Aktiviti tidur merupakan keperluan penting bagi kesihatan fizikal dan mental kerana merupakan proses istirahat bagi semua hidupan.
Lagipun untuk kesihatan tubuh manusia kerana sewaktu itu organ manusia berehat selepas melakukan pelbagai kerja pada waktu siang.
Malangnya terdapat segelintir daripada kita sukar untuk tidur berhari-hari sehingga mencetuskan keletihan, kurang tumpuan, dan kesan negatif lain.

Isu ini bukan perkara baru, jadi seorang doktor kesihatan, Dr Samhan telah berkongsi beberapa tips untuk membantu anda untuk tidur dengan lebih mudah.
Perkongsian ini dibuat melalui akaun twitternya sehingga meraih lebih kurang seribu lebih retweets.
1. Lakukan perubahan kecil
Mungkin badan dan otak anda sudah terbiasa dengan waktu tidur harian iaitu 2-3 pagi jadi lakukan perubahan kecil dengan menetapkan jadual tidur yang konsisten.
Cuba tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk pada hujung minggu kerana langkah ini dapat membantu mengatur ritma sirkadian tubuh anda.

2. Cipta rutin tidur sendiri
Lakukan rutin sebelum tidur dimana beri masa untuk bersantai dan meredakan tekanan sebelum tidur supaya otak dan badan boleh faham sudah tiba masa untuk tidur.
Antara aktiviti yang menenangkan adalah membaca buku, mendengar muzik yang menenangkan, mandi air panas atau tutup lampu dan paling penting, jauhkan diri dari peralatan elektronik.

3. Bangun tidur awal setiap hari
Jika waktu tidur pun perlu konsisten, masa bangun tidur pun perlu sama pada setiap hari tidak kira hari cuti atau tidak, jika tidak semua usaha jadi seperti menghitung bulu kambing.

4. Berhenti tidur siang
Bukan tak boleh langsung tidur waktu siang, boleh tapi amalkan amalan Nabi Muahammad iaitu Qailullah yang bermaksud berehat atau tidur sebentar sebelum gelincir matahari iaitu sebelum masuknya waktu zohor.
Jadi take a nap selama 10-20 minit tak menjadi masalah tapi elakkan tidur berjam-jam lamanya pada waktu siang.

5. Jaga makan sebelum tidur
Seterusnya, atur pola makan dimana digalakkan makan makanan berat atau berlemak apabila tiba waktu tidur.
Sekiranya perlu, makanlah snek ringan yang mengandungi triptofan, seperti pisang, kacang-kacangan, atau susu panas, yang boleh membantu meningkatkan tidur.

6. Pantau masa tidur anda
Gunakan telefon pintar sebaiknya dengan memantau jumlah tidur pada setiap hari supaya dapat beri amaran jika anda terlalu lama terdedah dengan blue light.

7. Jangan lupa lakukan senaman
Akhir sekali, lakukan senaman secara berkala dan konsisten ini kerana bersenam secara teratur boleh membantu anda tidur dengan lebih nyenyak.
Bagaimanapun, elakkan bersenam terlalu dekat dengan waktu tidur, kerana boleh meningkatkan tenaga dan mengganggu tidur.

Selamat maju jaya dalam mengamalkan tips mudah tidur ini supaya anda dapat menjalani gaya hidup sihat.
Apa pun, berunding dengan pakar kesihatan, jika anda terus mengalami masalah tidur yang serius atau mengganggu dan disarankan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan.