Bagi sesetengah lelaki, bukan semua lelaki mempunyai citarasa yang sama tentang seorang perempuan. Ada dikalangan mereka sukakan wanita yang perwatakkan manja dan kebudak-budakan.
Ada yang lebih sukakan wanita yang berfikiran lebih matang dan bersikap bersahaja. Ada yang sukakan wanita yang umurnya lebih muda dan ada pula yang lebih sukakan wanita yang lebih berusia. Kadang-kadang ramai yang bercakap tidak manis apabila lelaki memilih wanita yang lebih berusia atau matang ini. Mengapa?
Selidiki mengapa lelaki lebih memilih wanita yang lebih tua berikut ini
Adakah salah jika mereka membuat keputusan untuk memperisterikan seorang wanita yang lebih berusia? Ini kerana bagi mereka, wanita yang berusia lebih tua mempunyai peribadi yang lebih matang dalam pelbagai hal.
#1 Bagi lelaki, wanita yang matang dan lebih tua mampu berfikiran lebih matang dan tahu bagaimana hendak mengatur hala tuju hidupnya.
#2 Dalam segi kewangan pula, wanita lebih matang usianya stabil dari segi kewangannya.
#3 Mempunyai daya intelek yang lebih tajam. Ajaklah mereka berbual dalam apa sahaja topik, pasti tidak membosankan kerana mereka lebih berpengalaman dalam semua hal.
#4 Kerana pengalaman itu la mereka lebih relaistik dan berfikiran lebih matang.
#5 Mereka lebih berpikiran positif dan berfikiran terbuka. Emosi mereka juga lebih stabil. Tidak seperti wanita muda yang mudah sentap.
#6 Mereka pandai membawa diri di mana sahaja mereka berada, dan mudah bergaul mesra dengan orang sekeliling. Tahu bagaimana hendak membezakan apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu.
#7 Mereka lebih tahu selok belok kehidupan. Pengalaman mereka yang ada mampu membimbinga anda untuk menjadi suami yang baik untuknya kelak.
#8 Mereka lebih tegas dengan apa yang mereka mahukan dan sekaligus memberikan kesan yang baik untuk anda lebih maju dalam hidup.
#9 Mereka tidak suka memaksa anda, malah lebih suka anda menjadi diri sendiri.
#10 Mereka mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Sukakan budak-budak dan mampu menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak anda kelak.
Sebenarnya ada saja wanita yang lebih muda bersikap lebih matang dan juga sebaliknya. Ianya adalah mengikut bagaimana cara anda berfikir.
Sumber: Baituljannah.com