Jika baru-baru ini tular dimedia sosial apabila sebuah keluarga yang membiarkan rumah berselerak dengan sampah-sarap, kejadian yang sama juga berlaku di Kluang, apabila seorang lelaki yang hidup sebatang kara dan rumahnya dipenuhi sampah-sarap.
Lebih lima tahun pakaian lusuh tidak pernah dibasuh selain dibiarkan berselerak bersama-sama sampah-sarap yang memenuhi setiap genap ruang tamu seorang lelaki yang hidup sebatang kara di Taman Seri Jaya.
Bagi sesetengah orang menganggap lelaki tersebut pemalas, dan ada juga yang beranggapan bahawa lelaki berkenaan sakit dan tidak mampu menguruskan rumah tersebut. Apatahlagi apabila hidup sebatang kara sahaja.
Lelaki berkenaan turut dikatakan mengalami kemurungan dan mempunyai masalah kesihatan selepas ditinggalkan isteri dan dua anak lelakinya lima tahun lalu.
A Raju dipercayai tidak lagi menguruskan kehidupannya dan hanya berharap bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan untuk digunakan bagi menyara hidupnya.
Menurut Raju, dia tidak pernah memasak, mengemas dan mencuci pakaian yang digunakannya sejak lima tahun lalu kerana biasanya ia diuruskan isterinya.
“Saya tidak tahu hendak buat macam mana dengan pakaian berkenaan sebab itu saya biarkan saja, makan tengah hari dan malam pula saya dapatkan dari kedai berhampiran selain ihsan orang ramai yang bersimpati.
“Saya tidak larat untuk mengemas rumah sebab saya juga menghidap sakit sendi menyebabkan keadaan rumah terbiar,” katanya ketika dikunjungi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri R Vidyananthan, semalam.
Tambah Raju lagi, dia amat berbesar hati sekiranya ada pihak yang ingin membantunya membersihkan rumah kerana menurutnya, penyakit yang dialaminya menyekat pergerakannya untuk mengemas sendiri.
Sementara itu, Vidyananthan berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan dan melakukan tindakan susulan dalam masa terdekat terutama membersihkan pakaian serta membuang semua sampah sarap di dalam rumah terbabit.
“Ketua MIC Bahagian Kluang G Raman dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan kerja sukarelawan dan melaksanakan tugas pembersihan itu supaya lelaki berkenaan boleh hidup selesa.
“Selain itu, lelaki ini perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut berkaitan penyakitnya supaya dia boleh menjalankan tugas ringan seperti menjaga kebersihan rumah serta melakukan kerja untuk sara hidup seharian,” katanya.
Sebelum hendak menghukum orang lain, sebaiknya kita menolong mereka yang didalam kesusahan, bukan menyebarkan berita yang tidak benar. Diharap netizen tidak memberi komen yang negatif kepada beliau.
Sumber: Siakapkeli.my