Ayah adalah ketua keluarga yang harus kita hormati, dia adalah seorang manusia yang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarganya.
Ada sesetengah anak-anak yang tidak memahami sikap ayahnya sendiri, apabila ayah bertindak tegas, dikatanya ayah tidak sayang dan tidak mempedulikan perasaannya, tetapi hakikatnya hanya Allah s.w.t yang tahu betapa ayah sayangkan anak-anak dan ingin melindungi ahli keluarganya.
Ada sesetengah ayah yang tidak suka merungut, penat bagaimana sekalipun, hanya disimpan didalam hati. Sentiasa tersenyum dan memberikan impak positif kepada keluarganya. Tetapi dalam hatinya siapa yang tahu bukan?
Tidak cukup duit
Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab seorang ayah utnuk menyediakan keperluan ali keluarganya. Jarang sekali kita mendengar ayah mengatakan bahawa dia tidak cukup duit, yang kedengaran ialah ‘baiklah, nanti ayah bagi’ ataupun ‘nanti ayah usahakan’
Ayah kecewa bila tidak mampu tunaikan permintaan kita
Perkara ini pasti antara kita pernah buat ataupun sering lakukan, meminta sesuatu yang kita sudah tahu ayah kita tidak mampu untuk tunaikan. Kadang kala anak hanya menyuarakan kehendaknya mahukan itu dan ini, tanpa memikirkan bahawa seorang ayah akan rasa kecewa jika tidak mampu menunaikan permintaan anaknya. Tetapi ayah tidak pernah menyuarakan kekecewaan tersebut.
Ayah mahu rapat dengan kita
Mungkin kerana faktor masa yang kurang dengan anak-anak membuatkan perhubungan itu menjadi renggang. Ayah sebenarnya mahu mendekati anak-anaknya, namun kerana ego seorang lelaki itu tinggi, kadang kala rindu itu tidak terluah. Sebagai anak, anda seharusnya memulakan pergaulan tersebut, jangan tunggu ayah sahaja yang mulakan perbualan ya!
Ayah sudah berkorban untu keluarga
Kita mungkin tak perasan, ayah buat ‘overtime’ sebab mahu cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita asyik sebutkan. Walaupun mereka sibuk bekerja, percayalah dalam hati mereka kerja tersebut adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuklah kita.
Tapi sebagai manusia, ayah juga pernah tersalah langkah. Mungkin ia menyebabkan kita berdendam, terutamanya kalau ada janji mereka yang tidak ditepati. Entah kenapa, kita rasa ayah tak boleh buat silap. Sedangkan, mereka dah cuba sedaya-upaya, tapi segala ketentuan bukanlah di tangan mereka. Kalau kita sedih, apatah lagi mereka.
Ayah penat
Ayah penat. Kadang-kadang ayah sibuk ambil dan hantar anak ke sekolah sampai lupa makan tengahari. Ayah jamah saja apa yang sempat. Masalah ayah, kita tak jarang tanya. Sebab kalau tanya pun, mesti ayah kata tak ada. Lama-lama, kita pun lupa nak tanya lagi.
Bagaimana ayah dapat lakukan rutin ini setiap hari, itu rahsia dia. Dengan kudrat itulah ayah membesarkan kita hingga hari ini. Ya, hari ini. Walaupun kita dah kahwin dan berkeluarga, ayah masih tanya sama ada kita cukup makan pakai.
Mahu kehidupan anak lebih baik darinya
Walaupun ayah anda memiliki kerinta andnda untuk menjadi manusia yang lebih bagus darinya.
Ayah mahu kita boleh hidup tanpanya apabila dia sudah tiada
Jika ayah anda seorang yang tegas dan tidak suka manjakan anda, itu bermakna dia terlalu sayangkan anda. Dia tidak mahu anda sering bergantung harap dengannya sahaja. Bagaimana nanti jika dia sudah tiada, adakah anda mampu hidup tanpanya? Itu lah yang sering bermain difikiran mereka.
Tiada bapa yang sanggup melihat anak-anaknya hidup susah setelah ketiadaanya nanti, jadi jika ayah anda bertegas, anda harus faham apa niat sebenarnya, jangan terlalu mudah menghukumnya kerana niat baiknya itu.
Ayah tidak menyesal berkorban untuk ahli keluarganya
Biar mati ketika berkorban untuk isteri dan anak-anak, asalkan keluarganya terjamin akan kesihatan dan hidup sentiasa rasa selesa. Itulah ayah, tidak pernah menyesal untuk berkorban demi keluarganya walaupun maut menanti dihadapanya.
Ayah sayangkan keluarganya
Mungkin jarang kita mendengar seorang ayah meluahkan rasa sayang dan cintanya terhadap anak-anaknya, tetapi jika dia tidak sayang, sudah pasti dia tidak akan berkorban untu kita bukan? Sesekali salam dan peluklah ayah anda dan ucaplah kata-kata terima kasih. Dia sudah terlalu penat berkorban dan sebagai anak haruslah membalasnya dengan kejayaan suatu hari kelak.
Sumber: Siraplimau.com