Semua peringkat umur amat sukakan aiskrim. Aiskrim juga boleh membuat seseorang dapat melupakan sekejap tekanan stres.
Rasanya semua orang amat menggemari makan ais krim kerana rasanya yang lazat dan lembut. Aiskrim juga terdapat dalam pelbagai warna dan perisa.
Juga turut diperkatakan, makan aiskrim pada waktu pagi boleh buatkan otak menjadi lebih bijak! Adakah fakta ataupun auta?
Kajian sendiri telah membuktikan, ia adalah sebuah fakta
Seorang saintis Jepun telah mendedahkan, makan aiskrim sebaik sahaja bangun dari tidur boleh membantu otak seseorangmenjadi lebih bijak. Memetik sumber di internet.
Bukan itu saja, perasaan juga akan menjadi lebih tenang dan gembira pada waktu pagi.
Tel Aviv University telah melakukan kajian pada tahun 2012 dan juga mendapati makan makanan manis di waktu pagi juga boleh meningkatkan kecerdasan otak.
Makan aiskrim pada waktu pagi boleh menurunkan berat badan
Apa yang lebih menarik lagi, pengambilan sesuatu yang berupa sesuatu yang manis dan sejuk di waktu pagi, boleh membuatkan seseorang menjadi lebih bersemangat dan mampu menurunkan berat badan.
Kajian juga mendapati, aiskrim seharusnya lebih baik di ambil pada waktu pagi berbanding mengambil sarapan dari segi kek coklat atau biskut.
Selain mencerdaskan otak, makan aiskrim di waktu pagi juga boleh melancarkan sistem pencernaan.