Curang sememangnya perkara yang paling tidak diingini terjadi kepada mana-mana sahaja didalam sesebuah keluarga. Keluarga bahagia ialah dambaan setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga.
Siapa sahaja yang mahukan keruntuhan rumahtangga? Tiada yang menginginkan kekecewaan melainkan kebahagian. Isteri akan terasa tersakiti, dibohongi dan dihina sehingga ada yang mengalami tekanan emosi berhadapan dengan kecurangan yang dilakukan oleh suami
Beberapa kajian telah menunjukkam kevurangan suami sebenarnya berlaku dengan orang terdekat dengab pasangan anda. Malah mungkin saja dengab orang yang paling anda percayai, Awas! Siapakah antara individu terdekat dengan suami yang berpotensi untuk menjadi orang ketiga?
1. Teman sekerja
Potensi mereka lebih besar kerana masa pasangan anda bersama teman sekerja lebih lama dan berkemungkinan besar boleh mencetuskan rasa “suka”.
Adakalanya perbualan mungkin menjurus kepada soal peribadi seperti masalah dengan teman hidup. Kalau pada mulanya hanya mendengar, tetapi pastinya ada rasa simpati. Rasa simpati ini seperti tanah semaian yang subur untuk mencambahkan benih kecurangan.
2. Bekas kekasih suami
Seperti manusia yang lain, suami kita juga mempunya masa lampau tersendiri termasuklah berkaitam hati. Biarpun ia sudah menjadi kisah lama, namun ianya tidak menutup kemungkinan wanita berkenaan lebih memahami pasangan anda. Jangan biarkan pasangan anda bertemu dengan bekas kekasihnya apatahlagi hanya berdua saja. Ini kerana mungkin saja akan nanti disebalik perbualan mereka akan terselit kenangan lama yang mungkin boleh mengembalikan memori mereka bersama dan bibit-bibit cinta.
3. Rakan baik suami
Bukanlah niat isteri untuk mengongkong kebebasan suami berkawan dengan sesiapa, cuma tiada istilah “kawan” diantara lelaki dan juga perempuan. Pastinya akan ada bibit-bibit cinta antara mereka sekiranya kerap keluar bersama dan sering meluahkan perasaan. Jika suami meminta izin untuk keluar bersama sahabat perempuan nya, anda ada hak untuk meminta keliar bersama, jangan biarkan mereka keluar berdua sahaja.Walaupun nampak seperti ianya perkara yang ringan, jangan fikir perkara sedemikian tidak akan berlaku. Ambil tindakkan sebelum terlambat
Laman sosial
Zaman serba moden sekarang, terlaku mudah untuk berlaku curang apabila boleh mencari pasangan hanya dihujung jari sahaja, jika sekarang sudah ada Facebook, Whatsapp, Wechat dan banyak lagi aplikasi-apkikasi lain yang mendorong kepada berlakunya kecurangan. Pastikan anda tahu kata laluan masuk ke laman sosialnya, dan jika anda dilarang membukanya atau dilarang sama sekali, anda harus berwaspada! Pasti saja ada yang di sembunyikan.