Pemberian vaksin semasa pandemik covid-19 dilihat sebagai cara terbaik untuk mengekang penularan wabak penyakit berjangkit tersebut.
Tular di Facebook beberapa hari lalu, Dr. Syafiq Nordin seorang doktor perubatan telah membuat kenyataan permohonan maaf berkaitan vaksin covid-19.
Sebelum bertemu Dr. Razin Jaafar, beliau mengakui terdapat kesilapan dalam nasihat perubatan yang diberikan, terutamanya semasa program pemberian vaksin COVID-19 dijalankan.
Beliau yang turut menerima tiga dos vaksin Pfizer sebagai pengamal perubatan mengakui tidak mempunyai kapasiti untuk membantu dari sudut kewangan sekiranya komplikasi berlaku.
Menurut sumber yang dipercayai, bukan sahaja Dr.Shafiq yang menyuarakan rasa bersalahnya, malah ribuan doktor dari seluruh dunia turut meragui vaksin covid-19 termasuk Dr. Aseem Malhotra, Dr. John Campbell dan Dr.Drew.
Dalam ruangan komen, majoriti pengikutnya meluahkan rasa terima kasih atas keberaniannya dan ada juga yang kongsikan pengalaman mereka selepas menerima vaksin covid-19.
“Terima kasih doktor atas kejujuran anda…”
“Dapat ekzema..”
Apa-apa pun, tindakan Dr.Syafiq memang berani dan mengakui kesilapan bukanlah perkara mudah terutamanya apabila melibatkan profesion sebagai pengamal perubatan.