Viral di laman Facebook, seorang wanita berkongsi detik-detik yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya, dimana seorang lelaki tidak dikenali mencerobohi kediaman rumahnya.
Kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari lalu, kira-kira jam 12.14 pagi ketika wanita yang dikenali sebagai Yuyun Nissa dan anak-anaknya tiada di rumah.
CCTV menghantar mesej ada pergerakan dikesan, ternyata rumah kediaman miliknya dimasuki pengawal keselamatan.
Kisah ini bermula apabila dia dalam perjalanan balik setelah keluar makan di luar. Tiba-tiba, dia mendapat ‘notification’ dari cctv dalam rumah melalui telefon bimbitnya dan dia semakin risau apabila ‘notification’ berkenaan asyik blink-blink.
Lalu, dia melihat sendiri rakaman berkenaan. Alangkah terkejutnya Yuyun apabila melihat seorang lelaki ‘familiar’ kerana baju yang dipakai lelaki tersebut.
“Allahuakhbar sekali tgok ade seorang lelaki dlm rumah yun, lelaki tu mcm familiar sgt sekali tgok baju dia pakai Oh No!! Kenal sgt.. rupanya security guard perumahan yuyun“, katanya dalam laman Facebook miliknya.
Lelaki berkenaan berkeliaran dalam rumahnya dan naik turun tangga.
Lebih menakutkan lagi apabila lelaki berkenaan sempat menghubunginya
Dia menghubungi Yuyun dengan menggunakan WhatsApp Call untuk bertanya di mana keberadaan wanita tersebut.
Yuyun menceritakan bahawa motif pengawal keselamatan tersebut memasuki rumahnya bukanlah kerana ingin mencuri mahupun merompak.
Dia mengatakan lelaki berkenaan memang mencarinya dan mempunyai niat yang tidak baik.
“Rumah semua berkunci tapi dia lagi pandai, x la tahu mcm mana dia boleh masuk dr mana. Sebab cctv cuma dpt detected kat ruang tamu je.”
“Kita terus cepat2 call kakak & abg ipar suruh pergi tgokkan rumah (rumah kakak sebelah lorong je dekat)”, ujarnya lagi.
Apabila abang iparnya sampai ke rumah, lelaki tersebut terus bertindak melarikan diri keluar dari rumah.
Lelaki berkenaan tertinggal baju kerjanya di sofa
Namun begitu, pihak polis sempat menangkapnya dan rupa-rupanya lelaki terbabit pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
“Alhamdulillah yuyun bersyukur sgt2 Allah masih perlihara & lindungi yun & anak2.. Ya Allah perasaan takut seram semua ade la 😠tak dpt bayangkan kalau yun ade kat dalam rumah dgn anak2 semua.. Allahu, jgn tnya la kita punya nangis mcm apa, org yg tahu je tahu 😅”, katanya.
Wanita berkenaan juga ‘salute’ dengan polis negeri Johor kerana sangat cekap dan cepat membuat tangkapan. Dia juga bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku dan menasihatkan netizen agar sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
Kes berkenaan masih dalam siasatan dan Yuyun meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Lihat video: