Ramai diantara kita yang suka termenung jauh, bagi mereka yang tidak memahami, mereka menganggap didalam fikiran kita ‘kosong’, termenung tanpa memikirkan sesuatu.
Ada yang beranggapan mengelamun adalah tabiat yang tidak baik kerana ia boleh mengganggu tumpuan dan hilang fokus. Tetapi tahukah anda bahawa ada satu kajian mengatakan bahawa termenung itu adalah satu petanda bahawa anda seorang yang bijak.
Kajian terbaru dari The Institute of Technology Georgia, minda sering mengelamun adalah tanda otak bosan melakukan perkara secara teratur. Mereka yang suka mengelamun mempunyai keupayaan otak yang baik sehingga fikirannya sentiasa mengelamun. Sebagai contoh, kanak-kanak yang kuat berimaginasi ternyata seorang yang bijak.
Hasil kajian yang dilakukan ke atas 100 responden mendapati, mereka yang kuat mengelamun mempunyai kemampuan intelektual lebih tinggi. Ini kerana mengelamun membuatkan otak lebih cerdas dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Jadi jika ada yang menegur anda mengapa anda suka termenung, katakan sahaja bahawa orang yang sedang termnenung sebenarnya sedang menunjukkan bahawa dirinya seorang yang genius!
Sumber: Kompas.com