Table of Contents
Dahulu, ia merupakan kawasan tanah ladang kelapa sawit namun kini terdapat banyak tempat menarik di Subang Jaya yang pesat membangun.
Selain itu, bandar yang dahulunya dikenali sebagai Seafield Estate ini merupakan bandar ke-3 terbesar dalam daerah Petaling.
Di mana daerah Petaling ini terletak di antara daerah Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.
Tambahan pula, Subang Jaya Selangor merupakan salah satu daripada 28 mukim di Petaling dengan keluasan sekitar 70.42 km persegi.
Senarai tempat menarik di Subang Jaya
Untuk makluman anda, Subang Jaya adalah destinasi terbaik untuk membeli-belah kerana terdapat banyak lokasi pasaraya dan mall yang ada di sini.
Antaranya ialah Empire Shopping Gallery, One City Mall, Subang Parade, The 19 USJ City Mall dan Main Place USJ.
Berikut cadangan lokasi menarik di Subang Jaya untuk anda jalan-jalan mencuci mata.
Simflightkl
1 Simulasi pesawat di Subang Jaya
Alamat: M11, Subang Skypark Terminal 3, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor
Telefon: 03-74999531
Alami pengalaman yang menyeronokkan di Subang Jaya Selangor dengan berkunjung ke SIMFLIGHT KL.
Ia juga sama seperti di AVIAX, Shah Alam iaitu merasai pengalaman menjadi juruterbang dengan menggunakan teknologi simulasi.
Di samping itu, tempat ini menggunakan imej 3 dimensi berteknologi simulasi yang canggih seakan-akan berada di pesawat sebenar.
Antara simulasi pesawat yang terdapat di sini ialah Air Bus A320, Boieng 737, Piper PA 28 dan Cessna 172.
Selain itu, simulasi helikopter yang turut ada di sini seperti Robinson R44, AS350 dan EC120.
Waktu operasi:
- Isnin – Jumaat (9 pagi – 6 petang)
- Sabtu – Ahad (10 pagi – 6 petang)
Farm In The City
2 Zoo dalam bandar di Subang Jaya
Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Telefon: 03-89413099
Kanak-kanak pasti akan senang melihat haiwan di Farm in The City, salah satu tempat menarik di Subang.
Ia menempatkan ratusan spesies haiwan yang ditempatkan di dalam kandang kaca untuk tatapan pengunjung.
Misalnya, kura-kura gergasi, arnab, tikus belanda, rakun dan bermacam spesies haiwan eksotik yang lain.
Selain melihat haiwan-haiwan yang berada di sini, pengunjung dapat menikmati keindahan alam flora dan fauna yang mendamaikan.
Dengan tiket serendah RM37 kat bawah, korang pasti berpuas hati melihat apa yang ada di zoo ini!
Waktu operasi:
- Isnin & Rabu – Jumaat (10 pagi – 6 petang)
- Sabtu – Ahad (9.30 pagi – 6 petang)
Sunway Lagoon
3 Taman tema di Subang Jaya
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel: 03-5639 0000
Mencari taman tema menarik dan mesra keluarga? Jom ke Sunway Lagoon!Â
Habiskan hari anda dengan berseronok sepuas hati dengan 90 pilihan tarikan dan tunggangan, termasuk Pirates Revenge, Monsoon 360 dan banyak lagi!Â
Letih nak berehat? Jangan risau, anda boleh menempah penginapan Sunway Resort Hotel & Spa.
Tempat percutian keluarga yang ideal ini turut menawarkan 150 lebih spesies haiwan.
Dapatkan tiket Sunway Lagoon serendah RM60 je dan bermain sepuasnya di 6 zon berbeza dalam tema Nicklodean.
Asian Water Sports Village Puchong
4 Sukan air di Puchong
Alamat: Jalan Tpt 1, Taman Puchong Tekali, 47150 Puchong, Selangor
Telefon: 03-80522888
Untuk penggemar sukan air yang lasak dan mencabar, Asian Water Sports Village Puchong sangat ideal untuk anda.
Rata-rata sukan air yang ditawarkan di sini ialah Banana Boat, GX4, Graphic Deck, Aqua Fly, Fifty Four, Turbo Blast, Fish Fly dan Evo Pro 3.
Manakala, berkayak dan bermain layang-layang disyorkan untuk anda yang hanya ingin melakukan aktiviti santai di sini.
