Table of Contents
Kota Tinggi merupakan salah satu daripada 10 daerah yang terletak di selatan tanah air iaitu negeri Johor.
Daerah ini terkenal dengan aktiviti ekonomi dalam sektor pelancongan, pertanian serta minyak dan gas.
Tidak dapat dinafikan bahawa di Kota Tinggi, Johor, terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi, sama ada bersendirian, bersama keluarga, atau bersama sahabat handai.
Senarai Tempat Menarik Kota Tinggi
Berikut beberapa tempat menarik yang boleh dilawati sepanjang anda berada di Kota Tinggi. Jom bercuti ke Kota Tinggi, Johor!
Haji Nazir Homestay
1 Tempat menarik di Tanjung Sedili
Alamat: Haji Nazir Legacy 81900, Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Telefon: 019-7116020

Tanjung Sedili terletak di muara Sungai Sedili iaitu di pinggir Laut China Selatan. Ia terdiri daripada 3 kawasan: Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil.
Jika anda ingin mencari penginapan ala-ala kampung di kawasan Tanjung Sedili, Haji Nazir Homestay menyediakan penginapan dengan kadar harga RM350 untuk satu malam.
Homestay ini mampu menempatkan 15 orang termasuk kanak-kanak. Ia dilengkapi 4 bilik tidur dengan katil bersaiz Queen, pendingin hawa, 2 dapur, kelengkapan memasak dan peralatan rumah lain.
Di samping itu, terdapat beberapa kedai makan berdekatan dengan homestay ini. Jom merancang percutian di kawasan Tanjung Sedili!
Hotel Amansari Desaru
2 Hotel di kawasan Kota Tinggi
Alamat: No. 127, Jalan Kempas 1,Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
Telefon: 07-828 0200

Amansari Desaru merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak kira-kira 40 km dari bandar Kota Tinggi.
Hotel ini menawarkan 238 bilik berdingin hawa yang luas dan selesa termasuk Superior, Deluxe King, Super Deluxe dan Suite Keluarga.
Selain itu, kemudahan di hotel ini termasuk gimnasium, kafeteria serta dewan yang boleh menampung seramai 250 orang untuk tujuan persidangan, perniagaan dan majlis peribadi.
Menariknya lagi, hotel ini berdekatan dengan kawasan pelancongan iaitu Desaru Fruit Farm.
Chalet Arked D’Punggai Beach Resort
3 Chalet berdekatan pantai di Kota Tinggi
Alamat: Lot PTD 558 Tanjung Punggai Bandar Penawar, Kota Tinggi 81600 Malaysia
Telefon: 010-7696048

Ingin membawa keluarga pergi bercuti dan mencari tempat penginapan berdekatan dengan Pantai Desaru? Tempah je Chalet Arked D’Punggai Beach Resort!
Destinasi percutian ini menawarkan suasana yang tenang dan nyaman seperti di kampung halaman.
Jangan risau, terdapat juga tapak meletakkan kenderaan yang luas dan pantai awam untuk merasai pengalaman berkhemah di tepi pantai.
Anda juga boleh menemui pondok rehat dan pit barbeku di sepanjang tepi pantai. Mesti seronok kan bercuti bersama keluarga kat sini!
Air Terjun Kota Tinggi
4 Air terjun di Kota Tinggi
Alamat: Sungai Pelepah, Gunung Panti Recreational Forest, 81900 Kota Tinggi, Johor
Telefon: –

Sebut sahaja Air Terjun Kota Tinggi, pasti ramai sudah mengenali air terjun yang paling terkenal di daerah Kota Tinggi. Ia terletak sejauh 15 kilometer dari Pekan Kota Tinggi.
Terdapat juga beberapa gelongsor di kawasan lebih cetek yang sesuai untuk kanak-kanak dan gelongsor panjang seperti gelongsor di taman tema air yang sesuai untuk orang dewasa.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah bermandi-manda, berkelah serta barbeque.
Warung Pantai Manis Tanjung Sedili
5 Tempat makan menarik di Kota Tinggi
Alamat: Pantai Manis Tanjung Sedili, 81900 Tanjung Sedeli, Johor
Telefon: 011-10945640

Pantai Manis mungkin tidak terlalu terkenal berbanding pantai yang sedia ada di Kota Tinggi.
Namun, keistimewaan Pantai Manis ini terdapat sebuah kedai makan yang dikenali sebagai Warung Pantai Manis Tanjung Sedili yang terletak di bawah rimbunan pohon berhadapan Pantai Manis.
Menu istimewa yang disajikan ialah ikan/sotong/udang bakar, ABC special, tauhu sumbat, rojak petis dan keropok lekor.
Kedai makan tepi pantai di Kota Tinggi ini juga sesuai untuk membuat tempahan bagi majlis seperti sambutan hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan majlis perkahwinan dengan tema outdoor.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 7.00 malam (Setiap hari)
Kota Tinggi Waterfall Resort
6 Resort menarik dengan outdoor pool di Kota Tinggi
Alamat: Jalan Lombong, 81900 Kota Tinggi, Johor
Telefon: 07-8899222

