Bila sebut pasal dunia glamor, siapa je tak suka tengok dan tak terpegun dengan dunia model yang penuh warna-warni ni?
Cuma apa yang nak kitaorang nak korang semua faham, model bukan saja rupa paras yang cantik tapi haruslah mempunyai aura yang menarik, keyakinan yang tinggi, dan dedikasi yang tak kenal penat dalam kerja.
Ha, jangan ingat kerja model ni senang tau, susah sebenarnya untuk keluarkan aura dalam diri untuk orang lain boleh nampak hanya dari video atau sekeping gambar.
Tak hairanlah kalau ramai model-model bergaji tinggi jadi, kami nak senaraikan model yang dapat gaji paling tinggi dalam dunia. Jom lihat senarai di bawah.
Model #1 – Kendall Jenner
Pada tangga terpaling atas dalam senarai ini ada Kendall Jenner, salah satu muka yang paling dikenal dalam industri model.
Dengan gaji yang dilaporkan hampir $40 juta setahun, Kendall dah tunjuk dia adalah salah satu model paling berpengaruh dalam dunia.
Tapi, kenapa Kendall dapat gaji banyak macam ni? Apa yang buat dia istimewa?
Jawapannya, Kendall mempunyai rupa yang menawan, kerap muncul di depan kamera, aktif di media sosial dan cara dia ekspresi diri dia guna cara yang unik.
Model #2 – Gisele Bündchen
Gisele Bündchen, supermodel Brazil yang jadi ikon dalam industri model merupakan tempat kedua dalam senarai kerana memperoleh pendapatan tahunan lebih kurang $30 juta.
Gisele mungkin lebih dikenal sebagai muka Victoria’s Secret, tapi dia juga jadi duta untuk banyak jenama fesyen mewah lain.
Gisele juga menjadi contoh yang tepat bahawa kecantikan bukan satu-satunya faktor yang menentukan gaji model.
Model #3 – Chrissy Teigen
Model Amerika, Chrissy Teigen, ada di tempat ketiga dengan gaji tahunan hampir $13.5 juta.
Chrissy, yang juga seorang selebriti media sosial dan juga merupakan penulis masakan.
Tambah pula beliau mempunyai personaliti yang mesra dan lucu, menjadikan ramai mengenali dirinya.
Dia juga menjadi contoh tentang macam mana model boleh guna kekuatan media sosial untuk memperluaskan jenama peribadinya.
Model #4 – Cara Delevingne
Model seterusnya dalam senarai ini adalah Cara Delevingne, model dan pelakon Inggeris dengan gaji lebih kurang $10 juta setahun.
Terkenal disebabkan memiliki rambut yang lebat dan mata biru yang menawan yang mana Cara adalah salah satu model yang paling dicari dalam industri.
Selain dari model, dia juga dah berjaya dalam dunia lakonan dan suara pendapat dia tentang banyak isu sosial, menunjuk yang model juga boleh ada suara yang kuat dan berpengaruh.
Model #5 – Adriana Lima
Tutup senarai ini dengan gaji lebih kurang $9.5 juta iaitu Adriana Lima yang merupakan model dari Brazil.
Adriana juga seperti Gisele, yang terkenal disebabkan berkerja di bawah jenama syarikat fashion terkenal Victoria’s Secret.
Bukan itu saja, dia yang mempunyai rupa paras yang eksotik dan karisma mampu menarik perhatian siapa saja yang melihat dirinya.
Bukan hanya sekadar rupa paras
Dunia model kalau kita lihat secara dasar memang kelihatan glamor dan seronok, tapi realitinya, sebuah industri yang penuh persaingan dan menuntut komitmen tinggi.
Model-model ni bukan saja dapat gaji tinggi sebab kecantikan semata, tapi juga disebabkan berdedikasi, minat dan usaha.
Kita semua boleh belajar sesuatu di sini bahawa kejayaan datang kepada yang bekerja keras, berusaha dan tidak berhenti mengejar impian!