Speedway PLUS Go-Kart
5 Go Kart di Subang Jaya
Alamat: Elite Plus Highway, USJ Subang Jaya, Selangor, 46000 Subang Jaya
Telefon: –
Speedway PLUS Go-Kart merupakan kawasan yang seringkali dijadikan sebagai lokasi acara sukan permotoran.
Oleh itu, jika pengunjung yang ingin ke sini perlulah menyemak tarikh terlebih dahulu ekoran daripada tempat ini lazimnya dijadikan lokasi acara permotoran.
Tambahan pula, trek Go-Kart sepanjang 1km yang disediakan mempunyai selekoh yang mencabar yakni sesuai bagi anda yang gemar akan cabaran.
RC Planet
6 Litar kereta kawalan jauh di Shah Alam
Alamat: SACC , 3rd , Unit 3F-12B, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: –
Bertempat di Shah Alam, RC Planet merupakan tempat yang sesuai untuk anda peminat tegar permainan alat kawalan jauh.
Selain itu, ia menjual pelbagai alat ganti mahupun aksesori kereta kawalan jauh samada baharu ataupun second hand.
Tambahan pula, RC Planet turut menyediakan litar khas untuk bermain alat kawalan jauh yang seakan-akan litar sebenar.
Taman Subang Ria
7 Taman rekreasi di Subang Jaya
Alamat: Jalan SS 12/1, Taman Subang Ria, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: –
Terletak berhampiran TT Sport Park iaitu paintball terbesar di Selangor, Taman Subang Ria tidak lekang dengan kehadiran pengunjung setempat.
Selain itu, taman rekreasi ini menempatkan sebuah tasik yang lazimnya menjadi tempat perkelahan pengunjung mahupun photoshoot perkahwinan.
Lain daripada itu, berjoging, berbasikal, bersenam dan beriadah merupakan aktiviti kebiasaan pengunjung di taman rekreasi ini.
Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 8 malam)
Core Design Gallery
8 Galeri seni di Subang Jaya
Alamat: 87, Jln SS 15/2A, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-56121168
Untuk anda peminat seni, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Core Design Gallery. Semestinya menempatkan pelbagai hasil seni yang cantik mahupun unik.
Galeri ini menempatkan hasil karya hebat yang dihasilkan oleh para artis terkenal tanah air seperti Ali Nurazmal, Husin Hourmain dan Shafarin Ghani.
Tambahan pula, seni bina bangunan galeri ini begitu indah dengan berkonsepkan gabungan Bali dan elegan.
Waktu operasi: Selasa – Sabtu (10 pagi – 6 petang)
Clay Expression
9 Barangan daripada tanah liat di Subang Jaya
Alamat: 757, 5, Jalan Subang 3, Kawasan Perindustrian Uep Subang Jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor
Telefon: –
Clay Expression salah satu tarikan menarik di Subang Jaya Selangor yang patut anda kunjungi.
Hal ini kerana, ia bukan sahaja menempatkan barang pameran berasaskan tanah liat malah boleh menimba pengalaman membuat barangan seni ini sendiri.
Menarik bukan? Setiap lapisan umur boleh untuk mencuba mengikuti bengkel di sini kerana mana tahu ada di antara anda yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang ini.
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9 pagi – 5 petang)
Kilang Coklat Beryl’s
10 Kilang coklat di Subang Jaya
Alamat: Lot 1, Jalan 6/4, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Telefon: 03-89586136
Sila munculkan diri anda wahai penggemar coklat! Hal ini kerana, pelbagai produk buatan berasaskan coklat yang boleh didapati di sini.
Bukan itu sahaja, di Kilang Coklat Beryl’s ini pengunjung dapat menyaksikan sendiri melalui cermin khas pembuatan coklat dari awal sehingga ke proses pembungkusan.
Tambahan pula, kilang yang pernah dikunjungi seramai 2 juta pengunjung ini terkenal dengan coklat strawberi, coklat almond dan coklat nangka.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8 pagi – 5.30 petang)
Summit Subang USJ
11 Pasaraya terbesar di Subang Jaya
Alamat: Summit USJ, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-80233493
Pasaraya terbesar di Subang Jaya tidak lain tidak bukan iaitu Summit Subang USJ.
Ia merupakan outlet yang dilengkapi dengan pelbagai barangan seperti pakaian fesyen, barangan sukan dan keperluan asas yang lain.
Selain itu, tempat hiburan seperti panggung wayang, boling dan pusat karaoke turut ditempatkan di sini.
