Kalau perasan, kat mana-mana kawasan kedai makan mesti ada kedai khas menjual nasi ayam penyet atau terdapat menu ayam penyet dalam sesebuah restoran.
Mana tidaknya, rakyat Malaysia sangat menggemari ayam penyet. Pedas-pedas menyengat ditambah dengan keranggupan ayam dan sayur, memang ngam habis!
Mana asal ayam penyet ni?
Tapi apa yang menjadi persoalan kat sini, menu ayam penyet ni salah satu makanan asli orang melayu atau Indo?
Apa yang kami dapati, perkataan penyet itu sendiri berasal dari Jawa yang membawa bermaksud lumat dan istilah ini digunakan kerana bahan yang di masak di lumatkan sebelum dihidang.
Dan pada awalnya, makanan ini hanya terdiri daripada tempe yang direndam didalam air kaldu dengan bumbu garam dan ketumbar saja tapi makin lama, menu ini di inovasi.
Apa yang kita kenal menu Ayam Penyet ni, tempe goreng, sayur kobis yang di celur atau dimakan begitu saja, ayam goreng berempah yang dipenyet, nasi putih dan sambal pedas.
Kesimpulannya, Nasi Ayam Penyet adalah makanan khas Indonesia dari daerah Jawa Timur dan sudah popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sehinggakan kini banyak kedai – kedai Ayam Penyet atau restoran mesti ada menu Ayam Penyet yang mana pemiliknya adalah orang tempatan.
Lagipun menu ini merupakan menu mudah untuk disajikan dan bahannya tidak menggunakan kos yang tinggi.
Lihat sajalah pihak Marry Brown telah menambah baru iaitu Ayam Penyet Burger Combo, Nasi Ayam Penyet Combo, Ayam Penyet Combo dan Ayam Penyet Box Meal.
So, tunggu apa lagi? Jom berbuka dekat Marry Brown hari ini bersama keluarga tersayang.