Biasanya gigi anak kecil sudah mula berganti gigi ketika menginjak usia 6 tahun, namun gigi anak lelaki kepada seorang ibu ini pula tidaklah berubah sehingga dia berusia 8 tahun.
Ketika sudah mula menunjukkan pergantian gigi, giginya tumbuh menjadi dua baris!
Ini disebabkan kerana gigi susu anaknya tidak gugur, gigi tetapnya pula sudah tumbuh. Keadaan gigi kanak-kanak ini semakin teruk.
Sehingga si ibu akhirnya membawa anaknya berjumpa ke doktor gigi.
Melihat keadaan gigi seperti ini, si doktor pun berkata,
“Keadaan seperti ini biasa terjadi disebabkan kerana kelalaian ibu bapa!”
Doktor menyarankan, ibu bapa perlu tahu masa-masa pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.
Ketika si anak sudah memasuki usia penggantian gigi, seharusnya ibu bapa memberi anak makan makanan yang lebih berserat, keras dan kasar, seperti kekacang.
Ini diperlukan untuk membuat gigi susu anak ‘goyang’ dan gugur tepat pada waktu.
Anak yang kerap mengambil makanan manis dan terlalu lembut, akan lebih jarang mengunyah sehingga gigi susu tumbuh kuat.
Gigi susu yang tidak gugur boleh mengakibatkan geseran dan pertumbuhan gigi kekal pada tempat yang tidak sepatutnya, dan jadilah gigi ‘dua baris’.
Gigi anak yang tumbuh tidak normal seperti ini tentunya boleh menyebabkan bentuk rahang menjadi tidak bersimetri dan menurunkan fungsi gigi.
Para ibu bapa pembaca sekalian, kongsikan artikel penting ini kepada kawan-kawan dan ahli keluarga, ya!
Semoga dijadikan pedoman dan bermanfaat buat semua. Adios!