Bulan Februari ni genap 4 tahun pelawak arwah Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan meninggal dunia.
Tapi tahu tak korang, arwah Abam ada satu filem dari beliau yang masih lagi belum ditayangkan di pawagam dan filem tersebut bakal ditayangka pada 29 Februari iaitu esok.
Filem tersebut berjudul Tan-Ti-Ana dimana merupakan filem terakhir yang dibintangi arwah Abam. Anda boleh tonton trailer filem tersebut di bawah.
“Mintak korang semua support filem terakhir arwah suami dayah…” – Hidayah
Dalam pada itu, isterinya Nur Hidayah hadir ke perlancaran filem tersebut tadi untuk melihat tayangan perdana bersama media dan barisan pelakon yang lain.
Dia juga meminta orang ramai datang menonton serta menyokong filem terakhir dari arwah suaminya ketika bergelar anak seni.
Difahamkan juga, Hidayah juga dapat sumbangan dari pihak penerbit berdasarkan pada kapsyen yang ditulis.
Demi arwah Abam, min akan pergi tengok!