Kalau korang suka ‘follow’ kisah-kisah artis, mesti tak terlepas drama konflik yang tengah hangat dalam dunia hiburan.
Macam-macam cerita berlaku, tapi tak salah kalau kita ambil iktibar dari situ.
Kadang-kadang, ada isu artis kena blok, gosip, hilang contact, saling bermasam-muka dan lain-lain.
Bukan apa, baru-baru ini tular di media sosial pasal konflik antara pelakon terkenal Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah, Nabila Huda dan Nad Zainal .
“Kalau saya kawan dia, dalam Instagram pasti ada”- Nabila Huda
Menurut Nabila Huda, 38, dia tidak mengenali siapa itu ‘Nad Zainal’, padahal dulu-dulu dorang pernah berkawan rapat dan akaun instagramnya pun kena blok oleh Nad Zainal.
Malah Sherry Alhad juga terpalit isu sama. Artis, pengacara, pelawak dan pelakon ini dikatakan mempunyai hubungan persahabatan yang ‘dingin’ dengan Nad Zainal.
Jika korang berada dalam posisi mereka, apa yang korang akan buat? Kadang-kadang, kita suka je cakap belakang, tapi takkan nak jadi drama queen jugak, kan?
Sebab tu, penting untuk mengenali hati budi rakan dan menangani konflik secara matang seperti orang dewasa.
Ciri kawan yang baik
Salah satu ciri utama kawan yang baik ialah mestilah seseorang yang boleh kita harapkan, dipercayai, dan yang akan menyimpan rahsia korang dengan selamat.
Dia seorang yang jujur dan kalau lihat kita ada salah dia cakap terus-terang, walaupun kadang-kadang perkara yang dia cakap tak sedap didengar.
Dan dia juga ada bila korang perlukan, tak kira masa sama ada susah atau senang.
Selain itu, dia juga menghormati perasaan dan pandangan kita, dan menghargai kita seadanya.
Kawan yang baik juga prihatin, memahami, sentiasa bersedia untuk mendengar dan memberi nasihat.
Cara handle konflik dengan baik
Bila konflik datang, jangan terus putuskan hubungan. Kadang-kadang, diam dan fikir elok-elok pun boleh jadi penyelesaian terbaik.
Elakkan gosip atau bercakap di belakang mereka, kerana ini hanya boleh memburukkan keadaan.
Sebaliknya, jumpa depan depan dan jujur dengan rakan korang. Sebagai contoh, korang boleh meluahkan perasaan korang dan mendengar pandangan mereka juga.
Jika konflik tidak dapat diselesaikan, ini tidak bermakna perlu menamatkan persahabatan sepenuhnya.
Korang perlu mengambil sedikit masa untuk merenung dan menyelesaikan isu yang dihadapi.
Pendek cerita, dengan berkomunikasi secara jujur, kita boleh mengatasi konflik dan mengukuhkan persahabatan kita.
Isu antara ketiga-tiga selebriti itu mungkin berpunca daripada perselisihan faham atau perbezaan pendapat yang kita sebagai netizen sendiri tidak tahu.
So guys, bila masalah itu muncul hadapilah dengan matang ya! Janganlah cakap belakang dan lebih baik jumpa, bincang depan-depan dan jangan lupa senyum sikit.