Awal 2024 ni pihak Samsung mengeluarkan telefon AI pertama iaitu Siri Galaxy S24.
Bagi memperkenalkan kehebatan dan kelebihan kecerdasan buatan (AI) smartphone mereka, syarikat gergasi tersebut bekerjasama dengan ProductNation.
Kerjasama ini untuk mengadakan satu permainan, AI Royale ala-ala Scavenger Hunt dimana anda perlu selesaikan cabaran dengan bantuan Galaxy AI.
AI Royale yang pertama
Apa yang best, pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan bukan tu je, mereka juga berpeluang menang hadiah barangan Samsung bernilai RM3000 dan RM1000 bagi tempat kedua dan ketiga.
Apabila kami bertanya kepada peserta apa yang mereka akan lakukan untuk duit tersebut, mereka jawab nak pergi melancong dan ada yang nak membuat pelaburan dalam saham.
Paling menyentuh hati kami jawapan dari brother ni nak peruntukkan duit tersebut untuk bayi yang bakal lahir.
Jadi siapa pemenang dalam permainan AI Royale yang pertama ni? Jom kita tonton video di bawah!
Best kan? Kalau korang rasa, game kami buat ni senang, make sure korang join bila kitorang buat game ni lagi ok?