Setiap kali penyanyi hebat, Hael Husaini keluarkan lagu mesti tak pernah mengecewakan. Pasti meletup!
Tengoklah lagu barunya berjudul Usia ni, sudah mencecah hampir 100 ribu penonton dalam masa dua minggu.
“Sleek” – Hael
Tapi bukan itu yang menjadi tumpuan kami, apa yang menarik perhatian kami adalah sekeping gambar pelantun lagu Haram ketika menghadiri satu majlis jenama terkenal Dolcegabbana.
Gambar tersebut dimuat naik Hael sendiri menerusi akaun instagram miliknya selepas pihak Dolce memuat naik hasil photoshoot ketika majlis tersebut.
“Nomor syatu” – Nazim
Menjengah ke ruangan komen, ramai menghujani dengan emoji api dan memujinya kerana kelihatan sangat ‘panas’.
“Lee Min Hael Lanje Tetek,” – Netizen
Tapi lain pula perspektif pengguna X dimana kebanyakannya membahan gambar tersebut.
Apa pun bagi min gambar tersebut tiada masalah selagi aurat Hael tidak terdedah. Apa pendapat korang?