Senang ke membuat wanita mudah cair? Secara jujurnya, tidak sukar untuk memikat wanita terutama hatinya. Ini beberapa cara yang dikongsikan oleh wanita yang dapat membantu lelaki.
1 “Seronok bila ada orang ingat apa yang kita pernah beritahu dan dia laksanakannya.”
Ingat perkara yang diucapkan oleh wanita. Wanita akan berasa seronok apabila lelaki mengingati perkara yang pernah diberitahu dan lelaki pula bertindak terhadapnya atau melaksanakannya. Walaupun perkara yang mudah seperti makan, dan kemudian lelaki mencadangkan tempat makan yang menarik yang boleh anda cuba bersama. Ini menunjukkan bahawa lelaki itu bukan sahaja mendengar, malah cukup mengambil berat untuk memikirkan sesuatu yang disukai oleh wanita itu.
2 “Dia membancuh minuman untuk saya selepas bangun daripada tidur.”
Wanita suka apabila lelaki membuatkan minuman untuknya. Mereka duduk bersama dan menikmatinya.
3 “Dia peluk saya sepanjang hari.”
“Suami saya mencium tangan saya. Ia membuatkan saya berasa tenang. Dan dia peluk saya sepanjang hari. Tanpa apa-apa sebab. Apabila saya lalu di hadapannya ketika hendak ke dapur, saya berhenti seketika dan kami berpelukan.”
4 Memasak
Memasak untuk pasangannya, dan bonus jika lelaki boleh memasak lebih daripada satu menu.
5 “Dia risaukan saya.”
“Kadang-kadang dia text saya, bertanya menu untuk makan malam. Dia selalu ambil berat tentang keadaan saya. Bila dah lama tak keluar dating, dan saya beritahu ibu sakit, dia kecewa saya tidak memaklumkan kepadanya.”
6 “Mengangkat berat.”
Ramai wanita yang suka lelaki bersenam dan mengangkat berat.
7 “Dia tidak menyentuh saya.”
Lelaki yang menghormati wanita pasti dapat memikat hati mereka.
8 “Dia tahu memesan minuman kegemaran saya.”
“Dia memberi perhatian terhadap perkara yang kecil. Dia tahu minuman kegemaran saya. Dia pernah memberikan saya hadiah yang saya tidak pernah terfikirkannya tetapi dia tahu taste saya.”