Fidget Spinner adalah alat permainan yang terbaru dan mula popular di serata dunia, sana sini bercakap tentang alat permainan ini, kebanyakkannya daripada kanak-kanak dan remaja.
Mereka sepertinya sangat tertarik dan mula ketagik untuk bermain dengan Fidget Spinner ini.
Tetapi baru-baru ini ,Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah memeriksa gajet ‘fidget spinner’ di pasaran sama ada permainan itu mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata penguat kuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa.
Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata lagi,
“Untuk jangka masa panjang, KPDNKK sudah tubuhkan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab mengeluarkan standard untuk permainan serta barangan lain, namun ia masih diperingkat persefahaman dan dijangka akan mula beroperasi secepat mungkin.
“Melalui jawatankuasa itu, semua barangan yang mahu dibawa masuk ke Malaysia atau dibawa keluar ke negara lain, sama ada permainan, makanan, barangan pembinaan dan lain-lain perlu melalui pemeriksaan KPDNKK yang akan mengeluarkan peraturan dan standard yang perlu dipatuhi pengeluar produk,”
Antara kesannya seperti yang berlaku di United Kingdom membabitkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang hampir buta angkara terkena bilah ‘fidget spinner’ selepas terbabas dari tangan rakannya ketika sedang asyik melakukan beberapa aksi.
Sumber: Bharian