Table of Contents
Pelbagai tempat menarik di Seberang Perai yang dahulunya dikenali sebagai “Province Wellesly”.
“Province Wellesly” diambil sempena nama pegawai British iaitu Richard Wellesley.
Sebuah kawasan tanah besar ini terletak bertentangan dengan sebuah pulau lalu membentuk sebuah negeri Pulau Pinang.
Seberang Perai terbahagi kepada 3 daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan yang mempunyai pantai Penang cantik.
Tiga bandar utama di tiga daerah ini ialah Butterworth, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal yang menjadi tempat menarik di Pulau Pinang.
Senarai tempat best di Seberang Perai Penang
Pelbagai aktiviti di Penang yang best boleh dilakukan di tempat menarik di Pulau Pinang atau dikenali sebagai “Pulau Mutiara” ini.
Antaranya ialah mengunjungi tempat viral di Penang serta pantai tarikan pelancong di Pulau Pinang sebagai tempat lepak Penang.
Berikut tempat menarik di Seberang Perai secara keseluruhannya untuk jalan jalan Penang bersama rakan mahupun seisi keluarga.
Jambatan Pulau Pinang
1 Jambatan di Penang
Alamat: Penang Bridge, Penang
Telefon: 04-398 7419
Jika anda jalan jalan Pulau Pinang jangan lupa melalui ke jambatan ke-2 terpanjang di Malaysia iaitu Jambatan Pulau Pinang.
Bukan itu sahaja, ia juga menjadi jambatan ke-5 terpanjang di Asia Tenggara serta menghubungkan Bayan Lepas dan Seberang Perai.
Tambahan pula, ia turut menjadi jambatan terawal di dunia iaitu struktur bahagian tengah jambatan menggunakan kabel penahan (cable-stayed bridge).
Di samping itu, Larian Jambatan Pulau Pinang diadakan saban tahun di jambatan ini.
Taman Burung Penang
2 Taman burung terbesar di Malaysia
Alamat: Jalan Todak Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang
Telefon: 04-399 1899
Taman Burung Seberang Jaya sesuai sebagai tempat yang ingin travel bersama kawan ketika jalan jalan Pulau Pinang ini.
Ia merupakan taman burung terbesar dan pertama di Malaysia yang mampu memuatkan 3000 burung terdiri daripada 300 jenis berlainan spesies.
Bukan itu sahaja, malah ada juga haiwan lain iaitu buaya, kura-kura dan kancil yang ditempatkan di sini.
Penang Bird Park sesuai untuk dijadikan tempat lepak Penang di air terjun buatan yang terdapat di sini sambil memerhati flamingo serta pelikan di sini.
Harga tiket taman burung hanya RM 45. Murah kan? Dapatkan tiket anda sekarang!
Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 6 petang
Taman Sembilang Taman Rekreasi Awam
3 Taman di Seberang Perai
Alamat: Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang
Tel: N/A
Ingin mencari taman awam untuk seisi keluarga? Datang je Taman Sembilang Taman Rekreasi Awam.
Di sini juga ada taman permainan untuk kanak-kanak, padang rumput dan beberapa lukisan grafiti.
Tempat yang bagus untuk bersenam, brisk walk pada waktu pagi atau hanya menghirup udara segar.
Juru Auto City
4 Tempat lepak malam di Seberang Perai
Alamat: Highway Auto-city, 1688-F8, Jalan Perusahaan, Bukit Tengah, 13600 Perai, Pulau Pinang, Malaysia
Tel: N/A
Berhampiran kawasan perindustrian Prai dan Lebuhraya PLUS/Bukit Mertajam, terdapat satu tempat menarik yang tidak boleh ketinggalan iaitu Juru Auto City.
Menempatkan pelbagai fasiliti seperti restoran, kafe, bank, tempat event, taman hiburan kecil dan banyak lagi.
Sesuai dijadikan pilihan tempat sambut birthday di Pulau Pinang atau melepak bersama keluarga pada hujung minggu.
Biasanya, acara seperti pameran kereta dan festival bermusim diadakan di sini.
Square @ Casia
5 Tempat menarik di Batu Kawan
Alamat: Bandar Casia, Batu Kawan, 14100 Bandar Cassia, Pulau Pinang
Tel: N/A
Tempat yang menyeronokkan di Seberang Perai untuk meluangkan masa bersama keluarga pada waktu petang.
Di sini, pengunjung akan menemukan beberapa spot menarik untuk bergambar, poster gambar gergasi menarik, bangku, taman permainan untuk kanak-kanak dan kawasan lapang untuk berehat.