Jika anda mencari tempat penginapan sekitar Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi Waterfalls Resort adalah destinasi yang tepat.
Resort ini terletak hanya 35 minit sahaja pemanduan dari Lapangan Terbang Senai. Ia menempatkan sebanyak 59 bilik dan 18 bilik mempunyai pendingin hawa.
Antara kemudahan yang disediakan ialah wifi, peralatan penjagaan diri dan peralatan-peralatan asas di bilik mandi serta tempat letak kenderaan yang percuma.
Para tetamu boleh menikmati restoran di dalam kawasan resort ini serta penjagaan bayi dan bilik arked turut disediakan bagi kanak-kanak.
Koref Desaru Leisure Farm
7 Tempat menarik untuk family day di Kota Tinggi
Alamat: 213, 81930 Kota Tinggi, Johor
Telefon: 012-7893149

Secara lazimnya, Family Day dianjurkan di kawasan pantai, tetapi anda boleh membuat kelainandengan memilih tempat unik seperti di Koref Desaru Leisure Farm.
Tempat ini merupakan lokasi penginapan dan pelancongan yang terletak di dalam Desaru Ecological Park dan sangat sesuai untuk ahli keluarga dari bandar yang menginginkan tempat dengan keindahan alam semulajadi.
Aktiviti terbaik yang boleh dilakukan di sini ialah outdoor water challenge, memancing, menaiki bot, flying fox dan banyak lagi.
Pakej penginapan:
- Rumah Batu : RM 300 seorang – 2 hari 1 malam | RM 500 seorang – 3 hari 2 malam
- Rumah Pokok : RM 240 seorang – 2 hari 1 malam | RM 380 seorang – 3 hari 2 malam
Taman Buaya Teluk Sengat
8 Tempat menarik untuk kanak kanak di Kota Tinggi
Alamat: Jalan Sembilang, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor
Telefon: 019-7915116

Umum mengetahui bahawa, negeri Melaka terkenal dengan tarikan taman buaya. Namun begitu negeri Johor apa kurangnya ia merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia.
Taman Buaya Teluk Sengat menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai saiz dan spesies. Tempat ini sesuai untuk guru atau ibu bapa yang ingin membawa kanak-kanak mengenali haiwan seperti buaya dengan lebih dekat.
Keistimewaan taman buaya ini adalah terdapat buaya pusaka dari generasi ke generasi. Kebanyakan buaya di Teluk Selat adalah daripada spesies air tawar.
Harga Tiket Taman Buaya: Dewasa : RM 8 & Kanak-kanak : RM 4
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6.30 petang)
Pantai Teluk Mahkota
9 Tempat menarik untuk pasangan di Kota Tinggi
Alamat: Kampung Sungai Gading, 81900 Kota Tinggi, Johor
Telefon: –

Pantai Teluk Mahkota atau dikenali sebagai “Jason Bay” mempunyai pemandangan ala-ala Pulau Nami di Korea Selatan adalah destinasi menarik untuk pasangan.
Terletak kira-kira 28 kilometer di timur laut Kota Tinggi, pantai ini membentang sepanjang 12 kilometer menghadap Laut China Selatan.
Nama “teluk” merujuk kepada geografi, manakala “Mahkota” merujuk kepada Tunku Mahkota Johor pada tahun 1961-1981, Tunku Abdul Rahman.
Di sini, anda boleh bersantai, berenang, berkelah sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan indah yang begitu mempesona.
Kota Tinggi Firefly Park
10 Tempat menarik di Kota Tinggi waktu malam
Alamat: Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Telefon: 017-4607775

