Siapa je tak kenal dengan susuk tubuh pelakon Mawar Rashid yang pernah melibatkan diri dalam Dewi Remaja 2014/15.
Apa yang menarik perhatian kami untuk bercerita tentang dirinya adalah hantaran gambar yang dimuat naik olehnya awal pagi Selasa.
Bukan apa gambar baju putih yang dimuat naik itu menunjukkan dirinya sedang bergambar di hadapan cermin dan tidak memakai tudung.
“Love you guys always…” – Mawar Rashid
Hantaran gambar tersebut telah pun dinyahaktifkan ruang komen untuk dirinya bebas dari kecaman netizen yang mungkin akan meledakkan lagi keadaan.
Namun menerusi Insta Story miliknya, dia memaklumkan dirinya akan berehat seketika dan akan kembali apabila mentalnya sudah bersedia.
Apa pun, kami doakan Mawar kembali dengan penampilan yang jauh lebih baik.