Jika anda perasan, pasangan anda yang dahulunya seorang yang suka mengambil berat badan tiba-tiba berubah perangai. Mesti ada sesuatu untuk disembunyikan.
Samaada si dia sudah mulai bosan dengan anda, ataupun paling menakutkan jika dia sudah berubah hati dan beralih arah kepada wanita lain. Ianya bukan perkara mudah untuk diterima.
Anda harus waspada jika tanda-tanda ini ada pada pasangan anda, jika anda perasan ada perubahan pada dirinya, jangan bertindak melulu, malah berbincang dengan elok-elok ya!
1 Menolak
Apabila diajak keluar, si dia sering menolak dan memberi pelbagai alasan. Alasan-alasan yang tidak munasabah seperti sakit perut, tak cukup duit sedangkan anda menawarkan diri untuk mengeluarkan belanja tetapi si dia tetap menolak. Itu tandanya si dia benar-benar ingin menjauhkan diri dari anda. Kemungkinan juga si dia sudah bersedia untuk meninggalkan anda.
2 Membesarkan masalah kecil
Suka membesarkan perkara kecil sehingga mengakibatkan perbalahan yang boleh menghancurkan hubungan anda berdua. Kadang-kadang si dia yang sering memulakan pergaduhan, mungkin juga kerana si dia sudah mulai bosan dengan anda.
3 Kurang melafazkan kata-kata cinta
Jika dulu, setiap mesej diselitkan dengan kata-kata cinta, setiap luahan pastinya berbunga-bunga, tapi sekarang sudah tidak lagi, malah dia lebih gemar menutup perbualan hanya dengan ‘bye’.
4 Perubahan tingkahlaku
Apabila pasangan kita susah berubah hati biasanya akan mempengaruhi tingkahlakunya terhadap pasangan. Contohnya, bila anda bersamanya. Anda mungkin perasan si dia tidak lagi ramah seperti dahulu, si dia lebih banyak masa dengan telefon bimbitnya, tidak lagi fokus dengan apa yang sedang anda berdua bincangkan, seperti ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya, mungkin si dia sedang memikirkan seseorang.
5 Tidak bertanyakan aktiviti anda
Dia sudah jarang bertanyakan tentang aktiviti seharian anda, jika dahulunya setiap hari memang wajib bertanyakan semua benda. Sampaikan jika nada ingin keluar dengan ibu bapa pun perlu minta izinnya.
6 Suka meninggalkan perbualan begitu sahaja
Kalau dulunya berjam-jam sanggup berborak telefon, sanggup chat sampai tengah malam. Tetapi apabila dia mula bosan dan sudah ada peneman lain, dia mula berubah dan kadang kala memberi alasan yang tidak munasabh untuk memberhentikan perbualan dengan anda. Sangat ketara bukan!!
Sebenarnya sangat kejam perbuatan-perbuatan ini jika diingatkan bagaimana usahanya dahulu untuk memenangi hati kita sampaikan kita cair dengan kata-katanya dan menyerahkan seluruh cinta kepada mereka, Namun apabila mereka mula merasa sudah bosan, atau telah bertemu dengan cinta baru. Senang-senang pula mereka meninggalkan kita.
Setiap pasangan perlu ada rasa tolak ansur, jika anda rasa hati sudah mula tawar dengan pasangan, jangan bertindak melulu dan mudah melepaskan kata putus. Ingat bagaimana susahnya anda ingin memilikinya dahulu.