersebut.
Penutup bicara, mengamalkan gaya hidup sihat demi kepentingan dan kesihatan sendiri tiada ruginya. Bagi perokok tegar diluar sana yang mempunyai niat untuk berhenti dari tabiat merokok, anda bolehlah mengamalkan makan buah epal dan tomato dari sekarang.
Bermulalah dari sekarang sebelum anda menyesalinya di kemuadian hari. Semoga sihat sentiasa!
Sumber: Worldofbuzz.com , panduan-tips-petua.blogspot.my, panduansaya.com