Yang suka mengelamun nak pergi korea selatan tak? Selalunya, kita akan mengelamun apabila mempunyai masalah dan tekanan dari luar buat kita rasa stres dan murung, ianya bukanlah sesuatu yang bagus diamalkan.
Seharusnya manusia perlu bertindak lebih cergas, aktif dan lebih positif agar boleh menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan gembira. Malah, ada kajian yang dijalankan mengatakan orang yang suka mengelamun ini adalah seorang yang bijak. Mereka yang suka mengelamun dikatakan mempunyai keupayaan otak yang baik sehingga fikirannya sentiasa mengelamun. Sebagai contoh, kanak-kanak yang kuat berimaginasi ternyata seorang yang bijak.
Kajian itu dilakukan kepada 100 orang responden. Kelebihan orang yang suka mengelamun adalah memeiliki intelektual yang tinggi dan daya imaginasi yang tinggi.
Tetapi berlainan pula di Korea Selatan, apabila mereka mengadakan pertandingan termenung paling lama. Pelik bukan? Tetapi begitulah cara mereka tenangkan fikiran dengan mengadakan pertandingan ini.
Mengikut laporan Koreaboo, pertandingan ini sudah dilakukan sejak tahun 2014 dan diadakan setahun sekali.
Pertandingan “Space Out Challenge” ini mencabar peserta untuk berkhayal tanpa melakukan sebarang aktiviti. Mereka dikehendaki termenung selama masa yang diberikan.
Peserta diberi masa selama 90 minit untuk mengelamun. Dan apa yang menariknya, pemenang bukan hanya dipilih pada siapa yang paling lama termenung sahaja, malah ada kriteria- kriteria yang perlu diambil kira untuk diangkat sebagai pemenang.
Kriteria pemenang ialah mereka perlu mempunyai degupan jantung paling tenang dan akan diperiksa setiap 15 minit sekali. Selain itu, peserta juga dilarang tidur atau ketawa sepanjang pertandingan.
Menurut peserta, pertandingan tersebut banyak manfaatnya. Ia dapat menghilangkan tekanan.
Kepada mereka yang selalu rasa tertekan, bolehlah masuk pertandingan ini. Selain dapat berehat, anda juga dapat tenangkan fikiran. Dengan syarat, anda tidak boleh tidur. Nampak saja seperti mudah, tetapi sudah tentu ada cabarannya.
Sumber: Hanasuva.com