Hero Seorang Cinderella pernah menjadi bualan ramai disebabkan gandingan pelakon serasi iaitu Fattah Amin dan Fazura.
Lebih mengujakan apabila dalam dunia realiti pun mereka bercinta, dan kini sudah pun dikurniakan cahaya mata, Fatima Aisya.
Apa yang membuatkan kami nak bercakap tentang keluarga kecil ini apabila Fazura memuat naik satu posting yang mengejutkan ramai.
Posting tersebut memaparkan poster drama Hero Seorang Cinderella musim kedua (HSC2) siap anak mereka berlakon sekali!
“Really work in silent..” – Netizen
Macam biasa, kami menjengah ke ruangan komen untuk melihat keterujaan netizen.
Rupanya ramai yang tak sabar dan tak sangka selepas 7 tahun drama ini kembali lagi mewarna kehidupan ramai.
Hero Seorang Cinderella 2
Mana yang dah tak sabar nak tunggu apa yang terjadi dalam hubungan selepas berkahwin antara Tengku Ian & Nura Medina, sabar ye.
Layan dulu sedutan pendek drama HSC2.
Terus min jadi tak sabar nak tunggu 10 Mac ni tengok lovebirds ni buat comeback drama cintan cintun!