Tular sebuah video di media sosial X yang menunjukkan seorang lelaki memukul isterinya.
Lelaki berkenaan difahamkan merupakan seorang anggota yang berkhidmat sebagai askar.
Insiden malang itu turut diperhatikan seorang wanita yang sedang merakam dari luar rumah.
Tapi kami tak nak mengulas lanjut tentang pertelagahan antara suami isteri tersebut.
Tapi apa yang menjadi persoalan kami adalah adakah dibenarkan memukul isteri dari perspektif Islam?
Perspektif Islam
Bukan apa, perkara ini seperti sudah menjadi perkara norma. Setiap minggu ada saja isu suami pukul isteri.
Memetik dari Awani, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata suami tidak boleh memukul isteri.
“Pukulan yang dibenarkan hanyalah sekadar mendidik sahaja tanpa mencederakan serta tidak menjatuhkan maruah isteri,” jelasnya.
Beliau turut menambah, isteri bukan punching bag dan tempat meluah kemarahan.
Jadi ketika marah dinasihatkan dalam Islam pertamanya mengubah keadaan posisi diri dulu, iaitu jika berdiri hendaklah duduk, jika duduk hendaklah berbaring.
Penjelasan dari Ustaz Kazim
Untuk pejelasan lebih, anda boleh menonton video dari penceramah bebas yang dimuat naik menerusi YouTube.
Kesimpulannya, bila marah elakkan untuk berbincang. Jika boleh, berjauhan sebentar dan bila dah bertenang, baru bawa bincang dengan cara baik bagi mengelakkan pukul memukul.