Tidaklah rumit untuk memahami apa yang bermain di fikiran wanita. Mulut berkata lain dan dalam hati pula lain. Bila dipujuk kata jangan ambil peduli, tak dipujuk kata kita dah tidak sayang dia lagi.
Pelik, tetapi ada lagi antara lain yang memang anda lelaki tak akan faham mereka.
Bila dia kata tiada baju
Baju penuh satu almari, tetapi bila tiba masa hendak keluar bersama pasangan seolah-olah almari itu ‘kosong’ tiada isinya.
Obses dengan kasut atau beg tangan
Pantang nampak ‘SALE’ , mesti beli bag dan kasut walaupun dah banyak penuh satu bilik.
Seharian membeli belah, tapi tak penat
Lelaki selalunya akan tertanya-tanya ‘Seharian berjalan, tak letih?’ Sudah pastinya TIDAK!! Asalkan pergi shopping, Seharian pun mampu berjalan.
Susah nak bagitahu nak makan APA
Sebaiknya beli apa sahaja Tanpa bertanya, kerana mereka akan ambil masa yang lama untuk berfikir apa yang mahu di makan.
Suka tanya soalan yang sama setiap hari
Setiap hari soalan yang sama dan dapat jawapan yang sama, tapi masih Juga nak tanya soalan yang sama. Contohnya “u sayang i tak? Pelik kan?
Cakap gemuk walaupun kurus
Kadang-kadang tak faham. Kata dirinya gemuk tetapi dari sisi mana pun tak nampak gemuk.
Pergi tandas ramai-ramai
Lelaki tak pernah tanya rakan nak pergi tandas ke tak, tetapi perempuan lebih suka pergi beramai-ramai dan duduk lama-lama dalam tandas. Entah apa yang yang dibualkan.
Oleh sebab itu, selalulah berkomunikasi antara satu sama lain untuk mendalami isi hati pasangan, walaupun rumit bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.