Sebenarnya wanita yang sukar untuk mendapatkan jodoh, bukanlah seorang yang sombong. Jika dilihat ramai wanita yang periang dan ramah pun ada yang lama bersendiri, dan mengapa begitu?
Mereka yang memilih untuk single sering dalebelkan sebagai wanita yang sombong dan memilih. Sebenarnya tiada salahnya untuk mereka memilih pasangan hidup mereka. Perkahwinan itu bukan perkara mudah dan boleh diambil ringan kerana ianya melibatkan banyak pihak.
Tetapi jika terlalu memilih pun susah juga, jangan pula sampai ke tua tiada pasangan. Itu harus difikirkan juga ya. Sememangnya wanita yang masih bersendiri bukan la tidak mahu bercinta, cuma kebanyakkan mereka mempunyai kenangan yang mereka tidak dapat lupakan. Kenangan itu la yang mengahantui mereka sehingga membuat keputusan untuk membujang lebih lama kerana takut tersilap pilih pasangan.
Jika anda mempunyai kenalan yang lama berseorangan dan memilih untuk single, jangan pula mengajukan soalan ‘bila nak nikah?’ mungkin mereka tergolong dalam kalangan ini.
Pernah putus cinta
Mereka mesti mempunyai kenangan pahit ketika bercinta dahulu, mungkin juga dicurangi pasangan, sebab itu mereka takut untuk jatuh cinta lagi. Almaklum la ramai sangat wanita-wanita yang suka caras pasangan orang. Macam tidak wujud lagi lelaki single kan?
Tidak suka dikongkong
Ada sesetengah wanita akan merasa rimas jika terlalu dikongkong. Ada sesetngah pasangan, suka mengongkong dalam apa jua perkara termasuk lah dari segi pergaulan. Agak susah nak hadapi pasangan yang sebegini, boleh jadi setiap hari akan berlaku pertelingkahan.
Terlalu sibuk dengan kerja
Sebagai wanita yang bekerjaya, ini adalah salah sau faktor mengapa ada wanita yang masih single biarpun dalam usia 30 an. Ini kerana mereka tiada masa untuk berfikir tentang lelaki, yang hanya dalam fikiran adalah kerja, kerja dan kerja.
Terlalu memilih pasangan
Jika boleh hendakkan lelaki yang berbadan tegap, berkulit cerah, berharta, lelaki yang baik dan solehah. Semuanya nak sempurna. Hidup ini kita perlu sedar bahawa tiada manusia yang sempurna. Pilih lelaki yang baik agamanya, InshaALLAH hidup anda akan lebih bererti. Rupa dan harta bukan ukurannya
Takut tersalah pilih suami
Perkara ini berlaku apabila ada rakan-rakan yang sudah berkahwin menceritakan pengalaman perit dalam rumahtangga. Kena tampar la, kena sepak la, suami curang dan sebagainya. Mereka yang masih single akan rasa takut andainya tersalah pilih pasangan dan menerima nasib yang sama.
Pilihan hati dibantah keluarga
Jika sekali pilihan dibantah keluarga, itu mungkin biasa, tetapi jika sudah selalu sangat pasangan tidak direstui keluarga, hati pun sudah rasa malas mencari cinta. Biar jodoh itu datang sendiri saja.
Sebaiknya sebagai wanita jangan la memilih sangat, emmang memilih itu penting namun jika sampaikan keterlaluan, mahukan yang sempurna sahaja susah juga kan? Yang penting hati budi baik dan mampu membimbing anda ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Itu sudah mencukupi. Bahagia di dunia dan akhirat.
Sumber: –