Pada hari ini hampir suku penduduk Malaysia adalah warganegara Bangladesh dan terfikir kenapa ramai warga mereka menapak di negara ini?
Namun, antara salah satu sebabnya ialah mereka adalah golongan yang boleh dikategorikan sangat rajin bekerja dan sanggup berkorban untuk keluarga mereka.
Jika hendak dibandingkan dengan rakyat Malaysia sendiri, sememangnya mereka sangat rajin dan tidak memilih kerja. Asalkan halal dan boleh menyara keluarga mereka di Bangladesh, sudah mencukupi buat mereka.
Walaupun dengan gaji hanya sekitar RM1000 sebulan, mereka mampu menyara hidup mereka di Malaysia, malah boleh menyara anak dan isteri dikampung pula.
Dalam masa warga Bangladesh boleh menguruskan kehidupan dengan gaji yang rendah sebulan dan siap berkemampuan menghantar duit untuk keluarga di kampung, rakyat Malaysia masih duduk mengeluh dan mengata-ngata.
“Boleh la, duduk hostel tidur pun berhimpit-himpit. Tak payah bayar sewa sebab sudah ditanggung majikan.”
“Boleh la, sebab datang sini bujang, tidak bawa keluarga bersama. Kita di Malaysia ada keluarga yang perlu ditanggung.”
“Takkan nak suruh rakyat Malaysia hidup macam Bangla bla bla bla”
Sebenarnya, itu hanyalah rekaan bagi mereka yang tidak mahu menerima realiti kehidupan warga Bangladesh yang cukup berdisiplin bila berkaitan dengan hal duit. Merek tidak berbelanja mewah dan sebagainya. Sepatutnya dari sudut itu, kita harus mengambil pengajaran dari mereka.
Jika anda tertanya-tanya mengapa mereka begitu cermat dan mampu menanggung keluarga mereka hanya dengan gaji yang sama banyak dengan anda yang anda rasa tidak pernah mencukupi itu? Berikut ini hakikatnya.
1 Warga Bangladesh tidak memakai telefon mewah
Telefon berharga paling murah itulah mereka guna. Rakyat kita bergaji rendah, ada yang masih belajar lagi tapi sudah menggunakan iPhone keluaran Apple. Gaji sebulan ternyata habis dengan telefon itu saja.
Warga bangladesh tak hisap vape dan jarang sangat nampak mereka melepak kedai mamak hisap rokok. Rakyat kita pula vape bagaikan satu keperluan hidup sehingga sanggup memaki hamun para doktor di KKM apabila diusulkan vape perlu diharamkan.
2 Prihatin dan cinta pada keluarga
Warga Bangladesh memang tidak bawa keluarga ke Malaysia. Tapi mereka tidak lupa pada keluarga tercinta. Dari duit gaji RM1,000-RM1,500 itu mereka boleh kirimkan kepada mereka.
Rakyat kita bergaji ribuan malah ada yang sehingga mencecah 5 angka, tetapi hendak seribu dalih hulurkan kepada ayah dan bonda sebanyak RM200-RM300 sebulan. Itupun tidak seikhlas hati dan dengan pelbagai alasan.
3 Berjimat cermat dan bijak soal kewangan
Warga Bangladesh memang catu makanan dan kehendak diri untuk berjimat. Jika mereka jatuh sakit, mahu membeli ubat jantung Metalyse yang berharga RM5,600 mereka terpaksa bayar pada harga penuh. Rakyat Malaysia pula hanya bayar seringgit untuk ubat yang sama.
4 Menjaga diet pemakanan
Tidak pernah nampak warga Bangladesh di Malaysia yang obes. Rakyat Malaysia pula, mengaku menganggur dan terseksa dari segi wang tapi semangat berjuang untuk sebuah kehidupan, anda nilaikan sendiri. Cukup saja anda tahu, negara kita adalah juara indeks obesiti di Asia.
5 Tak tinggal solat
Walau kerja buruh binaan setengah mati, solat jemaah di masjid tak pernah tinggal. Biasa saf-saf utama mereka yang penuhkan. Azan pun mereka yang laungkan sebab mereka paling awal tiba.
Bulan Ramadhan juga tak tinggal solat Maghrib di masjid. Rakyat Malaysia yang kuat complaint dan maki hamun kerajaan nak nampak batang hidung kat masjid seminggu sekali pun payah tapi online di platform media sosial dan maki hamun orang, mem-bawang 24 jam.
Akhir kata, sebaiknya apa yang telah diisi di sini kita ambil dari sudut positif, sedarlah bahawa mereka sememangnya bangsa yang rajin dan tidak pula memilih pekerjaan.
Tidak seperti kebanyakkan anak muda di Malaysia yang hanya memandang pangkat dan gaji yang mahal. Selepas dicongak, apa yang penting adalah usaha.