Memetik dari berita portal Berita Harian, seorang pelajar cemerlang Muhammad Amirul Nazmi Sam berusia 20 tahun kini terlantar berikutan saluran darah ke otak pecah.
Amirul yang menerima tajaan PETRONAS dan bakal melanjutkan pengajian di sebuah universiti di England dikatakan pengsan di ruang tamu pada 18 Disember lalu.
Sejak dari itu, anak kedua kepada Wan Murni Wan Ngah, disahkan mengalami saluran darah pecah sehingga mengakibatkan lumpuh sebelah badan bahagian kanan.
“Tekanan atau trauma?” – Netizen
Berita itu tular di media sosial X dan netizen mula membuat spekulasi keadaan remaja itu disebabkan terlalu kuat sangat belajar sehingga stres dan membawa ke arah pecah salur darah.
“Isu ini bukan disebabkan terlalu stres belajar,” – Dr Samhan
Dalam masa yang sama, seorang doktor pakar kesihatan lelaki, Dr Samhan menyelar kenyataan ini menerusi posting X.
Menurutnya kemungkinan besar pembuluh darah otak pecah adalah disebabkan 4 faktor.
Antaranya aneurisme, tekanan darah tinggi, kencing manis dan trauma
Apa pun, kami doakan supaya adik Amirul kembali pulih seperti sedia kala.