Table of Contents
Selain Cameron Highland, Genting Highland juga terkenal sebagai kawasan peranginan di Pahang. Terdapat banyak hotel terbaik di Genting Highland yang terletak berhampiran tarikan pelancongan ini.
Genting Highland juga bersempadan dengan sebahagian negeri Selangor. Ini menyebabkan ramai warga kota bercuti di Genting Highland dengan kira-kira 1 jam perjalanan.
Ketika musim cuti sekolah dan cuti umum, Genting hotel booking sentiasa tidak menang tangan dibanjiri pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Senarai Genting Highland hotel yang terbaik
Apa yang menarik di hotel berdekatan Genting Highland? Terdapat pakej Genting Highland yang menarik seperti theme park terkenal, Genting Skyway, Sky Avenue, Genting Premium Outlet dan banyak lagi.
Berikut kami menyenaraikan hotel terbaik Genting Highland bersama harga penginapan yang terkini.
Baca: 18 Tempat Menarik Di Genting Highland Terkini
Untuk makluman anda, harga penginapan sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Oleh itu, anda disarankan untuk menyemak semula harga hotel semasa di laman web Agoda.
Geo Resort & Hotel
1 Hotel menarik di Genting Highland
Alamat: PT 21075, Jalan Permai 2 Genting Permai Avenue,, Gohtong Jaya, Genting Highlands
Tel: 03-9213 0838
Geo Resort and Hotel adalah hotel bertaraf lima bintang yang berjarak 10 minit dari Genting Highlands Premium Outlets.
Menawarkan perkhidmatan dan kemudahan kelas pertama termasuk dua restoran, kafe, dan pusat kecergasan yang serba lengkap.
Tempat letak kenderaan peribadi percuma dan wifi percuma serta menawarkan beberapa tempat untuk acara seperti persidangan dan majlis perkahwinan.
Hotel ini mempunyai bilik keluarga dengan katil dua tingkat Queen seperti loteng dan bilik premier dengan tab mandi.
Kolam renang luar hotel seperti kisah dongeng pada waktu pagi dengan suasana berkabus.
Walaupun kadar purata Geo Resort and Hotel semalam RM 332, ia menyediakan penginapan yang selesa dan santai dengan perkhidmatan terbaik.
Reka Hotel Genting Highlands
2 Hotel bawah RM 200 di Genting Highland
Alamat: 12, Persiaran Jati 3A, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: 019-230 9031
Jika anda ingin mencari hotel mampu milik di Genting dengan harga purata RM 155, maka booking je Reka Hotel Genting Highlands.
Tingkap boleh dibuka menjadikannya sangat bagus kerana anda boleh menikmati udara segar dari luar.
Mempunyai netflix, wifi kuat, bilik agak luas dan sangat selesa untuk keluarga!
Tempat letak kereta yang luas dalam kawasan hotel dan ia selamat serta boleh berjalan kaki ke kedai makan.
Le Vert Boutique Hotel
3 Hotel bajet 3 bintang di Genting Highland
Alamat: Genting Permai Avenue, P-G-06, Vista Residences, Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands
Tel: 012-278 8069
Salah satu hotel mesra bajet di Genting Highland ialah Laverty Boutique hotel.
Hanya 5 minit memandu dari strawberry farm, pilihan terbaik untuk keluarga yang mencari penginapan yang selesa dan berpatutan.
Hotel ini menawarkan bilik deluxe/superior double, dan bilik keluarga dengan dua katil double serta ada yang mempunyai balkoni.
Kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan menawarkan kemudahan seperti WiFi percuma, dobi layan diri, dan purified water station.
Jika anda craving tengah-tengah malam, boleh berjalan kaki ke Starbucks dan 7/11.
Windmill Upon Hills Premium Suites Genting Highland
4 Hotel di Genting yang bagus
Alamat: Windmill Upon Hills, Jalan Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: 018-777 8628
Bagi mereka yang ingin berehat satu dua malam dengan keluarga, boleh booking Windmill Hotel Genting.
Tersedia taman untuk berehat, gelanggang tenis, spa, gym, lift, kolam renang jacuzzi luar, washer & dryer, dan berjalan kaki ke semua kedai.
Tempat penginapan yang selesa, mesra kanak-kanak dan nampak mewah di Genting.
Hanya 20 minit dari Genting Skyworld dan pemandangan balkoni bilik sangat bagus dengan view bukit!
Purata semalam hanya RM 156 dan kadang-kadang boleh dapat RM 82 je semalam.
Forte Seasons Genting Geo38
5 Hotel baru di Genting
Alamat: Geo38 Residences, Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: N/A
Dibuka pada July 2023, penginapan mewah ini bukanlah hotel tapi homestay apartemen dengan 10 kondo yang disyorkan untuk percutian keluarga di Genting.
Rumah yang luas, cantik dan pemandangan dari balkoni juga menarik.
Keselesaan seperti di rumah dengan dapur kecil, bilik mandi persendirian, tv pintar, parking kereta percuma dan kolam renang terbuka.
Jangan pulang sebelum melawat Taman Tema Genting Sky Worlds!
First World Hotel
6 Hotel terbesar di Genting Highland
Alamat: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Tel: 03-2718 1118
Terletak di Resorts World Genting, First World Hotel kelihatan unik dalam warna pelangi dan pilihan yang mesra bajet.
Beberapa bilik juga menawarkan pemandangan gunung dan dilengkapi kemudahan tv, pengering rambut, peti sejuk mini, serta kemudahan membuat teh dan kopi.
Hotel ini mesra kanak-kanak, ada kolam renang, spa, restoran dan gym.
Pengunjung boleh berjalan kaki ke tempat menarik Genting Highland seperti First World Plaza, Taman Tema Tertutup Skytropolis dan Sky Avenue.
Jadi, tidaklah terperap dalam bilik sepanjang hari dan banyak aktiviti menarik menanti anda!
Resorts World Genting – Genting SkyWorlds Hotel
7 Hotel terbaik di Genting Highland dengan breakfast
Alamat: Genting SkyWorlds , Resorts World, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-2718 1118
Merancang untuk jalan-jalan ke Genting Highland seramai 2 orang? Anda boleh memilih bilik jenis quad yang menyediakan sarapan bufet untuk 2 orang.
Sky World merupakan cawangan Resorts World Genting yang menawarkan harga untuk satu malam serendah RM 660.
Ia merupakan antara hotel berdekatan dengan shopping mall Sky Avenue dan Sky Walk iaitu kereta kabel terpanjang di Asia Tenggara.
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Scapes Hotel
8 Hotel di Genting Highland berkonsepkan flora dan fauna
Alamat: Jalan Jaya Permai, Midhills, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6106 0833
Scapes Hotel menawarkan hotel di Genting Highland serendah RM 221 bagi satu malam. Ia dirasmikan pada tahun 2021 yang memuatkan sebanyak 176 bilik.
Hotel berilhamkan flora dan fauna ini menyediakan kemudahan jakuzi, kolam renang, Kids’ Club dan gimnasium.
Anda boleh menikmati 3 tempat menarik untuk menjamu selera yang pastinya bakal membawa kelainan tersendiri!
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Glamz Genting
9 Hotel berkonsepkan campsite di Genting Highland
Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: –
Ingin mencari tempat bercuti di Genting Highland di luar bilik hotel?
Genting hotel booking serendah RM 231, anda boleh menginap di campsite ala-ala rumah salji yang cukup luas dan lutsinar untuk melihat view terbaik.
Tambahan pula, hotel best Genting Highland ini menawarkan pakej Genting Highland yang menarik seperti pakej keluarga termasuk sarapan pagi.
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Swiss Garden Hotel Genting
10 Hotel berdekatan Genting Premium Outlet di Genting Highland
Alamat: Windmill Upon Hills, Jalan Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-9213 0777
Mencari hotel berdekatan untuk anda jalan-jalan ke Genting Highland membeli-belah di Genting Premium Outlet?
Swiss Garden Hotel Genting adalah lokasi yang ideal untuk anda bermula dengan harga RM 193.
Istimewanya Genting Highland hotel ini adalah ia mempunyai ruangan besar 1 tingkat yang hanya menempatkan pelbagai jenis makanan sahaja.
Wah! Menarik bukan?
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Resorts World Genting – Theme Park Hotel
11 Hotel berhampiran theme park di Genting Highland
Alamat: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-2718 1118
Theme Park sememangnya destinasi terkenal untuk bercuti di Genting Highland.
Anda boleh Genting hotel booking dengan harga permulaan sebanyak RM 665 untuk satu malam.
Selain hotel best Genting Highland ini hanya 100 m ke theme park dan menyediakan bilik ala-ala street art dengan bilik yang sangat luas.
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Hotel Seri Malaysia Genting Highlands
12 Hotel tertinggi di Genting Highland
Alamat: Goh, Tong Jaya, Hotel Sri Malaysia, 11, Jalan Jati 1, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6100 2525
Hotel Seri Malaysia cawangan Genting Highlands merupakan hotel tertinggi di sini.
Disebabkan ia terletak di kawasan setinggi 2000 m, anda dinasihatkan untuk membawa pakaian tebal kerana cuacanya amat sejuk sekali.
Dengan harga serendah RM 222 satu malam, anda boleh berjalan ke Genting Highland di Ladang Strawberi yang hanya 5 minit dari hotel ini.
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
The Pillowz Skyhome Suites Geo38 Genting Highlands
13 Hotel dengan pemandangan gunung di Genting Highland
Alamat: Tower 2, Geo38 Residence Shop 2- L7, Jalan Permai 2, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: –
Dah puas bermalam di bilik hotel dengan view taman dan bandar? Apa kata anda bermalam di The Pillowz Skyhome Suites Geo38 Genting Highlands pula!