Jadi, siapkan diri untuk bersantai sepuasnya dan mengambil beberapa gambar menarik di tempat menarik terbaharu di bandar Seberang Perai ini.
Hutan Lipur Bukit Panchor
6 Aktiviti outdoor di Seberang Perai
Alamat: Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Telefon: 04-593 2977
Mencari aktiviti di Penang sebagai tempat menarik di Pulau Pinang?
Hutan Lipur Bukit Panchor sesuai dikunjungi sebagai tempat yang ingin travel bersama kawan untuk melakukan aktiviti outdoor.
Antara aktiviti best yang boleh dilakukan ialah berkhemah, jungle trekking serta meneroka di sekitar gua kediaman kelawar. Menarik bukan?
Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 petang
Pulau Aman
7 Pulau di Seberang Perai
Alamat: Pulau Aman, Penang
Telefon: –
Sebuah pulau dan pantai tarikan pelancong di Pulau Pinang yang terkenal ialah Pulau Aman.
Ia merupakan tempat menarik di Seberang Perai yang sesuai sebagai tempat yang ingin travel bersama kawan yang tidak sesak dengan pengunjung.
Selain itu, anda boleh jalan jalan Pulau Pinang di sekitar pulau ini iaitu Telaga Emas, Gedung Peluru, Gua Perompak dan Makam Purba.
Bukan itu sahaja, lakukan aktiviti di Penang seperti melawat perkampungan nelayan Pulau Aman, kampung Agong, berkayak, jungle trekking dan memancing.
Kelip-Kelip Nibong Tebal
8 Tempat menarik waktu malam di Seberang Perai
Alamat: 2934, Jalan Teluk Ipil, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Telefon: –
Kehadiran kelip-kelip di kawasan bersempadan dengan Parit Buntar ini semestinya menjadi aktiviti menarik pada waktu malam.
Tempat viral di Penang iaitu Kelip-Kelip Nibong Tebal menawarkan tarikan mengembara di sepanjang sungai bagi menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan ini.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan agar tidak berbuat bising yang boleh menjejaskan kelip-kelip hilang dari pandangan anda.
Waktu operasi: Setiap hari: 7.30 malam – 9.30 malam
Jeruk Madu Pak Ali
9 Jeruk terkenal di Penang
Alamat: Lorong Iks Tasek 4, Kawasan Iks Tasek, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang
Telefon: 04-588 3781
Tidak sahlah jika Jeruk Madu Pak Ali tidak tergolong sebagai tempat viral di Penang kan?
Bagi penggemar jeruk terbaik, jangan lupa hadir ke sini sekaligus boleh menjadikan jeruk ini sebagai ole-ole bercuti di Seberang Perai.
Untuk makluman anda, jeruk ini mempunyai banyak kelebihan iaitu halal, pengunaan madu dan gula bermutu tinggi serta tidak mengakibatkan sakit tekak.
Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 6 petang
Projek Pemprosesan Belacan
10 Belacan di Seberang Perai
Alamat: Projek Pemprosesan Belacan, Kumpulan Nelayan Pulau Aman, 14100, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Penang
Telefon: –
Umum mengetahui bahawa negeri Melaka amat terkenal dengan perusahaan belacan, namun tidak kurang hebatnya di Seberang Perai turut ada belacan tau!
Terletak berhampiran pulau dan pantai penang cantik, ia menempatkan pusat pemprosesan belacan dari awal sehingga siap dibungkus menjadi seketul belacan.
Jadi bagi anda yang ingin melihat dan membeli belacan yang murah bolehlah berkunjung ke sini.
Kilang Gamat Seberang Perai
11 Gamat di Seberang Perai
Alamat: No.70 Pulau Aman, 14100, Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Telefon: 04-530 9115
Selain bertandang ke kilang perusahaan belacan dan jeruk, anda juga boleh berkunjung ke kilang penghasilan gamat.
Rata-rata pengunjung yang berkunjung di Pulau Pinang mahupun Seberang Perai membeli berbotol-botol minyak gamat untuk dibawa pulang.
Hal ini kerana, harga minyak gamat yang dijual amatlah berpatutan.
Di kilang gamat ini pengunjung boleh menyaksikan proses penghasilan gamat selain menjadi minyak ia juga boleh menghasilkan produk yang lain.
Antaranya ialah balm dan air gamat yang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.
Empangan Mengkuang
12 Empangan terbesar di Penang
Alamat: P133, Kampung Mengkuang, 14000 Kubang Semang, Pulau Pinang
Telefon: –
Empangan terbesar di Penang iaitu Empangan Mengkuang telah berjasa kepada penduduk Pulau Pinang sejak 1985 lagi.
