Tahun lepas Hong Kong kekal sebagai bandar raya paling mahal di dunia dan pasti ada di antara kita pernah terdetik untuk sampai ke bandar Hong Kong.
Jadi, Jabatan Perkhidmatan Maklumat Kerajaan (ISD) Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong menganjurkan pameran Immersive Hong Kong.
Pameran ini berlangsung pada 3 sehingga 10 Mac ini di Pavilion Bukit Jalil in Kuala Lumpur dan masuk adalah percuma!
Apa ada dekat pameran yang berlangsung selama seminggu ni?
Kami di fahamkan, pengunjung dapat melihat sendiri perkembangan terkini Hong Kong melalui cahaya dari LED yang berteknologi dan interaktif.
Lagi seronok, pameran ini menampilkan visual yang berbeza dan menarik pada setiap ruangan bilik yang mana akan memberi anda gambaran apa ada di bandar Hong Kong.
Antaranya Financial Bridgehead, I&T Brain Bank, Blossoming Creativity, bandar yang penuh dengan kehijauan serta pembangunan.
Jadi tunggu apa lagi? Ajak keluarga dan rakan anda ke Immersive Hong Kong.
Pameran ini dibuka pada umum dari jam 11 pagi – 9 malam pada hari Isnin sehingga Jumaat dan 10 pagi – 10 malam pada hujung minggu.