Tambahan pula, pasaraya ini bergabung dengan Menara Summit dan The Summit Hotel Subang USJ. Oleh itu, tidak menjadi masalah untuk anda yang ingin mencari tempat penginapan di sekitar pasaraya ini.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Empire Shopping Gallery
12 Barang berjenama luar negara di Subang Jaya
Alamat: Main Entrance, Jalan SS 16/1, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-56329858
Ingin membeli-belah barangan berjenama di Subang Jaya? Empire Shopping Gallery menawarkan pelbagai barangan menarik untuk pengunjung.
Bangunan ini mampu memuatkan lebih daripada 190 outlet kedai yang menjual pelbagai barangan berjenama dari luar negara. Tamsilnya, Crocs, Guess, Gucci, Charles & Keith, Pandora dan Louis Vuitton.
Tambahan pula, seni bina bangunan 6 tingkat ini berkonsepkan landskap elegan untuk di bahagian luar dan dalam bangunan.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Baca: Tempat Menarik Untuk Travel Solo di Malaysia
One City Mall
13 Sky Park di Subang Jaya
Alamat: Jalan USJ 25/1, One City, 47650 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-51159988
One City Mall merupakan pusat beli-belah yang menempatkan satu tarikan menarik di sini iaitu Sky Park.
Sky Park terletak di bahagian atas bumbung bangunan di mana lantainya ialah kaca yang jernih membolehkan pemandangan di aras pertama bangunan dilihat.
Oleh itu, jika anda tidak gayat dengan ketinggian bolehlah mencuba aktiviti skywalk di Sky Park ini.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 9 malam)
Subang Parade
14 Pasaraya terawal di Subang Jaya
Alamat: Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-50329778
Antara pasaraya terawal di sini ialah Subang Parade yang menempatkan pelbagai outlet kedai yang menarik untuk diterokai.
Di samping itu, pelbagai barangan fesyen berjenama dari jenama tempatan sehingga luar negara juga didapati di sini.
Selain itu, ia juga turut dilengkapi pusat hiburan seperti panggung wayang dan karaoke.
Lain daripada itu, pasaraya ini terletak strategik berhampiran Wisma Consplant dan Empire Subang in SS16.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
The 19 USJ City Mall
15 Barangan bayi di Subang Jaya
Alamat: The 19 USJ City Mall, Persiaran Kewajipan, Usj 19, 47620 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-80115106
The 19 USJ City Mall merupakan mall yang menempatkan banyak pilihan outlet barangan keperluan bayi. Misalnya, Zara Kids, Pumpkin Patch, Carter’s, Baby Gap, Guess dan Levi’s.
Selain itu, ia dilengkapi dengan pelbagai outlet pakaian golongan dewasa seperti pakaian bertaraf butik serta restoran yang menyajikan menu yang menyelerakan.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)
Masjid Darul Ehsan
16 Masjid pertama di Subang Jaya
Alamat: Jalan SS 15/2e, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-56340741
Berperanan sebagai masjid pertama di Subang Jaya sejak tahun 1985 iaitu Masjid Darul Ehsan Subang Jaya.
Selain itu, masjid ini bertempat di SS15 iaitu bersebelahan pasaraya terawal di Subang Jaya iaitu Subang Parade.
Di samping itu, ia dirasmikan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersempena Jubli Perak ke-25 pemerintahan baginda pada 13 September 1985.
Waktu operasi:
- Isnin – Selasa & Khamis – Jumaat & Ahad (5 pagi – 9.30 malam)
- Rabu (5 pagi – 9 malam)
- Sabtu (9 pagi – 1 petang)
Main Place USJ
17 Mall di Subang Jaya
Alamat: Level 2, Jalan USJ 21/10, Persiaran Kewajipan, 47630 Subang Jaya, Selangor
Telefon: 03-80817896
Main Place USJ merupakan lokasi yang strategik kerana menempatkan tempat penginapan, membeli-belah, pusat hiburan keluarga dan tempat makan di dalam satu bangunan.
Selain itu, penduduk yang tinggal di sini amatlah bertuah kerana tidak perlu bersesak menghadap jalan jem untuk ke pusat beli-belah.
Sementara itu, mall di Subang Jaya ini menyediakan pelbagai outlet barangan yang menarik untuk ‘kaki shopping‘ mencuci mata sambil membeli.
Waktu operasi:
- Isnin – Jumaat (10 pagi – 10 malam)
- Sabtu – Ahad (10 pagi – 9 malam)