Tular dengan berita apabila kedua-dua isteri Dato’ Red memfailkan cerai dalam waktu yang sama sehingga menjadi tanda tanya orang ramai apa puncanya sebenar.
Kini, sudah terjawab apabila Dato’ Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu memuat naik sebuah hantaran sedang mencari pekerjaan dalam akaun TikToknya hari ini.
Macam biasa, apabila hantaran itu dimuat naik, banyak media mengejar Dato’ Red untuk meminta kepastian dari mulutnya sendiri.
“Bukan sorang je dia tipu tapi ramai…” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, terkejut kami apabila membaca satu kenyataan dari netizen tentang tindak-tanduk Dato’ Red.
Kenyataan tersebut mengatakan dulu dirinya pernah ditipu oleh Dato’ Red dalam jual beli tanah sebanyak RM40 ribu dan bukan dia seorang mangsa tapi ramai lagi.
“Respect!” – Netizen
Bagaimanapun ada juga yang melihat sisi lain Dato’ Red kerana masih ada rasa tanggungjawab terhadap anak-anak dan mendoakan rezeki beliau dimurahkan pada bulan Ramadhan ini.
Apa pun dosa yang dilakukan oleh beliau, itu kerja Tuhan nak tentukan.
Sekarang kita juga diuji melihat dirinya jatuh ditimpa tangga, doakan saja. Tak rugi.