9 Mac lalu, pusat beli-belah Pavilion Bukit Jalil telah dianugerahkan Anugerah Hartanah Malaysia (MPA) 2023 yang berprestij oleh FIABCI Malaysia dalam Kategori Runcit.
Pengiktirafan ini diberi kerana pihak Pavilion Bukit Jalil menunjukkan dedikasi mereka terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam industri runcit.
Banyak tarikan dari runcit nama besar
Jika korang pernah datang ke mall ini, mesti korang dapat tengok pelbagai kedai menarik terutama Buku Bukit Jalil Tsutaya dari Jepun yang berjaya menawan tarikan antarabangsa negara-negara Asia.
Ditambah pula dengan penyewa utama iaitu Parkson serta campuran runcit yang lain menambahkan lagi seri tarikan pengunjung untuk shopping atau melakukan me-time di sini.
Bagi yang belum datang ke sini, korang kena datang dan rasai betapa seronoknya berjalan di sini sebab ada banyak runcit dari jenama besar menapak di pusat beli-belah ni. Antaranya…
- TGV Cinemas
- OMG Home
- Harvey Norman
- The Food Merchant
- Grand Harbour
- Nitori
- Food Republic
- K11 Karaoke
- Muji
- Brands Outlet
- Sports Direct & USC
- Uniqlo
- Sen Q Elite
- Haidilao Hotpot
- FOREVER 21 dan banyak lagi!
Mall berkonsepkan family friendly
Malah, Pavilion Bukit Jalil diundi sebagai ‘Pusat Beli-belah Terbaik untuk Keluarga’ dalam Anugerah Pilihan Ibu Bapa 2023.
Ini kerana pihak mereka berusaha sehabis baik bagi memastikan dapat mengujakan pengunjung dengan pelbagai hiburan menggunakan konsep baharu.
Antaranya gelanggang luncur ais di Taman Salji Ais Biru dan Taman Salji pertama di Malaysia yang mana korang boleh rasai salji sebenar. Best kan?
Tunggu apa lagi? Jom pergi weekend dan alang-alang tu shopping baju raya sekali.