Nama pelakon kacak, Aliff Aziz sekali lagi kecoh di media sosial apabila dikatakan ditangkap berkhalwat pada awal pagi tadi sekitar 2.40pagi.
Perkara ini tular apabila pihak Melodi TV memuat naik dua posting video penyanyi, Bella Astillah dan adiknya berada di perkarangan pejabat agama.
“Kalau boleh bagi ruang kat kak Bella,” – Didi Astillah
Apabila pihak Melodi ingin bertanya status terkini, Bella tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara ini.
“3x dah…” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pendapat masing-masing.
Ada yang salahkan Aliff, ada yang salahkan pihak Melodi kerana tidak hormat privasi dan perasaan Bella malah ada juga memberi nasihat.
“Dah nasihat dulu kau tak mau dengar,” – Netizen
Apa pun kami doakan anak Alif dan Bella tak trauma dengan apa yang terjadi ni.