Hotel terbaik di Genting Highland menawarkan bilik dengan view gunung yang cukup indah sekali dengan kehijauan alam semulajadi serendah RM 120.
Tambahan pula, hotel best Genting Highland ini turut mempunyai rooftop di mana pengunjung boleh bersantai sambil merenung langit yang mempesona.
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
The Movel @ Midhills Genting Highlands
14 Hotel mewah di Genting Highland
Alamat: Midhill Condo, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: –
Bagi anda yang memiliki bajet lebih dan ingin membawa anak-anak untuk bercuti.
The Movel @ Midhills Genting Highlands adalah lokasi yang sesuai untuk seisi keluarga.
Mana tidaknya, bilik homestay Genting Highland ini dihiasi dengan tema kartun kegemaran kanak-kanak.
Antaranya ialah Lilo & Stitch, Hello Kitty, Shin Chan dan Mickey Mouse.
Tambahan pula, anak-anak pasti menggemari tempat ini dengan adanya banyak tempat permainan menarik yang disediakan.
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Sky Suite @ Midhills Genting Highlands
15 Hotel berkonsepkan moden di Genting Highland
Alamat: Grand Ion Delement, Jalan Ion Delemen 1 E7-33-10, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: –
Dengan harga RM 462 untuk satu malam, anda boleh menginap di hotel terbaik Genting Highland yang serba moden ini.
Ia dilengkapi dengan balkoni peribadi untuk melihat pemandangan luaran dan dikelilingi oleh flora dan fauna.
Tambahan pula, anda boleh berenang di kolam renang outdoor yang disediakan oleh pihak hotel.
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Family Cozy Home @ Midhills Genting
16 Hotel untuk keluarga di Genting Highland
Alamat: Tower 3, Jalan Jaya permai, 69000 Genting Highlands, Selangor
Telefon: –
Family Cozy Home @ Midhills Genting sesuai dengan namanya merupakan tempat peranginan yang sesuai untuk keluarga.
Genting Highland hotel ini menawarkan keindahan pemandangan gunung-ganang hanya dari jendela bilik hotel.
Selain itu, hotel serendah RM 398 untuk satu malam ini hanya berjarak 8 minit sahaja dari Genting Premium Outlet dan Strawberry Farm.
Check in/out: 3 petang / 11 pagi
MU Midhill Genting Highland
17 Hotel berkonsepkan apartmen di Genting Highland
Alamat: Gohtong Jaya, Genting Highlands, Malaysia
Telefon: –
MU Midhill Genting Highland merupakan hotel yang berkonsepkan apartmen serendah harga RM 799.
Tempat percutian setaraf 5 bintang ini memuatkan seramai 5 orang pada satu-satu masa.
Ia turut dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak, kolam renang, taman, gimnasium dan sauna.
Check in/out: 3 petang / 11 pagi
Cold Geo38 Suites Genting Highland
18 Hotel berkonsepkan apartmen superior di Genting Highland
Alamat: 27-3A, Geo38 Residence, Jalan Permai 2, Genting Permai, 69000 Genting Highland Selangor MY, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: –
Pernah dianugerahkan sebagai “Top of Choice of Agoda Travellers 2021”, Cold Geo38 Suites Genting Highland adalah pilihan destinasi yang ideal.
Mengetengahkan konsep apartmen superior, biliknya mampu memuatkan seramai 6 orang.
Selain itu, anda juga disajikan dengan pemandangan menarik Genting Highland dari ruangan tingkap bilik.
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Grand Ion Delemen Hotel
19 Hotel dengan swimming pool air panas di Genting Highland
Alamat: 1, Jalan Ion Delemen, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: 03-6433 2200
Biasanya air di dalam swimming pool sejuk atau biasa sahaja bukan? Tetapi di Grand Ion Delemen Hotel mempunyai swimming pool dengan air panas tau!
Hal ini sesuai dengan suasana di Grand Ion Delemen Hotel yang begitu sejuk sekali dengan ketinggian 6000 kaki.
Hotel 5 bintang ini anda boleh booking dengan harga permulaan sebanyak RM 1166 untuk satu malam bersama pakej Genting Highland yang terbaik.
Lain daripada itu, ia pernah menerima anugerah sebagai “Top of Choice of Agoda Travellers 2020”.
Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
The 99 Homestay
20 Homestay Genting Highland murah
Alamat: Jalan Permai B 01, P9, 69000 Genting Highlands, Pahang
Telefon: –
Mencari tempat untuk menginap yang murah serendah RM 107 untuk satu malam?
The 99 Homestay merupakan homestay Genting Highland yang tepat mengikut kriteria anda cari!
Jenis bilik superior queen room dan superior king room disediakan bersama katil king dan queen.
Ia terletak berhampiran dengan kawasan pelancongan Genting Strawberry Leisure Farm, Sky Avenue dan Genting Sky Worlds Theme Park.
Check in/out: – / 11 pagi