Orang Jepun dan keunikannya, seolah tiada hujungnya. Sentiasa ada kreaviti tanpa batas atau kelakuan aneh orang Jepun yang membuat ramai geleng kepala.
Kreativiti melampau dan kelakuan aneh warga Jepun ini selalu mendapat perhatian netizen antarabangsa. Buat warga-warga negara lain tingkahlaku mereka agak aneh namun sangat biasa di Jepun.
Selain cosplay atau mencipta alat unik ala Doraemon, rasanya anda perlu semak betapa geniusnya orang Jepun di bawah ini. Pasti anda mengelengkan kepala.
1. Anda malas menggunakan jari? Jangan bimbang, orang Jepun ada alat khas yang dipasang di hidung untuk membantu anda menaip di skrin telefon pintar. Genius kan?
2. Ingat tak dengan Yuka Kinoshita? IYoutuber popular Jepun yang suka makan dengan banyak sekali. Rupanya, bukan hanya Yuka sahaja yang mempunyai hobi makan besar, beberapa orang Jepun lain juga suka. Ade bran?
3. Membawa peliharaan seperti anjing berjalan-jalan terlalu mainstream, lelaki ini memilih untuk membawa itik jalan-jalan. Di Malaysia, anda bolehlah bawa ayam berjalan-jalan. Baru hipster sejati!
4. Tidak diketahui secara pasti apa fungsi dari paip yang dipasang pada seluar dalam ini. Adakah untuk melancarkan buang air kecil? Hanya perekanya dan Tuhan saja yang tahu.
5. Tak mahu meja kerja diganggu, cari gambar Sadako di letakkan di meja kerja seperti di bawah ini. Pasti yang melihat akan lari lintang putang. Pelajar yang duduk hostel bolehlah cuba.
6. Jepun merupakan negara asalnya manga/anime. Watak anime dari Jepun memang terkenal comel. Tak hairan seseorang rela mengubahsuai keretanya menjadi Pikachu seperti ini.
7. Dan jangan pula lupa gayakan rambut unik dan anti-mainstream khas Jepun. Fashionable to the max!
8. Tiada yang akan ketawakan beg yang anda gunakan seperti sekumpulan pelajar sekolah menengah ini. Mungkin lagi, beg comel ini boleh menarik perhatian gadis-gadis comel jepun, kan?
9. Di Jepun, jantina crossover sudah menjadi perkara biasa. Jadi pemandangan lelaki memakai skirt mini ala-ala gadis sekolah bukan hal yang tabu lagi.
10. Dan mungkin work out di Shinkansen pun juga telah menjadi perkara biasa bagi sebahagian besar masyarakat Jepun.
11. Seperti disentuh sebelum ini, Jepun merupakan kiblat anime. Jadi agar tidak membosankan, lampu lalu lintas pun dihiasi dengan watak Astro Boy.
12. Terakhir sekali, di sebuah restoran Jepun ada restoran dengan tandas sebagai kerusi. Mungkin maksudnya agar anda buang air besar selepas makan, tak begitu?
Sumber: Asiantown