Selalunya wanita sahaja yang mahu dibelai dan juga mahu dijaga hatinya. Bagaimana pula dengan lelaki? Anda sebagai pasangannya perlulebih sensitif dalam menjaga hati pasangan anda.
Walaupun teman lelaki anda sukar untuk menunjukkan perasaannya, tetapi anda seharusnya mengambil tahu apa yang pasangan anda suka dan tidak suka.
Ada beberapa perkara yang dalam tidak sedar anda telah melukakan hatinya dan membuatkan dia tidak rasa senang dengan anda. Mungkin anda tidak sengaja, namun ini la perkara-perkara yang boleh membuatkan si di berkecil hati.
1 Mengutuk teman baiknya
Lelaki paling tidak suka jika anda mengutuk teman baiknya. Ini kerana mereka sudah lama kenal dan ikatan mereka seperti adik beradik. Jika anda berkata perkara yang tidak baik terhadap teman baiknya, dia juga turut terasa.
2 Suruh dia berubah
Teguran seperti ini memang agak sensitif, mereka akan menganggap anda tidak menerimannya seadanya. Sebenarnya dengan menyuruhnya untuk berubah menjadi lebih baik itu perlu jika dia mempunyai tabiat buruk. Jika benar dia sayangkan anda dia pasti akan berubah.
3 Queen control
Leaki tidak suka dikawal, lagi-lagi di dalam bab sesuatu yang dia suka. Misalnya dia suka bermain game online, anda marah dan menyekat hobinya itu, kemungkinan besar ia boleh menyebabkan pergaduhan. Selain itu, mereka tidak suka jika teman wanita mereka menyekat kemahuan mereka untuk keluar menghiburkan hati bersama rakan-rakan. Bagi mereka itu cara untuk melepaskan tekanan jika mempunyai masalah di tempat kerja. Jangan pula anda menambahkan lagi kemarahannya ya.
4 Membanding-bandingkan dia dengan orang lain
Jika dia mempunyai kelemahan, jangan pula anda membanding-bandingkan dia dengan orang lain. Pakar psikologi berkata orang yang suka membanding-bandingkan dengan orang lain tidak akan bertemu dengan kebahagiaan.
5 Jangan sibuk dengan handphone
Jika anda sedang keluar berdua, jangan pula anda lebihkan handphone berbanding denganya. Itu boleh mengudang kemarahan dia. Jika hendak sibuk dengan handphone, lebih baik jangan keluar berdua kan? Ketepikan dahulu handphone dan hargai masa anda berdua ketika bersama.
Setiap orang ada kebaikan dan keburukkannya, sebaiknya terima segalanya dengan hati yang terbuka.