Sangat stres apabila mempunyai rakan serumah yang hanya pentingkan diri dan pemalas. Semua kerja rumah kita yang lakukan walaupun sama-sama dalam keadaan penat setelah pulang dari bekerja.
Beruntung jika mempunya rakan serumah yang rajin dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan rumah, tetapi bagaimana pulak jika rakan serumah anda seorang yang pemalas, pengotor dan suka bersosial?
Ada beberapa jenis rakan serumah yang sememangnya kita tidak mahu sama sekali mereka serumah dengan kita.
Pemalas
Sama-sama penat pulang dari bekerja, tetapi kerja rumah mengemas, menyapu, memasak, bahkan membasuh pinggan pun kita sahaja yang lakukan. Dia hanya makan, basuh tangan dan terus menonton televisyen. Baju sendiri tidak berlipat, apatah lagi ingin mengemas rumah. Sakit hati bukan?
Pengotor
Balik saja dari pulang kerja, masuk ke dalam rumah berbau sampah. Siapa saja akan sakit hati, sedangkan rakan serumah tidak bekerja seharian. Susah sangat kah mahu membuang sampah? Begitu lah selalu bermain di benak fikiran. Nak diluah nanti ada yang terasa hati.
Cepat terasa
Antara kata lain untuk cepat terasa yang orang sekarang pakai ialah “kuat sentap” semua hendak terasa, kadang-kadang kita hanya bergurau kerana ingin meriuhkan suasana, tetapi dia terlalu cepat “sentap” sehinggakan melarat 3 hari tidak bercakap. Keterlaluan bukan?
Bercakap tak henti
Sememangnya seronok mempunyai rakan serumah yang banyak cakap, kerana tidak merasa bosan bila bersamanya. Tetapi jika setiap hari hanya topik berkenaan kekasihnya sahaja yang dibualkan, siapa pun akan merasa sangat bosan. Cuba ubah topik supaya rakan serumah tidak merasa bosan dan sentiasa lakukan aktiviti bersama, kan seronok begitu.
Sangat sosial
Hampir setiap hari pada waktu malamnya, dia akan membawa rakan-rakan balik ke rumah, jika hanya berbual kosong biasa dan untuk seketika mungkin sahaja boleh bersabar dan dibiarkan. Tetapi ada rakan serumah yang jenis tidak memahami. Bukan sahaja membuat bising pada tengah malam mengganggu rakan sekerja, tetapi juga jiran-jiran tetangga. Bangun sahaja awal pagi sudah terlihat di ruang tamu yang penuh dengan pinggan dan gelas yang digunakan semalam. Sudah lah berbuat bising, makan pula bersepah dan apatah lagi hendak membasuh gelas dan pinggan. Ukan itu sahaja setiap kali hari minggu pasti saja keluar malam balik siang, Stress dan bertambah stress.
Pinjam duit tapi tak bayar balik
Sebelum meminjam susunan ayat sangat manis dan terasa sedih apabila orang mendengarnya, janjinya untuk membayar balik hanyalah tinggal mimpi. Sebulan ke sebulan tiada khabar berita, akhirnya halalkan saja. Begitu juga jika meminjam barang, title “pinjam” kini bertukar menjadi “hak milik”. Sungguh tidak adil bukan?
Cuba anda nilai diri anda sebagai seorang rakan serumah, adakah anda telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakan serumah dengan baik? Jangan mementingkan diri saja, jaga orang sekeliling juga.