Dijoloki dengan nama ‘Lelaki 1,000 Janda’ kerana usaha gigihnya yang membantu golongan wanita-wanita yang berusia yang telah kehilangan suami.
Roel Mustapa berkata, dia melakukan hal-hal tersebut adalah ingin meneruskan usaha gigih arwah ibunya yang tercinta yang sebelum ini mempunyai hati yang mulia dengan sering berkongsi makanan dengan rakan-rakannya.
Sikap seperti ini adalah amat jarang kita nampak. Perbuatan yang sangat pemurah ini harus dijadikan contoh orang ramai di luar sana untuk selalu membantu orang yang lebih memerlukan.
“Ibu saya ketika itu juga sudah lama tiada suami dan sudah pasti pada usia 60-an rakannya juga ramai yang tidak mempunyai suami atau sesiapa untuk menjaga mereka. Arwah ibu tidak pernah berkira dan sentiasa mengongsikan apa yang kami ada bersama rakannya yang kurang bernasib baik yang tinggal berdekatan,” katanya.
Menurut dari slogan yang dijolokinya ‘Lelaki 1,000 Janda’ turut membuat kenyataan ‘Menafkahi tidak harusnya menikahi’ yang dipostingnya di laman facebook beliau. Perbuatan beliau turut menampakkan keikhlasannya untuk membantu golongan yang tidak mampu berkenaan.
Mengikut saranan, beliau ingin membantu sebanyak 1,000 orang wanita warga emas dan semoga semua ini menjadi contoh kepada lelaki-lelaki di luar sana supaya melakukan perkara yang sama sepertinya bagi meringankan beban orang yang lebih memerlukan.
“Daripada membazirkan wang berfoya-foya bukankah lebih baik menggunakannya untuk membantu orang lain? Tidak banyak diperlukan, cukup untuk membeli bekalan asas seperti minyak masak serta beras untuk golongan ini yang sering dipinggirkan. Sebenarnya satu kepuasan apabila kita membuatkan orang lain tersenyum,” katanya.
Kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan. Melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa ingin mendapatkan sebarang balasan adalah apa yang dituntut dalam agama kita.
Sumber: Blusamurai