Kebanyakan kita beranggapan bila mempunyai banyak kawan pasti tidak akan pernah rasa kosong, tapi semua itu sebenarnya meleset.
Memang tidak dinafikan bila kawan ramai pasti kita akan lebih seronok dan riuh dengan suara kawan-kawan. Kehidupan akan lebih ceria dan terisi.
Zaman dulu dan sekarang banyak perbezaannya. Buat zaman kita sekarang , semakin kita mempunyai banyak kawan semakin kita akan rasa kekosongan dan sepi. Aneh kan?? Kenapa banyak kawan boleh rasa sunyi??
Mudah Untuk mengenali tapi bukan mudah untuk memahami
Bila ditanya tentang kawan, pasti semua yang ada di dunia ini mempunyai ramai kawan. Tapi, untuk mempunyai seorang kawan yang benar-benar memahami itu adalah sukar. Lagi-lagi apabila perlu menempuh susah senang bersama.
Ramai kawan tapi tetap rasa kesunyian
Ramai yang terasa bila terbaca article tentang kawan. Bila kawan-kawan ajak keluar semua ok, tapi bila dah jumpa, masing-masing menghadap handphone. Buat apa ajak keluar kalau perangai macam tu.
Tidak semestinya ramai kawan boleh memahami kita
Kawan memenag senang untuk dicari, pergi mana-mana pun boleh dapat kawan. Tapi untuk mendapatkan seorang kawan yang betul-betul jujur dan sejati adalah amat payah. Dalam banyak-banyak kawan, belum tentu salah seorang dari mereka dapat terima kita.
Apa saja yang dipersoalkan tentang kawan, pasti ramai yang mempunyai pelbagai masalah. Ada yang jenis kawan makan kawan, tikam belakang, depan cakap lain, belakang cakap lain, dan paling banyak kawan dari jenis ni kawan yang hanya ingin ambil kesempatan sahaja.
Berhati-hatilah ketika memilih sahabat. Tidak semuanya jujur dengan kita, dan tidak semuanya yang jahat. Terpulang pada diri sendiri untuk menilainya.
Sumber: Hanasuva