Seperti kita tahu sekarang perang antara Israel dan Palestin sangat agresif berbanding sebelum ini disebabkan Israel sudah mula berani mengawal Masjid Al-Aqsa.
“Alhamdulillah, saya baik..”
Tapi apa yang menarik perhatian kami apabila salah seorang rakyat Malaysia, Nurul Ain yang menetap di Gaza berkongsi video pendeknya menerusi aplikasi TikTok.
Menurutnya, keadaannya baik saja cuma tidak cukup tidur disebabkan malam semalam Israel tidak tidak berhenti mengebom kawasan perumahan mereka.
Dia turut beritahu kawasannya telah terputus bekalan elektrik dan air sehinggakan terpaksa mengambil air di kawasan lain dan mendapatkan internet dari bateri keretanya.
Dalam video pendeknya itu, Nurul sempat meminta adik ipar lelakinya melambaikan tangan ketika sedang mengisi air dalam tangki simpanan.
Apa pun kami doakan Nurul Ain selamat dari ancaman Israel. Amin amin amin!