Adakah anda salah seorang penggemar jejari ketam? Tahukah anda bahawa jejari ketam yang berwarna merah putih itu langsung tidak mengunakan isi ketam semasa proses penghasilannya?
Menurut laman Science Insider, jejari ketam ini dihasil dengan menggunakan pes ikan yang dikenali sebagai ‘surimi’ yang dihasilkan daripada ikan pollock.
Bahan lain seperti gula, kanji, putih telur, dan perisa ketam sebagai penambah rasa kepada jejari ketam digunakan bersama isi ikan tadi ketika diproses sebelum menjadi jejari ketam yang kita makan sekarang.
Yang pastinya jejari ketam ini boleh dimasak dengan pelbagai cara. Direbus begitu sahaj mahupun dibuat menjadi kudapan seperti kerepek. Walaupun proses membuat jejari ketam ini tidak diproses menggunakan ketam namun ia masih sedap. Namun begitu, jejari ketam ini tiada khasiat seperti isi ketam yang sebenar.