Alami keindahan alam pada waktu malam dengan cahaya ajaib langsung di depan mata anda di Kota Tinggi Firefly Park, di mana kelip-kelip atau kunang-kunang menjadi tarikan utama.
Tempat ini tidak sampai 30 minit dari bandar Johor Bahru. Perjalanan menaiki bot menelusuri sungai bermula pada pukul 7.30 malam dan terdapat 3 jadual yang boleh dipilih.
Diingatkan aktiviti ini tidak membenarkan bunyi bising atau penggunaan flash semasa mengambil gambar, untuk mengelakkan gangguan kepada kelip-kelip.
Harga tiket kelip kelip Kota Tinggi serendah RM20 seorang di laman Klook. Jom tempah dan kunjungi bersama rakan atau pasangan!
Jadual menaiki bot:
- 7.30 malam – waktu yang paling sesuai menyaksikan ribuan kelip-kelip
- 8.30 malam – bilangan kelip-kelip berkurangan dari 0% – 20%
- 9.30 malam – bilangan kelip-kelip berkurangan dari 0% – 40%
Waktu Operasi: Setiap hari (1 petang – 11 malam)
Pantai Tanjung Buluh
11 Tempat menarik di Kota Tinggi untuk remaja
Alamat: Pantai Tanjung Buluh, Kampung, 81910, Johor
Telefon: –

Pantai Tanjung Buluh yang terletak di kawasan Sedili merupakan antara pantai yang terbaik dan sesuai untuk para remaja khususnya yang gemar akan aktiviti outdoor dan lasak.
Hal ini kerana, pantai ini sesuai untuk mereka yang gemar bermain meluncur ombak atau dikenali sebagai board surfing, dan aktiviti berenang.
Selain itu, disebabkan keindahan pantai yang mempesona maka sesuai untuk para remaja yang gemar akan mengambil gambar secara Outfit Of The Day (OOTD).
Muzium Kota Johor Lama
12 Tempat menarik di Kota Tinggi yang percuma
Alamat: Kampong Johor Lama, 81900 Kota Tinggi, Johor
Telefon: 07-8955282

Tahukah anda terdapat tempat menarik yang boleh anda kunjungi secara percuma. Percuma? Ya, betul.
Muzium Kota Johor Lama terletak sejauh 27 kilometer dari Kota Tinggi merupakan sebuah muzium yang terkenal di daerah Kota Tinggi.
Dibina ketika tahun 2004 dan siap sepenuhnya sekitar tahun 2007 dengan reka bentuk bercirikan rumah tradisional.
Peranan utama muzium ini adalah untuk memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai sejarah kerajaan Johor Lama.
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Jambatan Kota Tinggi
13 Jambatan yang terkenal di Kota Tinggi
Alamat: Jalan Besar, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Telefon: –

Sementara itu, jambatan yang menjadi mercu tanda kebanggaan warga Kota Tinggi ialah Jambatan Kota Tinggi, Johor.
Di samping itu, ekonomi dan pembangunan di Kota Tinggi berkembang pesat setelah jambatan ini dibina sekitar tahun 1930-an.
Jambatan ini menghubungkan jalan untuk warga kota untuk ke kota ataupun ke Johor Bahru.
Tambahan pula, menurut orang ramai bahawa di jambatan ini merupakan port menarik untuk melihat matahari terbit dan terbenam.
Hasina Resort @ Sedili Kota Tinggi
14 Resort menarik di Tanjung Sedili
Alamat: Lot 747, Kg Teluk Nyireh, 81910, Kota Tinggi, Johor
Telefon: 017-2652994

Hasina Resort @ Sedili Kota Tinggi, Johor menyediakan tempat yang nyaman untuk berehat bersama seisi keluarga atau sahabat handai.
Anda juga dapat menikmati pemandangan indah Laut China Selatan dari sini. Resort ini mempunyai reka bentuk gaya kabin moden serta mengekalkan keindahan hijau semulajadi di kawasan desa.
Kemudahan yang disediakan termasuk tempat letak kenderaan percuma, ruang duduk, pendingin hawa, dan televisyen. Tempat terbaik untuk penginapan di Kota Tinggi.
Jenis-jenis bilik:
- Garden View Cabin : 1 katil queen, 1 katil single (3 orang dewasa)
- Garden View Cabin : 3 katil single (3 orang dewasa)
- Premier Seaview Cabin : 1 katil queen, 1 katil single (3 orang dewasa)
Tanjung Surat Kota Tinggi
15 Tempat paling menarik untuk atv dan berkuda
Alamat: Kampung Belungkor 81600 Kota Tinggi, Johor
Telefon: –

Tanjung Surat adalah sebuah pulau terpencil di Kota Tinggi dengan sejarah penting dalam pengumpulan dan penyebaran surat-surat semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar Ibni Temenggung Ibrahim.
Surat-surat dari Johor Bahru dihantar ke Tanjung Surat menggunakan bot dari Changi.
Cara untuk melawat Tanjung Surat adalah dengan berkumpul di Jeti setelah tiba dan meletakkan kenderaan di Kampung Belungkor.
Pemandu pelancong akan menyambut anda dan membawa anda menaiki bot ke seberang Tanjung Surat.
Di sana, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkuda, ATV, dan berkayak.