Selain itu, berjoging dan berkayak serta menikmati kehijauan alam semulajadi yang segar merupakan aktiviti menarik yang seringkali dilakukan di sini.
Tambahan pula, destinasi ini pernah berperanan sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Tahunan Perahu Naga iaitu acara sukan air peringkat negeri.
Taman Tunku
13 Taman rekreasi di Seberang Perai
Alamat: Lorong Tenggiri, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang
Telefon: –
Taman Tunku merupakan taman rekreasi yang sesuai sebagai tempat lepak Penang terutamanya pada waktu petang.
Selain itu, taman permainan dan trek berjoging merupakan fasiliti yang disediakan bagi penduduk setempat.
Tambahan pula, berjoging dan bersenam merupakan aktiviti kebiasaan penduduk setempat di sini.
Taman Negeri Bukit Panchor
14 Tempat menarik di Seberang Perai Selatan
Alamat: Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
Telefon: 04-593 2977
Jika anda berada di Seberang Perai Selatan, jangan lupa singgah di Taman Negeri Bukit Panchor.
Taman berkeluasan 155 hektar ini adalah sempadan negeri Kedah.
Pengunjung boleh masuk secara percuma dan tempat ini boleh memuatkan sehingga 160 orang dalam satu-satu masa.
Selain aktiviti berkelah dan mandi-manda di dalam sungai, terdapat juga dewan terbuka dan tapak perkhemahan yang sesuai untuk team building atau gathering.
Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam
Pantai Bersih
15 Pantai di Penang
Alamat: Jalan Pantai Bersih, 13000 Butterworth, Pulau Pinang
Telefon: –
Pantai Bersih merupakan pantai Penang cantik dan terkenal sebagai pantai tarikan pelancong di Pulau Pinang.
Diberi jolokan ‘Pulau Mutiara’ dan seperti namanya, tahap kebersihan pantai ini dijaga dengan rapi.
Selanjutnya, bagi kaki pancing juga boleh memancing di 2 pelantar khas yang tersedia.
Bukit Katak Tasik Gelugor
16 Hidden gems di Seberang Perai
Alamat: 14400 Tasek Gelugor, Penang
Telefon: –
Sebuah tempat hidden gems yang kurang dikenali dalam kalangan pengunjung di Tasek Gelugor ini ialah Bukit Katak.
Ia merupakan tapak perlombongan bijih timah dan memerlukan sedikit pendakian untuk tiba di lokasi ini.
Bagi penggemar fotografi, jangan lepaskan peluang ini untuk mengambil gambar landskap panorama yang indah dari atas bukit ini.
Aziz Mee Udang
17 Kedai makan viral Penang
Alamat: 3640, Jalan Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang
Telefon: –
Setelah puas berjalan ke sana sini, pastinya perut mulai berkeroncong kan? Jadi apa tunggu lagi, jom menjamu selera ke Aziz Mee Udang!
Selain mee udang, turut disajikan menu yang lain di sini iaitu mee sotong, mee daging, gulai termenung panas, sate dan banyak pilihan menarik. Semestinya mampu membuat anda rambang mata.
Dengan ini, bukan nasi kandar sahaja yang popular di Penang malah mee udang pun sama. Rugi tak cuba!
Waktu operasi: Selasa – Ahad: 1.30 tengahari – 11 malam
Butterworth Art Walk
18 Tempat menarik yang percuma di Seberang Perai
Alamat: 1, Lorong Bagan Luar 1, Bagan Luar, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
Telefon: –
Selain Penang Art Street, Butterworth Art Walk merupakan tempat menarik di Seberang Perai yang percuma.
Lukisan-lukisan di dinding yang cantik ini menampilkan pelbagai penceritaan menarik misalnya berkenaan kebudayaan Malaysia.
Tambahan pula, lokasi ini sesuai untuk anda ‘kaki ootd’ berlatar belakangkan warna-warna lukisan di dinding.
Taman Rimba Bukit Mertajam
19 Tempat menarik di Seberang Perai Tengah
Alamat: Jalan Kolam, Kampung Teluk Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Telefon: –
Taman Rimba Bukit Mertajam merupakan hutan lipur sebagai tempat menarik di Seberang Perai Tengah.
Selain itu, ia juga mempunyai nama lain iaitu Cherok To’Kun dan menempatkan spesies kayu balak yang diancam kepupusan iaitu Meranti Seraya dan Meranti Rambai Daun.
Tambahan pula, taman rimba ini adalah lokasi tumpuan untuk aktiviti lasak seperti mendaki bukit di Jeep Track dan downhill mountain bike.
Waktu operasi: Setiap hari: 6 pagi – 8 malam