Demi duit, seseorang sanggup lakukan apa saja untuk hidup tapi apakah cara dapatkan duit itu dengan cara yang betul?
Lihatlah video yang tular di bawah apabila seorang lelaki yang sudah dikategori warga emas dikepung di sebuah restoran.
Menurut perbualan rakaman dalam video tersebut, lelaki berusia 80 tahun itu dikatakan menipu wang sejumlah RM9,000.
Difahamkan lagi, lelaki tersebut cuba melarikan diri tapi berjaya ditangkap sebelum keluar dari restoran itu.
“Kan boleh pura-pura mati,” – Netizen
Di ruangan komen, ramai yang menghujani dengan troll dengan pakcik tersebut.
Apa pun kita doakan pakcik 80 tahun ni bertaubat dari melakukan perkara yang tidak baik sebelum dijemput ilahi.