Nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Puteri Sarah sedang diperhatikan ramai orang disebabkan isu penceraian dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Lebih menjadi perhatian lagi apabila suaminya berkahwin tanpa pengetahuannya dan kini Puteri Sarah pergi menunaikan ibadah umrah bersama dua anak kesayangannya.
“Moga ini bukan yang terakhir buatku…”
Beliau juga berharap dapat pulang dengan semangat baru dan ada keadilan buatnya sekeluarga serta boleh menjalani hidup yang lebih baik.
Malah, selepas pulang dari umrah dia mencari ketenangan dengan pergi ke Dubai bersama dua cahaya matanya.
“Tenangkan dirimu dalam segala situasi, kerana ketenangan adalah kekuatanmu”
Perkongsian Puteri Sarah, dalam Instagram mendapat respons positif dan iringan doa dari pengikutnya.
Ada juga yang memuji dengan penampilan niqabnya dan mendoakan dia diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupannya.
Semoga Puteri Sarah dapat keadilan haknya.