Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Turkiye dan Syria semalam adalah antara yang terburuk dan berbahaya.
Beberapa faktor seperti waktu, lokasi, dan struktur bangunan yang lemah yang menyebabkan gempa bumi berlaku.
Lebih daripada 3,700 orang terkorban akibat gempa bumi ini, dengan jumlah mangsa dijangka akan meningkat.
Menerusi pemilik akaun Farah Lee, dia berkongsi berita menyedihkan mengenai seorang ibu bersalin di bawah runtuhan gempa bumi di Turki.
Malangnya ibunya meninggal dunia selepas melahirkan anaknya dan anak yang dilahirkan terselamat.
“Farah ke sana winter tahun lepas, memang sejuk sangat2. I cannot imagine dorang dekat sana diuji macam ni time2 ni. Kurang makanan, pakaian, selimut, bantuan medikal etc. Jom sama2 bantu dari jauh. Farah inshaAllah akan ke sana nanti bawa donation korang”
Terdahulu, namanya menjadi tumpuan kerana perkahwinannya dengan bekas suami yang merupakan seorang personaliti TV.
Rata-rata netizen bersimpati terhadap keadaan semasa di Turki selepas gempa bumi yang berlaku dan mendoakan agar wanita itu syahid.
“lnnalillahiwainnailaihirojiun utk ibu yg baru bersalin. Syurga buatmu ibu. Ya allah, semoga Allah pelihara saudara seislam kita di sana. Moga dipermudahkan segala urusan mereka.Amin ya allah ya mujib“
Komen netizen
Berikut video perkongsian lain dari akaun rasmi Reuters & Zayan FM: