Dalam dunia ini, ada pelbagai ragam manusia dan kisah mereka masing-masing. Termasuklah kisah cinta, ada yang manis ada yang pedih buat sesetengah orang.
Bagaimanapun, wanita berkongsi cerita cintanya buat ramai. Baca berikut ini.
Cari Boyfriend Mat Salleh: Part 1
Assalammu’alaikum. Aku tulis ni bukan nak minta pendapat atau luahan masalah. Just maybe boleh dijadikan guidelines kepada yang nak cari bf Mat Salleh. Kalau cerita aku ni bukan ilmiah / cerpen / fantasi, aku mintak maaf ye. Dan aku maafkan kalau ada yang kecam. Chill-chill okey.
Dulu lepas aku give up nak kenal dengan lelaki Melayu, aku decide nak cuba kenal dengan lelaki Mat Salleh pulak. Orang cakap lelaki Mat Salleh tak pandang rupa sebab lebih prefer kepada keserasian & kebijakan seseorang perempuan tu. So aku nak test.
Aku register 1 apps online dating. Aku hai sana & hai sini.. Tapi takde sorang pun Mat Salleh reply. Sobs!
Tapi tiba-tiba pandangan aku macam terkena ‘karen’ bila terpandangkan 1 profile ni. Orang lain profile tunjuk muka depan-depan. Tapi profile lelaki tu macam candid dari side tepi.
Rambut hitam & nampak orgnya macam sejenis handsome, cool & relax. Assumption aku memang tinggi bebenaw padahal gambar sisi tepi saja pun. Hehhe. Background gambar tu mcm dalam tournament basketball gitu.
Ape benda details pun takde dekat profile dia kecuali icon smile saja. Sepanjang malam tu aku buntu nak tulis apa untuk tegur dia. Last-last aku berdoa, Ya Allah moga-moga dia jodoh aku. Siap aku buat Solat Hajat & Tahajud mohon bantuan Allah. Hihi.
Malam tu aku study pasal basketball. Selepas study mendalam & tengok macam ada tulisan Lakers dalam tournament tu, aku cepat-cepat tengok Lakers’ schedule. Rupanya Lakers ada menang hari semalamnya.
So aku screenshot gambar score yang semalam tu & tambah ayat-ayat sikit mcm ulasan.. Lepas sent, muka aku jadi pucat lesi. Aku tunggu 1 minit, 1 hari, 1 minggu, dia tak reply pun! Haha.
Aku pun macam dah lupakan niat untuk cari laki Mat Salleh. Mcm better cari lelaki Turki ke.. Yes, memang bukan kalen-kalen citarasa aku.
Satu hari tu, aku login apps tu & ada tertera mesej dari Joshua. Aku dengan excited cepat-cepat buka. Aku tengok dia hantar gambar boo & unlike dekat logo Lakers. Dia replied, ” Sorry I’m into Rockets”.
Aku yang tak tahu apa cepat-cepat google. Aku reply, ” Oh, meant you are from Texas?” Punyalah gigil tangan aku google nak cepat-cepat reply, rupanya lagi 1 minggu baru dia reply balik mesej aku tu.
Dia balas, “Nope I’m in Minnesota.” Tu saja.. Aku reply, ” So your hometown in Texas? I hope one day i will go to Texas.”
Sampai sudah dia tak reply pun, maybe boring kut soalan aku. Aku tak putus asa. Sambil-sambil tu, aku tengok jugak match Houston Rockets. Aku attach gambar & ulas-ulas sikit macam seorang pro. Padahal ulasan aku tu, aku tiru comment youtuber saja. Hihi.
Lepas 2-3 weeks, tiba- tiba dia reply. Dia cakap, dia tak selalu bukak apps tu. Dia register saje-saje saja. Sebab tu takde description apa-apa.
Tapi kalau aku nak kawan, dia cakap bolehlah mesej dekat no Whatsapp dia.
Aku yang memang dah nak giveup jadi macam happy gila. Orang gila pun tak happy macam tu. Rasa macam nak jerit dekat 1 apartment yang Joshua bagi no Whatsapp dekat aku!
Aku save no dia, takde gambar muka. Just gambar lelaki dari arah belakang tengah main bola. So cepat-cepat aku tukar profile whatsapp aku, biar jadi misteri macam dia jugak.
Aku hai dia.. 1 jam lepas tu baru dia reply. Okeylar, 1 minggu pun aku puas tunggu dia. Hehe.
Kami chat kosong & aku dapat rasa yang dia tak suka aku sebab nama aku pun dia tak tanya. Aku yang banyak tanya. Dia cakap dia lahir & membesar dekat Houston. Tapi sekarang tinggal dekat Minnesota.
Aku cakap aku tak tahu sangat tentang U.S. Dia terperanjat & tanya aku dekat mana sebenarnya? Aku cakap aku dekat Malaysia. Dia ckp, “Oh, Mh370.” Aku tanya dia, ” What field of work are you in?”
Dia replied, “I’m just a bike delivery man.” Aku tanya delivery apa? Dia cakap foods, goods. Tapi sehari dalam 2-3 jam saja dia buat kerja as runner. Aku tanya, 2-3jam tu just buat part time ke? Susah nak dapat job ke dekat sana? Dia cakap job banyak tapi dia malas nak lama-lama.
Penat. Nak balik rumah main phone katanya.
Perasaan aku masa tu macam berhuhu gitu. Aku tak kisah pun kerja runner tapi kenapa cakap malas kerja & nak main phone saja? Gila main game ke? Aku dah fikir jauh, kalaulah kami kahwin aku nak kena bela biawak hidup ke apa.
Dia tanya aku pulak, aku kerja apa? Aku jawab aku online seller saja. Dia tanya kerja atau own business? Aku jawab own tapi small business from home saja.
Dia soal jual dekat mana & barang apa? Aku cakap aku jual pakaian & barang-barang dari China. Ada yang aku jadi dropship, ada ambil stok.
Aku jual dekat Shopee, Lazada & Fb.
Aku terangkan apps Shopee tu macam Ebay, Amazon. Tiba- tiba dia macam berminat sangat nak tau. Dia siap google & screenshot untuk confirmation aku.
Dia cakap best betul , Ebay pun tak best macam tu. Dia cakap dia boleh buat website & sistem macam Shopee / Lazada tu sbb dia student IT.
Dia tanya aku boleh make money easily ke? Aku yang dah negative thinking just cakap, bolehlah ikut kerajinan & ada minat nak explore..
Kalau boleh aku tak nak dia nampak aku ni berduit atau business lebat ke apa.
Aku tanya dia, dia suka business ke? Kalau nak business atau jv apa-apa bagitau lah. Boleh kita buat sama-sama sebab aku pandai jugak bab online marketing ni. Saja aku masuk jarum.. Dia cakap dia suka business tapi sekarang takde masa.
Aku macam dah pelik, dia kuat tidur ke apa? Kaki mabuk ke? Cakap jadi runner 2-3 jam saja sehari.. So aku tanya dia, dia ada kerja lain ke?
Ke masih belajar?
Dia cakap actually dia trader. Bila sebut trader aku fikir F saja. So aku soal, F ke? Dia cakap F, S, G semua dia trading. Tapi dia more into trade C.
Aku memang pernah dengar tapi tak ambik tahu sangat. Tapi sebab rasa ini last chance untuk aku rapat dengan dia, aku cepat- cepat google.
Aku replied, ” Realllyyy??? Actually I’m also into C!!” Dia yang dah turut excited, tanya aku trade dekat mana, trade apa.
Aku masa tu cepat-cepat ambil handphone lain untuk google & tengok youtube. Kalau aku google guna handphone yang sama aku takut dia tahu yang aku tengah google sebab status Whatsapp jadi tak online.
Dan tadinya macam dia dah boring dengan aku, tiba-tiba dia jadi macam super excited nak borak dengan aku. Memang aku terima kasih sesangat dengan Google & Youtube sebab banyak info pantas yang dah selamatkan aku.
So betullah Mat Salleh memang suka perempuan yang berfikiran ke depan, banyak pengetahuan & sama minat.
dalam beberapa hari tu, aku study betul-betul macamana nak tukar currency, buy sell.. First aku trade aku loss dalam usd 300+/-. Aku screenshot tunjuk pada dia. Aku cakap aku give up & sedih.
Tiba- tiba dia gelak dekat aku, kenapa baru beberapa minit buy dah sell? Tunggu naik baliklah baru sell. Chill saja, pergi minum coffee ke.
Dan dia soal kenapa sell dekat situ? Kalau ikut chart tu trend dah nak naik dah pun.
Aku cakap aku tak pandai tengok chart. Dia cakap nak dia ajar ke? Dia cakap dia pandai technical analysis. Aku cakap memang bagus sangat kalau dia sudi ajar. Dan tiba-tiba dia cakap, boleh dia call aku?
Aku dah telan air liur & gelabah teruk. B.I aku ni takde lah pandai sangat. Aku cakap, okey bolehlah call. Beberapa saat lepas tu ada whatsapp call masuk. Berdebar aku sebab first time aku nak dengar suara dia. Dan bila dia cakap ‘hey’ saja aku macam dah nak terbang ke awan dah.
Suara dia memang sedap di dengar, macam kasar-kasar bangun tidur gitu. Tapi maybe betul dia baru terjaga dari tidur, sebab masa tu dekat Malaysia dalam pukul 3-4 petang. U.S memang waktu awal pagi.
Dia ajar tentang charting basics & volume. Line mana nak tengok. Tapi cara dia cakap tu macam laju sangat & slang pekat, last-last aku cakap boleh slow down sikit tak sebab aku macam tak boleh catch up sangat.
Dia tergelak besar & cuba cakap slow2 tapi macam ada bunyi dialek Chinese pulak. So aku tanya dia, dia mix Chinese ke?
Dia cakap yes sambil gelak-gelak & cakap dialek Chinese dengan lebih beria-ria. Aku cepat-cepat google & cuba test cakap Cina.
At last, dia cakap dia tipu saja. Dia bukan Chinese blood. Dia ada mix Itali belah ayah dia. Aku terkeluar cakap B.M, “Oh, tipu eh.. Mandai-mandai betul dia ni.”
Suddenly, dia macam berhenti gelak. Aku tanya kenapa? Dia cakap, suara aku ni macam cute sangat. Dia tanya umur aku berapa sebenarnya? Aku cakap 25. Dia cakap dia 27.
Dia macam tak percaya. Dia nak video call. Aku cakap aku tak bersedia. Yang bestnya, dia memang memahami & hormatkan keputusan aku bila aku cakap tak nak vc.
Esoknya aku terpikir nak stalk dia. Aku godek-godek cari IG & FB dia. 2 ke 3 hari aku try cari tapi tak jumpa. Nak tanya, macam malu pulak sebab macam beria-ria sangat & bimbang dia nak privacy.
Last-last entah dari mana aku baca, cara nak trace gambar source dari mana try check link gambar tu. Aku try download gambar profile dekat apps dating tu. And tak lama kemudian, ade satu link IG appeared.. Yabedabedu!
Aku cepat-cepat pejam mata sebelum aku klik masuk IG tu.. Tak private & banyak jugak gambar. Maybe dia saje saja letak gambar dari IG dekat apps tu supaya siapa yang nak tahu dia, boleh check link & terus ke IG. Tapi bila masuk saja IG tu, perasaan aku macam rasa kosong & jauh.
Memang dia tak sesuai langsung dengan aku. Dia handsome gile kut. Putih melepak, kening hitam, mata dia macam redup gitu & nampak karakter macam funny tapi cool. Aku siap close up nak tengok mata dia samada warna biru ke? Warna grey rupanya, wow!
Yang paling buatkan aku termenung panjang, sebab dia tinggi sangat-sangat bagi aku. Aku tengok pintu pun macam beberapa jengkal nak cecah kepala dia.
So far gambar / video dia dekat IG takde gambar rapat-rapat dengan perempuan. Majoriti gambar / video, dengan family & kawan-kawan lelaki macam giler-giler & happening gitu. Bola, makan, basikal, pool, Christmas, party, beach, gym, family, bbq. Gambar-gambar daily activities.
Gambar ootd / shopping / fashion / tayang duit takde. Nampak genuine IG tu tapi tak tahulah kalau mamat yang aku Whatsapp ni curi identiti org dekat IG ni.
Aku tengok IG dia memang aku rasa give up teruk. Sebab memang tak masuk akal aku rasa kalau dia suka aku lepas dia tengok rupa paras aku nanti. Baiklah aku surrender awal-awal & cari orang Turki saja.
Lately macam trend orang Turki kahwin dengan perempuan Indonesia. Berkenalan thru online-online dating nilah. Manatau rezeki aku.
Lagipun Turki senang sikit sebab ramai Islam. Dan orangnya pun rupa macam Mat Salleh jugak.
Tapi tulah, aku kalau boleh nak yang non Muslim & prefer Mat Salleh. Maaf sangatlah kalau korang rasa annoying dengan confident level aku ni. Citarasa aku memang tak agak-agak!
Tiba-tiba aku terpukul dengan ayat dia dekat 1 gambar masa dia tengah work out dalam gym, dia tulis, “keep fighting & keep fit”. Terus aku pandang cermin untuk telek badan aku yang dah 7-8kg gemuk berlebihan.
Dan tiba-tiba aku rasa nak fight & jangan give up on him. Mana tahu memang dia jodoh yang Allah dah takdirkan untuk aku.
Malam tu aku tekad aku mesti kurus dalam 1-2 bulan ni. Tengok gigi dia yang cantik putih bersih pun, aku cepat-cepat cari dentist untuk treatment gigi aku yang nampak agak kuning.
Sebelum aku video call dia, aku mesti at least nampak cantiklah sikit sebab aku ni tak cantik. Just ordinary Malay women & kulit tak putih melepak. Biasa-biasa saja.
Start dari first called tu, macam dah jadi rutin kami call setiap hari. Trading sama-sama. Chatting dekat Whatsapp pulak macam 24jam non stop.
Stop bila masing-masing nak tidur saja. Itupun time aku nak tidur, aku call dia & bila dia nak tidur dia call aku. Dia cakap sebelum tidur nak dengar suara aku!
Awal-awal dulu kami just borak pasal trade, chart, news, business.. Tapi lama-kelamaan mula banyak tentang diri, aktiviti harian & angan masing- masing.
Dan baru aku tahu yang aku dengan dia banyak persamaan especially seperti tak suka kerja bawah supervision orang, suka kerja sendiri & suka explore benda baru.
Dia selalu mintak gambar aku, aku cakap aku tak cantik. Aku cakap boleh bagi masa sikit lagi tak untuk aku bagi pic? Dia okey saja, tak push.
Actually aku tak nak tunjuk diri aku awal-awal, aku nak dia suka aku melalui peribadi aku dulu.
Dia tanya tinggi aku berapa? Selama ni aku macam elak-elak tapi kali ni aku bagitau dia. Aku cakap mesti dia taknak kawan dengan aku. Dia cakap kenapa?
Last-last aku cakap tinggi aku 142cm saja. Dia cakap, dia memang imagine aku ni petite. Suara aku memang suara perempuan petite size katanya. Aku tanya tinggi dia pulak berapa? Dia cakap 185cm. Aku cakap mesti dia suka perempuan tinggi macam model kan?
Dia cakap tak jugak. Kalau nak perempuan cantik, senang saja boleh dapat. Tiap hari nak tukar pun boleh. Tapi dia suka perempuan yang sama minat dengan dia, support karier dia & serba tahu. So life jadi tak boring. Dia pun dah 27, dia bukan nak cari cinta zaman high school / college katanya.
Aku senyum saja sebab macam pancing aku dah mengena. Tapi dia ada cakap, at least aku tak gemukkan? Sebab kalau 142cm tak sesuai kalau aku gemuk. Aku gelak-gelak cakap gemuk tapi macam nervous gila, risau dia tahu yang aku memang betul-betul gemuk.
So start hari tu, aku makin gile-gile berdiet. Tiap hari makan 3 keping roti gardenia hijau tu, sup ayam plus sayur, buah oren 2 biji. Kalau lapar makan telur rebus yang putih tu saja. Air 2-3liter. Work out minima 1 jam setiap hari.
Aku kena kurus cepat, sebab aku risau dia bosan dengan aku sbb tak tahu rupa aku macam mana. So memang aku tak ada banyak masa.
Rasa nak give up saja aku bayang muka dia. Akhirnya aku berjaya lost 13-14kg dalam 1 bulan 1 minggu lebih kurang.
Banyak betul perubahan & pelajaran yang aku dapat dalam tempoh beberapa bulan kenal dia tu. Semuanya semata-mata nak raih cinta dia.
Tapi yang aku perasan, skin aku makin cerah bila dah kurus. Muka tembam aku automatik jadi kurus siap nampak V shape. Macam muka aku masa sekolah. Muda 10 years.
Dah kurus ni siap ada beberapa lelaki bujang 1 apartment tiba-tiba tegur & nak kenalan dengan aku. Aku just balas hai gitu-gitu jelah.
Meluat aku sebab time aku gemuk pandang sipi-sipi saja.
Sampailah birthday dia, aku cakap aku nak celebrate & nak kami potong kek sama-sama. Dia cakap macamana nak potong kek sama-sama?
Aku cakap, 12.00 am kita video call. Dia cakap, “Are you serious???” Aku cakap yes.. Dia ucap thanks berkali- kali dekat aku sebab akhirnya boleh vc. Dia cakap selama beberapa bulan ni, dia curious jugak aku tak nak ke tengok dia macam mana?
Aku cakap aku memang nak sangat tahu dia camana. Padahal dia tak tahu aku tiap hari tengok IG dia. Perempuan memang pakar bab stalking. Hehe. Tapi tulah, aku pun nak tahu jugak betul ke yang di IG tu dia. Atau menyamar.
Aku siap upah mua untuk make up kan aku sebab aku nak betul-betul nampak cantik. Siap aku pakai contact lense blue tapi last-last aku jadi malu sendiri sebab tak original macam mata dia. Aku terus cabut. Biarlah guna mata hitam aku ni saja. Hehe.
Lagi beberapa minit nak pukul 12.00 waktu U.S, aku call dia.
Masa panggilan connecting & suara husky dia cakap ‘hey’, aku jadi terpana! Sah, memang orang yang sama di IG. Aku macam nak nangis sebab happy giler!
Kami sama-sama tak bercakap & saling berpandangan terharu. Dia cakap aku cute & nampak nice sangat in hijab. Dia cakap dia tak pernah ada kawan perempuan Muslim.
Dia cakap thanks sebab surprisekan dia dengan kek tu. Dia pun terperanjat ada orang call nak deliver kek. Aku cakap aku pun ade kek. Siap aku beli kek SR lagi tulis happy birthday nama dia. Dia kena potong kek aku jugak. Aku cakap kita celebrate makan kek sama-sama yer.
Sepanjang vc tu, aku tak pandang dia sangat sebab berdebar gila & terasa nak luruh jantung aku bila tengok dia senyum. Dia pun malu-malu pandang aku. Bila bertentang mata masing-masing tersenyum & tertunduk malu gitu.
Dia cakap aku tak gemuk pun. Sedang elok dah macam ni. Aku tanya dia, kalau one day dia kahwin & wife dia jadi gemuk lepas beranak, dia sayang ke? Dia cakap mestilah sayang. Lahirkan anak dia kut. Tapi dia akan tolong wife dia work out sama-sama sebab dia suka work out & sport.
So advice aku kepada girl yang masih single, rasa diri gemuk, tak lawa, hitam, rendah. Try untuk cantikkan diri. Kalau gemuk, try kurus dulu sebab bila dah kurus memang akan nampak cantik & sihat. Kalau rendah, belajar pakai kasut tinggi.
Kita tak boleh hanya berharap lelaki terima kita seadanya, kita dulu yang mesti try berubah untuk diri kita. Kalau kita nak lelaki yang segak bergaya, sama juga lelaki nak jugak yang sedap dipandang. Kalau bukan untuk cari boyfriend pun at least untuk keyakinan diri kita.
Melainkan kita memang dah tetap cantik walaupun gemuk.
Ramai orang cakap kita perlu jadi diri sendiri & cari lelaki yang ikhlas sukakan kita seadanya. Aku rasa itu hanya terpakai bagi orang yang cantik. Bagi yang tak cantik, nak tunggu lelaki tegur nak berkenalan pun sampai ke sudah takde. Inikan pula yang ikhlas.
Kita sendiri yang perlu berubah dan jump terus ke dalam circle hidup lelaki yang kita suka. Kita yang kena study dia suka apa. Jadikan topik perbualan. Kadang-kadang lelaki tak suka girl yang just chat tanya makan apa, buat apa?
Selaku girl yang tak cantik, kita yang kena effort lebih & tunjuk minat nak kenal dia lebih dekat. Bila dia dah nampak kelebihan kita, baru dia nak explore lagi tentang kita. Tak payah fikir soal terhegeh-hegeh. Kalau fikir malu nanti dia tak nampak kelebihan kita.
Lepas kami celebrate virtual tu, aku text dia. Aku cakap maaf sebab aku malu-malu, first time kan. Aku tengok 1 tick saja. Aku tunggu dekat 1 jam dia tak reply pun. Aku fikir aku dah kena block.
So aku mesej dia, aku cakap aku faham kenapa dia tak reply mesej aku. Aku rendah, tak cantik, aku memang tak sesuai dengan dia. Aku mintak maaf atas segala-galanya. Aku dah pernah kena ghosting 2-3 kali lepas blind date sebelum ni, so aku dah faham situasi ni.
2-3 jam lepas tu aku dengar phone aku ringing. Aku biar saja, malas nak angkat. Tapi bila dah 4-5 kali ringing, aku angkat jugaklah.
Dia cakap kenapa fikir bukan-bukan? Hp dia mati takde bateri & dia ingat nak tunggu jap tapi tertidur lama. Kenyang sangat sebab makan kek dekat separuh. Dengan spaghetti lagi. Dia cakap aku jugak yang order banyak-banyak.
Dia cakap jangan risau, mata dia nampak aku ni seorang yang comel. Just ignore apa lelaki lain cakap tentang aku yang penting apa yang mata dia lihat terhadap aku. Itu yang penting! Berbunga-bunga hati aku dengar pujukan lembut dia.
Dia cakap mak dia pun rendah & ayah dia tinggi. Aku tanya berapa tinggi mak ayah dia?
Dia cakap mak dia 163cm saja, ayah dia 190cm. Hurm Mat Salleh, 163cm jatuh kategori rendah rupanya. Aku yang 142cm ni, kategori kerdil agaknya.
Aku cakap aku nak video call dia jap. Masa connecting tu aku nampak dia macam kusut-kusut bangun tidur dalam gelap malap. Aku cakap tengok dinding tu, aku ada buat lakaran.
Aku ada ukur tinggi dia & tinggi aku dekat dinding bilik aku. Aku lukis gambar muka, leher, bahu hingga badan. So 185cm & 142cm bermakna aku lebih kurang tinggi dada dia saja.
Aku berkerut muka pandang dia & dia tenyeh-tenyeh hidung renung aku. Dia geleng-geleng kepala & tergelak tengok lukisan dinding bilik aku tu.
Dia cakap jangan risau. Dia tak kisah. Kalau aku fikir susah nak kiss dia sebab kena jinjit tinggi-tinggi, dia boleh dukung aku. Kalau nak jalan pun dia akan pegang tangan aku supaya aku tak tertinggal dekat belakang.
Aku tiba-tiba jadi malu sendiri & cakap tak pelah. Aku adahal. Terus aku cut off the line. Sepanjang hari aku tersengih sorang-sorang.
Start dari hari tu kami memang makin close & close. Memang macam orang bercinta padahal takde declare ape-ape pun.
Ada 1 hari dia sakit & tak larat dia cakap. Aku cakap aku boleh order delivery food. Tapi time nak bayar tu punya lah susah, last-last aku tanya boleh accept Pay Pal tak? Owner tu cakap boleh tapi fee semua aku cover. Aku cakap okey bolehlah sebab dah jauh malam dekat sana.
Lepas sejam tu Joshua call aku, ucapkan thanks beli sup. Dia betul- betul terharu effort aku order makanan walaupun jauh beribu batu especially time dia sakit ni. Dia impress sebab aku pandai. Dan dia appreciate sangat atas usaha aku ambil berat tentang dia.
Aku cakap sup bagus kalau makan time demam. Dia cakap memang betul, tapi tak elok aku beli sup tu. Aku cakap kenapa tak elok pulak?
Dia cakap sup tu ada pork.
Aku dengan terperanjat & separuh menjerit cakap dalam BM, ” Ya Allah, ada pork ke? Yeke wey?” Dia dah faham perangai aku kalau gelabah camtu. Dia gelak tak berhenti & cakap dia baru nak belajar tak makan pork tapi ada orang yang belikan pulak. Tak makan nanti takut rasa bersalah.
Aku tanya dia, dia memang makan pork ke? Dia cakap makan. Aku tanya dia lagi, dia biasa minum arak? Dia cakap memang biasa minum & memang ada stok dalam fridge. Aku termenung panjang & diam. Tiba-tiba dia tanya, pork & alcohol forbidden in Islam kan? Aku cakap haah.
Tengok aku macam terdiam tak bersuara, dia tiba- tiba cakap. Dia cuba belajar tak ambil benda tu, okey? Hmm… dia faham apa yang perasaan aku sedang fikir.
Tapi hari yang paling sedih dalam hidup aku menjelma bila suatu hari masa kami tengah vc, dia cakap ada perempuan dekat area rumah dia minat dia. Dia orang dah tukar phone number & dah keluar bersama.
Aku macam terkedu ternganga tapi aku cepat-cepat senyum walau muka aku dah kelat nak nangis dah. Aku cakap baguslah. Aku tanya cantik tak? Dia dengan serba-salah tengok aku, just cakap ‘not bad’.
Then, kami sama-sama terdiam. Lastly dia cakap dengan nada perlahan & tersekat-sekat, “At least it’s not a… complicated… relationship”.
Dengar saja ayat ‘complicated relationship’ tu, aku dah faham yang dia dah decided nak end up relationship kami yang ‘ teman tapi mesra ni’. Dengan aku memang dia rasa complicated dalam banyak perkara. Bukan makanan saja. Tapi banyak perkara.
Contoh dia nak ajar aku trade F, aku cakap dalam Islam tak boleh main F. Dia nak ajar aku leverage, aku cakap dalam Islam tak boleh. Boleh spot saja itu pun nak kena study halal haram sebelum buy.
Tu dia rasa agak pening & complicated sesangat. Belum lagi hal-hal lain. Tapi aku kena telling the truth sebab aku nak dia keep familiar dengan prinsip Islam.
Aku pun pernah cakap, yang orang Muslim tak boleh kahwin dengan non Muslim melainkan pasangan tu convert to Islam. So banyak perkara yang buatkan dia rasa pening & complicated sangat kalau teruskan hubungan dengan aku.
Hurmmm, aku tak salahkan dia. Aku faham perasaan dia sebab kalau aku jadi dia pun maybe aku pilih jalan yang sama. Move on & cari pasangan seagama. Lagipun kami jauh beribu batu. Penat relationship macam ni.
Start dari hari tu, aku decided untuk move on. Penat effort aku dekat 10 bulan untuk fight cinta dia. Akhirnya ending macam tu saja.
Patutlah 2-3 hari sebelum last vc tu, dia lain macam. Mesej sekejap saja. Tak call aku wish goodnight & tak call back bila tengok missed call aku.
Aku dah tak text dia dah. Dia pun tak text aku. Masing-masing ghosting. Tapi hati aku rasa sakit sangat tengok dia online tapi langsung tak mesej aku. Aku selalu berharap ada keluar tulisan typing.
Aku jadi sedih sampai berat drop 2-3kg, tak lalu nak makan. Aku betul-betul rasa sunyi & sakit sebab hati aku rasa macam nak lemas setiap kali aku bernafas.
Aku tak boleh terima hakikat lelaki yang hampir 1 tahun buatkan hati & perasaan aku sentiasa terawang-awangan dah jauh tinggalkan aku.
Aku tak pernah rasa dia sejauh ni.
Kalau ikutkan aku memang nak tidur saja tapi aku ada join sales Shopee, so nak tak nak memang aku kena packs barang dekat 300-400 parcels. Takut customer cancel.
Lepas 3 hari cuti pada weekdays, aku minta Tia iaitu staff merangkap kawan belajar aku dulu datang kerja. Dia terperanjat bila aku cerita yang aku dah ‘break up’. (Padahal tak pernah declare).
Dia memang kenal Joshua sebab kita orang selalu live time buat kerja. Tia pun selalu borak dengan Joshua.
Pejam celik dekat 2 months kami berdua ghosting each other. Tapi aku tetap bangun solat malam mintak Allah buka hati dia. Aku solat taubat mintak ampun dengan Allah sebab sepanjang aku dengan dia, banyak sungguh dosa aku.
Dosa aku asyik video call main mata dengan dia, calling-calling, manja-manja, senyum-senyum, feeling-feeling & make up cantik-cantik untuk dia. Tu semua dosa.
Aku takdelah alim. Pakaian aku bukan muslimah sangat & style jugak. Tapi aku tetap rasa berdosa & bersalah dengan apa yang aku dah buat. Tapi tulah dilamun cinta ni asyik sangat.
Aku minta Allah cepatkan jodoh aku sebab aku dah tak nak dosa couple / dating / online dating. Aku nak hubungan halal dan kalau boleh aku nak jodoh dengan dia jugak. ( Degil lagi tu, nak dia jugak).
Aku baca Yassin setiap hari sebab ada terbaca untuk dikuatkan jodoh elok baca Yaasin. Aku doa supaya dia sentiasa teringatkan aku. Korang boleh google doa-doa supaya orang rindukan kita.
Aku doakan supaya dia diberi hidayah Islam sebab aku nak dia masuk syurga. Takpelah kalau dia tak kahwin dengan aku tapi aku nak dia dapat hidayah Islam.
Aku sayang dia gila-gila so aku nak dia masuk syurga. Dia memang tak macam lelaki-lelaki yang aku pernah jumpa.
Ada lelaki, bila nampak aku drive Honda Jazz mulalah nak berkenalan, alih-alih nak pinjam RM 50, 100 lah. Bila cerita tak nak kalah. Ada lelaki bila aku cakap aku takde kereta & online seller saja, terus diam.
Ada lelaki siap tanya aku tak terfikir ke nak cari kerja tetap? Sampai bila nak jual online? Tak try kerja gomen ke? Aku start jual online dari aku 3rd semester degree dekat Upm. So aku dah anggap career tetap aku bidang online selling ni. Tapi ada juga orang nampak aku masih takde kerja tetap.
Itu belum lagi yang gila seks mintak gambar free hairlah, nakedlah.
Joshua lain! Dia tak pernah ajak aku buat bukan-bukan contoh vc naked, mesej lucah ke. Dia respek aku dia cakap sebab aku Muslim. Aku vc dia pun aku tak pernah free hair. Cuma mesej kami lebih kepada jiwang-jiwang gitu. Tapi tulah, dosa jugak kan.
( Cuma dekat sini aku nak nasihat kepada yang sedang bercouple, please jangan main mesej lucah atau share gambar xx korang dengan bf.
Sekarang zaman viral, sekejap saja korang boleh jadi glamour 1 Malaysia. Kesian mak ayah. Ada kes lelaki pasang 2-3 gf. Si gf A sebarkan mesej lucah gf B sebab bengang.
Ada perempuan yang diugut dengan gambar bogel lepas clash. Kalau yang bercouple online lagilah korang kena hati-hati. So please jangan okey.)
Oh ya, dengan Joshua kami tak pernah berbangkit soal pinjam duit atau apa-apa berkaitan duit. (Tak macam lelaki2 yang aku pernah jumpa).
Pernah sebelum trade aku tak sempat nak convert Usd, dia transfer usd 1000 ke wallet aku. Bila aku nak pulangkan balik dia cakap tak payah.
Aku malas nak makan budi so aku transfer hutang tu ke wallet dia. Bila dia tahu, dia macam terasa hati & senyap seharian. So aku faham perangai dia macam mana. Kalau dia bertegas nak bagi better accept saja.
Kadang-kadang bila aku malas nak trade, aku transfer saja dekat dia & dia tolong tradekan sekali dengan dia punya. Tapi aku limitkan max Usd 2500 saja. Risau jugak aku , takut dia bawak lari kalau banyak-banyak.
Nilai usd 2500 tu aku anggap macam untuk dia hargai aku sebab aku percayakan dia. Nilai trust aku pada dia. (Tapi better korang tak payah ikut cara aku ni. Sekarang kan banyak love scam bab duit ni). Kenal online pulak tu.
Tapi dia memang jujur, banyak kali dia bagi aku lebih dari untung sepatutnya. Dia cakap duit tu guna pergi makan / shopping. Anggap dia belanja aku time dating. Dia minta maaf sebab tak dapat dating dengan aku.
Aku stop sini dululah. Kalau ada yang nak aku sambung baru aku sambung.
Cari Boyfriend Mat Salleh: Part 2
Thanks sebab sudi baca story aku & ada yang nak nak tolong aku. Aku hargainya.
Happy aku ramai yang bersatu hati & siap bagi link untuk masing-masing yang single untuk cuba kenal non-Muslim / Mualaf. Kepada yang single, tak salah nak keluar sikit dari circle lelaki Melayu.. Adventurous & memang seronok..
Okey aku sambung. Hihi…
Sepanjang 2 bulan tu emosi aku betul-betul tak stabil. Aku nampak dia ada upload gambar happy-happy dekat IG, aku rasa sakit hati sungguh.
FB, dia tak update sangat. Dia more into IG. Aku pulak IG tak suka sangat, suka FB.
Dia boleh happy-happy sementara aku dekat sini mandi pun dekat sejam sebab menangis tak berhenti. Tidur pun aku tak lena sebab asyik tengok dia online ke tak.
Dalam tempoh tu aku tak upload apa-apa gambar aku dekat Fb / Whatsapp status. Share artikel pun aku buat setting only me.
Aku nak dia ‘rasa kehilangan’ aku. Itupun kalau dia rasa kehilangan. Tapi aku tengok dia happy saje.
Macam IG & FB, kami memang friends/follow tapi aku dah pesan jangan like atau komen dekat FB aku. Aku tak nak adik beradik & kawan-kawan aku tahu.
Dia pulak tak kisah aku nak like tapi jangan komen sweet-sweet sebab dia pun risau family & kawan-kawan dia tahu.
Kalau video call pulak, dia tak bagi aku vc time dia lepak dengan family atau friends. Call atau chat boleh. Tapi vc jangan, sebab dia tak nak orang nampak dia dengan aku, seorang perempuan Hijabis. Dia risau betul orang cakap dia nak jadi Arab.
Aku pulak dah remind, kalau aku dengan family atau kawan-kawan, jangan call / video call langsung. Aku memang tak nak family aku tahu aku ada kenal someone.
Nak chatting pun aku buat muka serius macam reply mesej customer kalau depan family. Tak boleh tersenyum simpul. Nanti mak aku mulalah tanya & nak tengok phone.
Mak ayah aku ni memang kurang sporting kalau bab cinta. Nak kahwin, jumpa terus katanya.
Tapi mak ayah aku pesan kalau boleh cari orang J jugak sebab senang balik kampung time Raya. So aku dah boleh assume memang dia orang reject mentah-mentahlah kalau aku nak kahwin Mat Salleh. Tu yang buatkan aku pun pening.
Memang betullah, hubungan kami ni complicated dari macam-macam arah.
Ada 1 malam tu aku update status Whatsapp, “Ya Allah, tolong jagakan dia untuk aku kerana aku begitu mencintainya, Ya Allah”. (Maaflah kalau jiwang sangat, orang sedang patah hati katakan).
Tapi sebelum aku update, aku siap setting tak bagi family & kawan-kawan aku tengok. Nanti dia orang mulalah jadikan topik dalam group whatsapp tanya siapa ‘dia’ tu. Haha.
Aku tunggu dekat 2 jam tengok dia online tak. Last-last aku tertidur & bila bangun nak solat malam aku nampak dia viewed.
Terus bersemangat aku nak doa supaya Allah panjangkan jodoh dia dengan aku. Padahal dia view saja pun, bukan text aku pun. Excited terlebih-lebih.
Beberapa hari lepas tu, masa aku dah baring-baring nak tidur tiba-tiba aku nampak skrin handphone ade keluar notifications WhatsApp masuk.
Aku bukak & tengok nama dia yang naik rupanya! Aku yang terkedu jadi menggigil & terus meleleh air mata. Tak sangka dia mesej aku balik!
Dia cakap “hye”. Aku balas hi saja. Malas nak cakap lebih. Sambil-sambil tu aku tunggu perkataan typing dia yang macam tulis padam tulis padam.
Tiba-tiba dia cakap maaf sebab dah lukakan hati aku.
Aku balas aku okey sebab aku dah moved on. Aku tanya kenapa tiba-tiba message?
Dia cakap, “I’m thinking about you”. Aku balas balik, girlfriend tak marah ke text perempuan lain?
Dia cakap dia dengan perempuan tu sebenarnya ‘tak menjadi’. Just bersama dalam 2 weeks saja sebab dia rasa macam tak serasi, macam boring, dia tak manja/childish macam aku.
Dia cakap perempuan tu pemikiran tak sama macam aku. Aku boleh berborak dengan dia mostly dalam semua benda. Tapi perempuan tu macam tak fit dengan dia.
Aku tanya 2 weeks tu couple ke? Dia cakap tak declare apa-apa tapi agak rapat.
Aku yang tiba-tiba panas & sakit hati, cepat-cepat tanya, ‘rapat’ tu means had s** lah kan?
Dia balas, “Please.. I don’t want to hurt you.”
So bila dia balas macam tu faham-faham sendirilah aku. Aku nak expect apa dengan Mat Salleh, sebab memang dia orang open bab tu. Kenal sehari pun dah boleh masuk ke bilik.
Aku balas, jangan contact aku lagi sebab aku dah kenal someone else. Aku wish goodnight, silent phone & letak phone bawah tilam, jauh hujung kaki.
Biar 2-3 hari handphone tu dekat situ! Sakit betul hati aku bila fikir dia dah bersama dengan perempuan lain.
Tapi beberapa minit lepas tu aku rasa tak tertahan-tahan nak tengok handphone tu. Aku ambil balik hp tu. Hehe.
Aku buka whatsapp & tengok memang dia ada reply.
Dia cakap, “I’m broken too. Bae, I miss you badly. Everything i’ve done makes me keep on and keep on thinking about you. I’ve never felt so lonely like this.”
Walaupun agak janggal dia panggil aku bae tapi air mata aku mencurah-curah keluar sebab betul-betul bersyukur doa aku supaya dia ingat aku dah termakbul.
Tapi aku replied thanks saja sebab sudi ingat aku. Aku soal kalau rindu kenapa baru sekarang nak contact aku?
Cakap dengan perempuan tu 2 weeks saja. Sekarang dah 2 bulan. Ada kenal perempuan lain pulak ke?
Dia cakap takde. Dia memang nak contact aku tapi dia cakap kalau dia contact aku dia tak boleh turning back semula & lukakan hati aku lagi. So dia kena find something dulu sebelum dia betul- betul ready utk contact aku.
Aku tanya, find ape? Aku tak faham..
Dia cakap ,” I went to a mosque!”
Bila dia cakap ‘mosque’ saja automatik aku menangis gembira, siap teresak-esak lagi dalam selimut.
Dulu aku pernah cakap kalau dia nak tahu tentang Islam, dia boleh pergi masjid dekat sana. Maybe boleh tanya direct sendiri dengan Imam dekat sana.
(Dia cakap dia belum bersedia. Nanti apa pulak kalau kawan dia tahu. Dia memang ada sifat kekawanan yang tinggi. Dia risau sangat hilang kawan-kawan dia).
Then aku terus reply. Itulah yang aku doa setiap hari untuk dia. Aku cakap Tuhan saja tahu betapa aku rindu dia. Aku tak boleh move on sampai sekarang. Aku sayangkan dia sangat-sangat.
Dia cakap dia tahu aku sayang dia & aku kecewa sangat. Dia tengok aku tak update apa-apa dekat FB pun dia tahu aku sedang broken.
Dia tanya aku boleh dia video call? Aku cakap call saja. Aku tak nak dia nampak rupa aku dengan air mata & air hidung meleleh non stop.
Bila call tu connecting & dengar suara dia, aku jadi teresak semula menangis. Aku dengar suara dia pun macam serak ke dalam gitu. Rindunya aku dekat suara tu. Aku ingat aku dah takkan dengar lagi dah.
Dia pujuk aku jangan nangis sebab dia dah ada untuk aku semula.
Dia cakap dekat aku boleh kita start balik apa yang kita dah ended? Aku cakap yes please..
Tiba-tiba dia perkenalkan diri dia semula & tanya nama aku? Saja dia ceriakan suasana supaya aku tak berterusan sedih macam tu.
Last-last dia cakap dia cintakan aku & one day dia akan datang Malaysia cari aku. So malam tu kita orang officially declared as couple.
Malam tu banyak kami berbual sampai subuh. Dia cakap dulu dia saje saja cakap dia runner basikal sebab nak tengok aku nak kawan dengan dia tak. Sebab bila dia cakap kerja tu kepada perempuan lain, perempuan-perempuan ghosting dia.
Dia cakap walau dia cakap macam tu, aku masih nak tahu more tentang dia. Tu dia rasa macam okey, bolehlah kawan dengan aku.
Dan bila aku cakap aku kerja as online seller & work from home dia cakap automatik dia rasa nak kenal aku. Dia triggered ayat tu! So dia cakap better tell the truth saja career dia sebab dia rasa banyak benda dia boleh berborak dengan aku.
Dia cerita, dia ada pergi masjid dekat Minneapolis. Dia dah hampir-hampir nak balik sebab dia nampak yang datang masjid tu hanyalah orang-orang Arab, Pakistan, blacks & ada 2-3 white.
Masa dia dah nak balik, ada orang tua ( aku assume Imam) tegur dia nak solat ke? Dia cakap bukan. Just nak tengok saja. Dia tanya memang sikit saja ke Muslim dekat sini?
Orang tu cakap ramai tapi waktu tu hari cuti. Dia tanya, orang kulit putih memang tak ramai ke yang Islam? Imam tu cakap ramai cuma hari tu hari Ahad lagipun ramai dah balik sebab waktu zuhur dah lepas. Nanti masuk Asar baru ada orang datang lagi untuk solat.
Imam tu tanya dia, boleh tak nak jemput datang Jumaat nanti? Joshua tanya nak buat apa? Imam tu jawab, Jumaat ada aktiviti berkumpul bagi Muslim so bolehlah tengok & jumpa komuniti Muslim dekat sana. Joshua cakap boleh, nanti dia datang.
And Jumaat tu masa dia datang, memang dia terperanjat sebab ramai rupanya orang Muslim dekat situ. Orang kulit putih yang muda-muda pun ramai. Siap ada yang bertatu penuh badan pun ada. (Joshua pun ada tattoo tapi dekat pergelangan tangan, betis & belakang badan saja).
Imam tu pun ada hadiahkan Al Quran sekali terjermahan untuk buat bacaan kalau-kalau nak tahu lanjut tentang Islam. Dia cakap dekat 1-2minggu dia tak buka sebab takut. Dia takut kut macam buku magic vodoo katanya. Tapi satu hari dia beranikan diri juga untuk baca.
Dan lepas baca dia mula nampak perspektif baru tentang Islam. So dia jadi faham kenapa aku cakap ini tak boleh itu tak boleh.
Dengar cerita dia aku bersyukur sangat-sangat. Maybe Allah dah dengar doa aku & tolong aku melalui Imam Masjid yang sangat pandai berdakwah tu.
Banyak benda dia cerita dekat aku malam tu. Termasuklah cerita tentang atuk dia yang datang US sebagai immigrant yang dah lebih 10 kali aku dengar. Malam tu kami macam tak nak stop the line sebab macam esok dah tak jumpa balik.
So kepada yang ada boyfriend / crush non Muslim, jangan give up tau. Di samping berusaha mesti terus berdoa especially sepertiga malam. Sebut nama penuh dia.
Hati manusia ni Allah yang control. Dia pun nak ramai orang bersujud kepada Dia. Dan maybe Allah pun redha atas usaha kita untuk mengembangkan Islam kepada orang yang belum Islam.
Kalau korang tengok dekat Youtube, ada 1 channel lelaki Chinese mualaf Singaporean. Ada perempuan Melayu satu office minat dia ( dah jadi wife).
Perempuan tu bagi dia Al-Quran & perempuan tu pun siap solat Hajat mintak Allah buka hati lelaki tu. Akhirnya Allah buka hati lelaki tu untuk masuk Islam. Maaf aku dah ingat-ingat lupa tapi korang boleh cari channel tu.
Start dari hari tu pejam celik pejam celik dah dekat 6-7bulan kita orang couple. Sepanjang couple tu, aku takde lah nak ajar dia tentang Islam all the time. Kalau dia tanya aku jawab & aku just explain in general.
Takdelah aku suruh dia hafal surah ke, belajar steps solat ke. Tentang berkhatan pun aku just bagitau dia gitu-gitu saja. Aku tak nak menakut-nakutkan dia & buatkan dia fikir terlampau banyak benda dia nak kena buat sehingga nampak rumit sangat.
Allah pun tak bagi syarat dah masuk Islam mesti terus pandai ibadah. Sebab tu ada term mualaf, proses nak belajar.
Khatan tu pun bagi aku konsep orang Melayu dah salah. Nak masuk Islam, kena khatan dulu. Padahal itu bukan syarat wajib masuk Islam pun.
Khatan tu terkait dengan hal-hal ibadah. Bila dah masuk Islam nanti dia sendiri akan sedar kepentingan khatan tu bila dia dah start belajar bersuci & nak beribadah.
Tak perlu buat diorang rasa berat nak masuk Islam sebab hal khatan ni. Bukan tak ada, tapi ramai yang takut masuk Islam sebab kena khatan dulu. Aku pernah dengar kes tak jadi masuk Islam sebab kena khatan dulu.
Aku just chill-chill & aku cakap kalau kita kahwin nanti baru aku ajar banyak benda. Kita buat sama-sama. Sekarang cukup dia ada minat, pengetahuan basic & ada sedikit kepercayaan pun dah cukup bagus sesangat.
Tapi yang jadi masalah hubungan kita orang ni pulak soal susah nak berjumpa. Dia tak dapat datang Malaysia sebab ayah dia accident jadi bed ridden. Abang dia army dekat N.Mexico. Adik perempuan dia pulak masuk university dekat Utah.
Memang dia sorang saja yang tinggal dekat dengan parent. Dia tak tinggal rumah parent & menyewa sendiri. Tapi kalau drive, rumah parent dia dalam 5 minutes saja. So dia susah nak travel jauh sebab masa tak sesuai & kesian dekat mak dia uruskan ayah dia sorang-sorang.
Suatu hari tu masa tengah vc, aku cakap aku dah tak tahan bercinta macam ni. Aku jadi tak secure & uncertainty. Kita kena jumpa jugak sebab masa jumpa tu baru tahu yang kita betul-betul sayang atau tak.
Aku dulu pernah macam tangkap cintan dengan 1 lelaki Melayu secara online tapi lepas jumpa terus lelaki tu tak contact aku. So aku cakap cinta online ni tak real.
Dia cakap tunggu sikit masa lagi dia datang KL. Tunggu ayah dia dah sihat. Ayah dia dah 4-5 bulan accident.
Aku cakap, “If you can’t be right here, i will come to you. I will fly to US.”
Dia cakap tak payah, itu dah menyusahkan aku nak datang sana. Dia akan datang KL cuma bila tu kena bagi masa sikit.
Aku cakap takpe, aku boleh datang sana. Dia soal nanti mak ayah aku tak marah ke? Aku nak datang sorang saja ke? Kalau datang sorang dia tak bagi aku datang.
Aku cakap aku ajak Tia. Dia setuju & cakap esok aku discuss dengan Tia. Dia suruh cakap dekat Tia duit flight tickets, accomodations & expenses, dia akan kasi semua. Tia tak perlu guna sesen duit sendiri pun. Yang penting temankan aku saja.
Pagi esoknya masa Tia masuk kerja aku cakap Tia boleh temankan aku pergi US tak? Tentang duit, Joshua support everything, jangan risau.
Tia cakap aku ni biar betul berani sungguh. Aku cakap ye sebab aku dah tak tahan dah. Aku nak jumpa dia jugak. Aku cakap kita pergi 3-4 hari saja. Boleh jalan-jalan tengok negara orang.
Tia yang dah start excited cakap jap dia call mak dia untuk tanya boleh tak. Tia ni masih tinggal dengan family dia sebab rumah dia dengan rumah aku dalam 20 minit saja.
Bila tengok muka dia cebik masa letak phone, aku dah dapat agak dah. Dia cakap, “Sorry wey, mak aku tak bagilah. Jauh sangat & bahaya kita pergi berdua saja.”
Aku dengan rasa hampa cakap takpelah. Aku try cari jalan lain.
Aku vc Joshua & cakap Tia tak boleh teman sebab parent tak kasi. Dia cakap takpelah, nanti dia saja datang Malaysia. Tapi aku kena sabar sikit.
Aku cakap no, aku tak boleh tunggu & tak boleh sabar lagi. Aku betul-betul nak tahu betul tak dia akan sayang aku lepas kita jumpa.
Aku penat couple macam ni. Aku tak nak bazir masa bertahun last-last bila jumpa rupanya dia tak suka aku!
Aku cakap aku akan fly sorang ke US!
Dia terdiam & renung aku yang macam tengah tegang serabut sambil kesat air mata kasar-kasar. Aku masa tu rasa macam sedih, kecewa & ralat gila.
Aku bukan kecewa sebab Tia tak dapat teman tapi kecewa kenapalah susah betul relationship aku dengan dia ni.
Dia cakap sambil tersenyum lembut, “Ok. I’ll wait for you here.”
Aku cakap thanks sebab setuju aku jumpa dia. Aku cakap passport aku masih ok tak perlu renew. So aku dah boleh book ticket.
Tapi dia cakap aku tak boleh tempah ticket mcm tu saja. Nak pergi luar negara kena buat Visa dekat embassy. Dah satu hal pulak aku rasa down bila dia sebut tentang Visa.
Passport memang aku dah ada sebab aku pernah teman mak aku pergi rombongan under Felda kami ke Acheh untuk lawatan mengenang jejak tsunami Acheh. Mak akulah terlampau-lampau syahdu nak melawat sana. Hehe.
Actually, aku dah serik nak join rombongan-rombongan Felda ni sebab tahun sebelum tu aku dah teman mak aku pergi Padang Besar. Mak aku angkut periuk belanga segala macam sampai aku dalam bas tu macam nak tidur dalam periuk dah.
10 jam lebih meriba periuk besar gedabak sampai terteleng kepala aku. Nak suruh mak aku riba kesian pulak.
Aku cakap beli online saje nanti terus hantar dekat rumah. Harga pun sama saje, silap-silap lagi murah. Mak aku sound cakap aku ni tak habis-habis dengan online, Facebook, Shopee, Panda. Last-last aku diam saje.
Mak aku ni apa-apa mesti harapkan aku yang temankan sebab 2 orang adik lelaki bujang aku tu memang tak nak ikutlah rombongan-rombongan macam tu.
Bapak aku pun malas, sibuk dengan aktiviti surau & ladang.
Berbalik kepada Visa, masa aku pergi Aceh tu Visa semua travel agency uruskan.
So yang US Visa ni, hari tu jugak aku join group travel. Scroll punya scroll terjumpa seorang kakak yang komen tentang U.S.
Aku private message dia & dia reply. Aku tanya boleh tahu tak cara-cara nak
pergi U.S? Dia dah 3x pergi U.S rupanya.
Dia tanya aku boleh tahu tak nak pergi sana nak buat apa?
Aku cakap jumpa kawan. Dia tanya kawan yang macam mana tu? Dan aku pergi berapa orang? Aku cakap aku pergi sorang. Tapi part kawan tu aku rasa macam serba-salah nak bagitau kakak tu. Aku cakap kawan tinggal dekat sana.
Then, dia cakap. Nak apply Visa nanti aku kena attend interview dekat U.S Embassy. Interviewer nak details kawan yang dekat U.S tu & hubungan aku dengan dia.
Aku tak boleh tipu sebab kalau tak jujur nanti interviewer rasa suspicious & tak approved. Akhirnya aku berterus-terang dekat kakak tu sebab aku rasa kalau aku sorok info, aku tak dapat maklumat yang berguna daripada dia. Nanti masalah besar aku.
Akak tu nasihatkan aku samada dah fikir betul-betul ke sebab aku kenal dia online saja. Sekarang macam-macam kes yang membabitkan online ni.
Tapi kalau aku nak fly jugak takpelah. Dia bagitau aku cara-cara nak apply Visa tu. Cuma dia cakap fikir betul-betul atau cari jugak kawan untuk teman.
Dia bagitau aku kena bawa supporting documents macam 3-6months bank statements sebab interviewer nak tengok yang aku di Malaysia ni seorang yang ada income atau tidak. Kalau ada SSM, bawak SSM juga. Kalau slip gaji bawak slip gaji.
Kalau takde income dia orang takut aku nak bekerja dekat sana guna Tourist Visa.
Account bank yang nak guna dekat sana nanti mestilah ada lebih kurang RM15k atau lebih lagi bagus.
Yang paling penting, aku nanti nak tinggal dekat mana. Disebabkan aku tak booking hotel sebab tak tahu visa approve atau tak, better aku cakap tinggal di rumah family boyfriend.
Interviewer pun nak tahu siapa yang akan aku jumpa dekat sana nanti. Nak details orang tu, address dia, muka dia.
Tapi macam kes aku ni, dia cakap better aku mintak segala gambar ic, driving license, ic mak ayah dia, gambar dia orang semua.
Kalau boleh gambar IG & FB dia pun print siap-siap. Semua benda ni penting sebab kalau aku hilang dekat U.S misalnya, polis sana akan cari dia. So jangan guna address orang lain.
Kakak tu cakap sebab nama family boyfriend aku ni macam nak Mexico gitu so better prepare all those details & documents. Sebab takut nanti embassy risau kalau-kalau aku ni sebenarnya jadi keldai dadah.
Aku dengar explaination dia tiba-tiba jadi mengeluh panjang. Dahlah fikir nak isi details di website pun rumit jugak.
Kakak tu siap bagi nombor telefon mak cik dia dekat Oklahoma. Kalau jadi apa-apa nanti, call saja mak cik dia. Mak cik dia Malay, ikut suami kahwin orang sana.
Dah ucap terima kasih dekat kakak tu aku termenung sendiri sambil tengok website US Embassy tu.
Tiba-tiba aku terfikir berbaloi ke aku terbang jauh-jauh merisikokan diri aku untuk dia? Macam mana kalau ondaway ke sana nanti tiba-tiba ada orang letak something dalam luggage aku & akhirnya aku dituduh smuggled something.
Berbaloi ke aku nak musnahkan diri aku padahal dia entah-entah reject aku lepas jumpa. Silap-silap dekat airport nanti dia nampak aku terus dia blah tanpa dia tegur aku pun (aku pernah kena macam ni).
Dan sebenarnya, apa yang aku harapkan lepas jumpa dia? Just jumpa & then aku balik Malaysia continue balik LDR kami tapi versi dah pernah berjumpa pulak. Macam tu ke?
Then tunggu dia pulak datang Malaysia melamar aku? Bila pulak dia nak datang Malaysia tu? Tunggu ayah dia sihat yang tak pasti bila?
Macam tu ke yang aku nak?
Semua ni buatkan otak aku betul-betul buntu.
Joshua mesej aku tanya kakak tu cakap apa? Aku cakap boleh bagi aku some space tak malam ni. Aku nak bersendiri malam ni.
Dia cakap ada masalah apa-apa ke? Aku cakap takde apa.
Dia cakap please, apa-apa masalah kita discuss. Jangan diam macam ni.
Aku tanya dia, sebenarnya dia cintakan aku & betul-betul nak kahwin dengan aku ke? Atau just cintakan aku tapi masih ragu-ragu untuk kahwin dengan aku?
Dia cakap memang nak kahwin & nak hidup dengan aku. Aku tanya so dah ready nak convert to Muslim ke? Dia jawab ya tapi perlukan aku di sisi dia. Dia tak boleh sorang-sorang sebab dia tak tahu apa dia perlu buat.
Aku cakap, kalau aku dah sampai sana nanti & dia tetap sayang aku, boleh tak kita terus kahwin dekat sana? Aku tak nak hubungan kita ni macam tak ada penghujung sebab kita susah nak berjumpa.
Dia cakap kalau aku tak kisah, dia takde masalah. Tapi apa cakap family aku nanti? (Aku pernah cakap tentang kahwin kena ada wali & tak boleh tanpa restu ibu bapa).
Dan dia tanya, aku sanggup nak duduk dekat U.S ke sebab dia tak dapat nak tinggal dekat Malaysia. Dah jadi isteri, dia nak kami hidup sama-sama. Dia tak boleh LDR kalau dah kahwin. Dia takut tak mampu.
Aku cakap aku boleh duduk dekat U.S. Kami pun pernah berbincang tentang ni & aku tak kisah sebab bisnes aku online. Dari negara mana pun asalkan ada internet aku boleh duduk asalkan ada orang yang handle dekat KL.
Bila dah dengar penjelasan dia tu aku yakin dengan keputusan aku untuk fly ke U.S. Aku cakap aku kena ambik details & dapatkan certain documents dia & parent dia. Embassy nak tengok.
Dia cakap boleh & dia tak de masalah nak bagi cuma kena slash sikitlah takut salah guna documents dia. Salinan ic mak ayah dia pun dia ada. Cuma kalau address, pakai address rumah bujang dia.
Aku cakap, esok dia kena buat hiv test. Aku nak kena tahu kut-kut dia ada hiv ke. Esok pun aku akan test aku punya. Aku tak nak aku terbang jauh-jauh sekali tengok dia ada hiv.
Dia cakap aku memang berfikiran jauh & betullah tindakan aku ni. Esok dia pergi test.
Dah key in di website & buat bayaran, beberapa hari lepas tu aku dapat interview. Debar gila aku rasa.
Bila dah lalui macam-macam checkpoint, aku kena interview dekat kaunter. Interviewer aku Mat Salleh lelaki macam muda jugaklah.
Dia tengok documents aku & kemudian dia tanya nak datang U.S jumpa siapa? Aku cakap jumpa kawan. Aku tunjuk salinan ic, driving license & documents termasuk documents parent Joshua. Dia tergelak & cakap aku well prepared.
Dia tanya kawan atau boyfriend? Aku cakap actually boyfriend. Dia tanya dah berapa lama relationship? Aku cakap almost 2 years.
Dia tanya ini first meet atau dah pernah met? Aku dengan cuak macam nak cakap pernah met tapi tiba-tiba terfikir yang dia staff embassy kut, dia boleh check keluar masuk semua. Aku cakap first meet.
Dia tanya aku pergi sorang ke? Aku cakap ya. Sebab kalau aku pergi ramai-ramai sepatutnya kena interview sekaligus time tu.
Dia cakap, perjalanan aku ni perjalanan yang berisiko sebab aku takde kenal siapa-siapa dekat sana kecuali lelaki ni & ini first meet pulak.
Meet online & aku pulak girl.
Dia cakap dia nak check details lelaki ni kalau-kalau ada masalah jenayah ke. Aku cakap ok.
Alhamdulillah clean. Lastly interviewer tu cakap kalau aku berjaya dapat Visa & fly, jangan lupa update setiap masa perjalanan dengan family dekat Malaysia.
Bagi details tentang boyfriend dekat family supaya family tahu siapa nak cari kalau apa-apa jadi. Simpan nombor telefon balai polis berdekatan.
Walaupun tak lama tapi sangat menakutkan interview tu. Start hari tu mulalah aku & Joshua berdebar nak tunggu dapat ke tak Visa aku ni.
Stress sungguh aku.
Aku rasa dah panjang sangat. Sebab aku takut tak boleh submit kalau panjang sangat.
Cari Boyfriend Mat Salleh: Part 3 (Terakhir)
Maaf agak panjang sebab aku nak habiskan cecepat. Malas nau aku nak menulis. Hahha
Dalam minggu depan tu aku dapat notification yang Visa aku dah lulus! Aku dah boleh pergi collect Visa & passport aku. Tak sangka gila boleh lulus!
Maybe sebab aku cakap yang main reason nak pergi sana untuk discuss urusan online business untuk market U.S. And dia tengok statements bank aku agak kukuh & aku memang into business, so aku berjaya lulus.
And then lampiran taxation Joshua selaku tax payer pun agak strong, so maybe itu pun menyebabkan senang lulus. ( Siap attached tax slip kauu. Hahhha)
Us ni negara tax, so biar orang embassy tu fikir dengan kedatangan aku tu sedikit sebanyak boleh menambah tax kepada negara.
(Joshua lah ajar aku macam mana nak cakap & siap prepared skrip untuk aku. Siap berlakon-lakon interview lagi walau gelak yang banyak sebab dia asyik tersengih masa sesi ‘interview’. Aku tak boleh orang sengih-sengih jadi nak ketawa).
Aku call Joshua bagitau yang aku berjaya dapat Visa. Dengan dia sekali menjerit happy kat sana.
Lepas dah collect apa semua, Joshua cakap aku dah boleh book ticket flight dah. Dia suruh aku book Business Class sebab lebih selamat. Dia akan transfer Tether dekat wallet aku & nanti aku convert to Myr. Aku cakap tak payahlah sebab mahal sangat. Economy pun takpe.
Dia cakap jangan tengok dekat RM tapi tengok ikut Usd. In Usd, rate tu affordable lah katanya. RM memang nampak expensive.
Dia cakap fly dengan Business Class aku akan lebih selesa sebab boleh baring-baring, ruang pun spacious. Kalau nak tunggu transit flight yang kekadang ambil masa berjam-jam pun, ada special treat sebab ada Vip Lounge.
Aku dah tak perlu serabut dengan hiruk pikuk dekat luar. Relax, minum coffee, surf internet dekat lounge.
Lagipun aku lebih selamat & takdelah dia risau sangat nanti.
Aku cakap bolehlah, kita share-share bayar. Dia gelak & cakap tak payahlah. Dia bayar semua. Aku datang jumpa dia pun dah cukup bagus.
Ini pun tips untuk korang. Kalau korang yang datang tempat lelaki tu untuk first meet, pastikan dia dengan rela hati bayarkan flight ticket korang pergi balik.
Kalau dia sudi bayar bermakna dia hargai susah payah korang yang datang nak jumpa & maybe secara tak langsung korang boleh nilai economy strength dia macam mana.
Tak naklah nanti korang bersusah payah datang & tanggung semuanya, tengok-tengok rupanya dia seorang kutu rayau dekat negara dia.
Tapi aku suggest better cari jalan jugak untuk lelaki tu yang datang jumpa korang. Itu lebih selamat & Islamic. Jangan ikut cara aku ni.
Berbalik kepada ticket, tiba-tiba aku terfikir yang aku cakap dekat mak ayah aku yang aku gi ramai-ramai. Memang tak logiklah naik Business Class.
(Yes, aku tipu mak ayah aku. Jahat sungguhlah. Korang janganlah ikut cara aku sebab apa-apa hal terjadi, mak ayah jugak yang susah hati).
Kakak aku pulak dah sibuk suruh bagi gambar tickets dekat Whatsapp group sebab senang kalau jadi apa-apa katanya.
Aku cakap dekat Joshua kena booking Economy jugak sebab takut jadi isu.
Lebih kurang seminggu sebelum pergi, aku kasi tau Joshua. Boleh tak jumpa nanti aku nak beard dia nipis ala-ala baru tumbuh tu? Sebab gambar first aku jatuh hati dekat dia, dalam gambar tu beard dia macam tulah.
Dia tergelak besar & cakap jap lagi mandi dia terus shave beard dia. Sempatlah nampak macam looks yang aku nak tu masa kami jumpa nanti. Masa tu beard dia agak panjang sikit.
Aku tanya dia lagi, dia nak aku pakai apa? Dia cakap apa-apa pun dia tak kisah. Asalkan aku selamat sampai je.
Lelaki, malas nak fikir benda remeh temeh gitu! Hehhe.
Masa nak packing luggage tu aku dah siap bawak Maggi & instant porridge. Let say aku di reject nnti & takut nak keluar sorang-sorang, aku boleh berkurung je dekat hotel sementara tunggu flight balik.
Tiba-tiba aku terfikir, macam mana kalau betul dia akan reject aku? Apa perasaan aku masa tu? Hurmm..
Aku terus call Joshua, aku cakap aku nak deal something dengan dia. Dia tanya deal ape?
Aku cakap, boleh tak masa dekat airport nanti kalau dia nampak aku ni tak meet expectations dia & dia tak sudi terima aku, boleh tak jangan muncul depan aku?
Maksudnya observe aku dari jauh dulu lepastu blah saje kalau tak suka.
Ghosting aku & kalau aku Whatsapp, just blue tick saje.
Dia cakap mana boleh macam tu, aku dah datang dari jauh kut. Dia cerita, dulu dia pernah blind date dengan 1 girl. Dalam pic nampak girl tu takde lah too obvious, maybe due to selfies angle. Tapi bila dating rupa-rupanya girl tu too curvy.
Girl tu yang sampai dulu, tunggu dia. Walau girl tu tak meet expectations dia, dia datang jugak dekat girl tu. Chill-chill, makan-makan & dia pay the bill. Nak balik pun dia siap bagi friend hug lagi. Dia tak sampai hati nak buat orang rasa dumb macam tu.
Lepas jumpa tu, girl tu cakap suka dia. Tapi dia cakap elok-elok yang dia lebih prefer stay as friend.
Aku cakap, dengan perempuan lain dia boleh buat nice macam tu tapi please jangan buat dekat aku. Aku datang sana bukan untuk berkawan. Aku datang sana memang untuk further our relationship. Kita kenal pun dah dekat 2 years.
Aku lebih prefer dia tak muncul depan aku so aku boleh move on dengan cepat sebab dia dah tinggalkan kenangan ghosting yang buatkan aku sakit hati. Biar aku takde kenangan real dengan dia. Biar aku ingat dia sebagai the unreal online lover saja.
Tapi kalau dia muncul depan aku, layan aku elok-elok hingga aku rasa berbunga-bunga tapi lepas tu dia cakap better stay as friend, itu akan buatkan aku lebih broken & susah lupakan dia.
Lama dia terdiam renung aku & sesekali dia macam telan-telan air liur. Mata dia pun macam merah tengok aku yang dah meleleh air mata.
Entahlah, couple cara macam ni betul-betul buatkan aku ni asyik sedih sebab asyik bermain dengan emosi. Maybe sebab aku memang sayang dia sangat-sangat & dalam masa yang sama aku risau penerimaan dia pada aku.
Lastly dia cakap “okey, I promise!” Terus dia off the line tanpa pandang aku pun.
Akhirnya sampai jugak date untuk aku berlepas. Aku bagi details Joshua dekat Tia. And aku pesan dekat Tia, aku akan update perjalanan aku dekat dia sepanjang aku travel ni.
Kalau aku dah sampai US & tak Whatsapp lebih 12jam, sila message Joshua. Kalau tak reply, tolong report polis.
Disebabkan aku tak pernah travel jauh, Joshua siap pesan jaga beg aku elok-elok, tak payah bawa handbag, kalau orang nak tumpang luggage/ bag jangan bagi,
Jangan nice sangat dengan stranger, orang ajak berbual just cakap gitu-gitu je jangan peramah sangat, jangan leka dengan phone & headphone sebab takut aku tak dengar apa-apa annoucements penting.
Dia cakap don’t worry too much, just enjoy the journey. Dia tunggu aku!
Masa travel tu memang macam-macam perasaan yang aku rasa. Berdebar-debar & tak lena tidur sebab takut ada singgah memana. Karang tertinggal aku pulak.
Akhirnya hati aku betul-betul lega bila terdengar annoucement. ” Ladies & gentlemen, we are safely arrived at Minneapolis St Paul Airport. Welcome to Minnesota, United State of America!”
Terdengar je perkataan Minnesota tu macam tak tahu apa ayat aku nak gambarkan. Memang betul-betul lega!
Tiba-tiba aku terflash back message Joshua masa mula-mula kami kenal, “I’m in Minnesota.” Tersenyum aku sorang-sorang. Tak sangka aku dah sampai Minnesoda!
Awal-awal lagi aku dah message Joshua beritau aku dah sampai tapi nak settlekan baggage aku dulu. Dia cakap sekejap lagi dia sampai. And akhirnya dia sampai dulu & message aku yang dia dah tunggu aku dekat arrival hall.
Sebelum aku keluar menuju ke arrival hall tu, aku touch up touch up sikit make up aku, biar Korean looks gitu. Dada aku dup dap dup dap rasa nak meletup. Kaki pulak macam freezing & keras nak berjalan. Macam kaki gajah.
Bila sampai aje dekat arrival gate tu cepat-cepat aku control ayu sebab aku pasti dia yang entah dekat mana tu mesti tengah ternanti-nanti orang yang keluar dari situ. And mesti dia dah nampak aku.
Aku pulak takde keberanian nak tengok orang-orang sekeliling sebab kena dongak-dongak. Tinggi-tinggi bebenau memasing. Nasib aku pakai platform sneakers, tambah jugaklah tinggi aku 8-9 cm. Jadilah. Hihhi.
Aku mesej Joshua.
Aku cakap aku dah sampai. Aku pakai baju knitted warna brown, silky shawl warna light brown & seluar jeans light blue. Ada nampak tak?
Blue tick.
Aku mesej lagi. Aku ade berdiri dekat advertisement American Express. Ada nampak ke tak?
Blue tick juga.
Masa aku hantar message tu, message tu terus jadi blue tick maksudnya dia memang tengah buka mesej aku.
Aku reply hello! Masih blue tick sampailah dekat 5-6 minit aku berdiri dekat situ.
Dan akhirnya aku macam terjaga dari mimpi and start realized. Yes it’s a ghosting. Joshua ghosted aku.
Aku rasa macam terpinga-pinga, dumb, sedih tapi tak boleh menangis. Tangan aku jadi terketar-ketar. Dahlah masa tu aku memang dah fatigue gile.
Lastly, aku bagi last mesej pada dia. Aku cakap thanks sebab sponsor trip aku, thanks sebab pernah hadir dalam hidup aku. Maafkan silap salah aku. Thanks sebab jujur & ikut janji kita, aku appreciated it. Aku tak apa-apa & tak marah dia. Bye.
Aku terus tekan block.
Frustnya aku masa tu tak boleh nak ungkap macam mana. Terlalu kecewa.
Tapi at last aku cakap pada diri aku sendiri, “Cukuplah Mira. At least engkau dah tahu jawapan yang selama ni kau nak tahu. Kalau lepas 4-5 tahun baru tau, kan dah rugi masa. Lepas ni dah, tak payah online dating lagi dah. Cukup lah yang ni last. Tak payah kahwin pun takpe.”
Terus aku tarik luggage aku & bergerak pergi dari situ. Aku tak nak dia nampak muka sedih aku hingga nampak aku terlalu terhegeh-hegeh. Biar dia nampak aku okey-okey saja.
Tiba-tiba aku dengar ada orang panggil ‘hey wait’ dari arah belakang. Memang aku kenal sangat hey tu dari suara siapa.
Kaki aku serta-merta stop berjalan & aku geleng-geleng kepala aku. Aku betul-betul ralat kenapa dia muncul jugak. Patut tak payahlah muncul.
Mesti dia tak sampai hati walaupun dia sebenarnya dah reject aku. Blue tick yang dia dah bagi pada aku tadi, dah cukup menggambarkan apa perasan dia terhadap aku. Sama macam the ‘too curvy girl’ yang dia cerita haritu.
“Wait”. Dia panggil aku lagi sekali.
Aku pusing belakang. Yes, memang tinggi & tegap orangnya. Kurus lebar gitu. (Tapi bukan tough tegap macam Zul Ariffin tu).
Aku just pandang tepat ikut aras mata aku je which is dekat aras bahu dia. Dia pakai trefoil hoodie & seluar pendek Adidas warna grey.
“Hi.” Dia hulur tangan dia tapi aku macam berkira-kira nak salam balik.
Then aku sambut jugaklah salam dia & dongak kepala ke atas pandang dia. Masha-Allah handsome betul aku rasa. (Maaf, dari pandangan aku lar). Hehhhe.
Tapi aku tak pandang mata dia, just tengok beard dia yang sama macam looks aku request tu. Sedih pulak aku rasa ending kami macam ni.
Masa bersalaman tu, tiba-tiba dia tarik tangan aku & peluk aku. Adalah dia cakap-cakap tapi sebab aku sedang numb, aku tak boleh dengar apa-apa dah.
Bila dia peluk tu aku cepat-cepat tolak dia & betul-betul rasa nak marah.
Aku langkah beberapa steps ke belakang & cakap, aku tak biasa ‘friend hug’.
Bila dia dengar je ayat, ‘friend hug’ tu dia gosok-gosok kusut kepala dia & pandang aku dengan muka bersalah.
Sebelum dia sempat buka mulut aku sound dia, kenapa muncul jugak depan aku?
Kan aku dah cakap jangan kesian dekat aku. Blue tick tadi dah cukup buatkan aku faham apa perasaan dia dekat aku.
Dia cakap aku dah salah faham ni. Aku cakap takde salah faham apa-apa. Aku ucapkan bye dekat dia & aku blah. Tapi dia cepat- cepat tarik aku & peluk aku kuat-kuat. Maybe sebab aku ni kecik, senang nak tarik-tarik.
Dia cakap please. Dia mintak maaf. Tadi tu dia nak joke je. Nak tengok expression muka aku dari jauh sebab aku kan suka sangat fikir bukan-bukan tentang dia. Tu dia saja nak menyakat.
Dia cakap memang dia accept aku & dia dah tekad walau macam mana rupa aku dia akan tetap terima aku.
Dia cakap first nampak aku keluar tadi pun dia tersenyum sorang-sorang & memang bertambah-tambah jatuh cinta dekat aku.
Cuma salah dia sebab tiba-tiba terfikir nak usik aku. Tak sangka aku ambik serius sangat. Dia betul-betul mintak maaf.
Dengar dia cakap tu aku jadi betul- betul sebak & tiba-tiba menangis teresak-esak dekat dada dia. Dia gosok-gosok kepala aku & sesekali dia kiss kepala aku sambil mintak aku calm down. Mat Salleh kan romantik terlebih-lebih. Lol!
( Aku harap jangan ikut ye perangai aku ni. Dosa peluk-peluk gini. Kalau korang ada peluk bf/gf korang, mesti bertaubat okey).
Dia cakap jangan risau dia sayang aku & happy dengan aku. Dia cakap aku sweet & adorable (dia cakap lah).
Masa tu aku betul-betul rasa lapang & berbaloi sangat apa yang aku dah lalui semenjak hari 1st aku kenal dia dulu.
Kesian mak ayah aku. Hilang bayangan mak ayah aku yang selalu nasihat supaya jangan buat hal bukan-bukan dengan lelaki.
Lepas selesai sesi sendu kami berdua (mesti orang sekeliling cakap dramatik sungguh lahai), aku cakap boleh carikan aku hotel tak? Aku cakap ngantuk, fatigue, dizzy. Rasa nak muntah pun ada.
Dia cakap aku jet lag ni. Yelah, dah tahu kemungkinan boleh jet lag, masih terfikir nak prank aku dah kenapa. Berapa jam pulak aku dalam flight, berpuluh jam kut.
Dia pergi cari makanan, ubat & terus cari hotel. Masa hantar aku depan room, dia cakap aku just tidur je. Dia tak message & tak call aku tapi jangan fikir dia lari pulak. Dia nak aku tidur je. Nanti dah bangun just call je dia.
Aku terjaga dari tidur tengok-tengok dah malam. Lama betul aku tidur. Aku mesej Joshua & cakap aku dah bangun. Cepat dia reply & cakap lepas ni dia ambik aku bawak pergi dinner.
Sedar-tak sedar pukul 2-3.00 pagi baru dia hantar aku balik room.
Malam tu sebelum tidur, betul-betul buat aku gelisah & susah hati. Tiba-tiba teringat mak ayah dekat kampung. Kalaulah dia orang tahu apa aku dah buat dengan Joshua, mesti sedih dia orang.
Yes, aku dah buat benda bukan-bukan dengan dia. Walau tak sampai tahap masuk bilik & zina tapi aku rasa bersalah betul. Aku tau, itulah perasaan permulaan kepada zina yang banyak terjadi di zaman sekarang ni.
Nak tidur tu, aku dah start fikir & runsing sebab aku ada banyak hari lagi dekat sana. Aku cakap, esok aku mesti confront dia. Biarlah macam tak tahu malu pun.
Esoknya dalam pukul 11.00 pagi macam tu, Joshua jemput aku. Masuk je dalam kereta, aku tanya dia. Betul ke dia nak kahwin dengan aku?
Dia cakap betul, memang dia nak kahwin dengan aku. Kenapa? Aku cakap jom kita kahwin nak?
Dia tanya hari ni ke? Aku jawab ya, aku nak kahwin dengan dia hari ni. Tapi dia nak tak?
Dia cakap memang naklah. Aku tanya dah ready ke nak lafaz shahadah? Dia cakap ya dah ready. So aku kata kalau macam tu jomlah kahwin sekarang. Dia tanya nak kahwin dekat mana? Aku jawab kena pergi masjid.
Sampai dekat sebuah masjid, kami jumpa imam dekat situ. Kami maklumkan hajat & terangkan status Joshua.
Imam cakap boleh, memang dia yang uruskan pernikahan dekat masjid tu. Dekat negara bukan Islam memang urusan nikah masjid yang uruskan.
Imam tu tanya kami nak menikah ikut syariah saja ke?
Joshua yang tak berapa faham, passed soalan tu dekat aku. Aku jawab ya betul, nak ikut syariah sahaja.
Tapi Imam cakap kena buat upacara lafaz shahadah dulu untuk Joshua & lepas tu baru buat upacara nikah.
Tapi sebelum tu dia tanya ada wali hadir sekali ke? Aku jawab takde. Aku tunjuk passport yang aku datang dari Malaysia.
Dia tanya lagi, ada wali tak dalam jarak 2 marhalah dari situ? Kalau ada wali dalam 2 marhalah, nikah jadi tak sah.
Aku cakap wali aku semua di Malaysia which is lebih 2 marhalah (dalam 90km). Imam mintak nak tengok ic kami berdua bagi pastikan jantina. Bukti wali aku di Malaysia, aku tunjuk gambar ayah aku & adik beradik lelaki dalam Fb aku.
Lega sungguh aku bila akhirnya Imam tu cakap aku boleh di nikahkan guna wali hakim / qadhi.
Tapi dia nak confirmkan yang betul ke kami tak nak legalize and register the marriage? Just nak ikut syariah saja?
Joshua trigger perkataan ‘legalize and register’ tu & cakap dia nak legalize sebab nak apply Spouse Visa untuk aku.
Dia cakap aku hanya ada Tourist Visa 3 bulan & perlukan Spouse Visa untuk stay lebih lama. Terharu aku dengar yang Joshua betul-betul concern dengan kehadiran aku di sisi dia. Aku tadi fikir just nak ikut syarak saje, asal halal saje dulu.
So Imam tu bagitau kalau nak legalize, sepatutnya kami kena apply marriage license dulu dari county registrar. Dah dapat license, bawak sekali masa majlis akad nikah. Sign, kepilkan gambar pengantin sekali beserta saksi pernikahan 2 orang & submit sekali dengan surat/sijil dari masjid.
Joshua tanya berapa hari nak dapat license tu? Imam cakap dalam 3-6 hari. Dengar tu aku berkerut pandang Joshua & Joshua berkerut pandang aku. Sama-sama berhuhu.
Tapi maybe sebab faham permasalahan kami, imam cakap takpelah. Kita buat ikut syarak saje dulu. Buat yang penting dulu. Nanti dah ada license just bawak je datang masjid. Terus happy balik dedua!
Untuk nikah, lepas Zuhur dah boleh buat dah. Zuhur dalam pukul 12.00 lebih.
Masa ucap shahadah, bergenang mata Joshua pandang aku. Aku pun terharu tengok kesungguhan dia masuk Islam untuk bersama dengan aku.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku selama ni & aku berjanji akan bimbing dia. Dia pun akan attend class yang masjid anjurkan.
Dan akhirnya kami berjaya disatukan di dalam majlis yang aku rasa cukup mudah lagi memudahkan.
Cuma masa lepas akad nikah, baru kami sedar yang kami takde wedding ring bila Imam tanya ada nak sarung cincin tak.
Memasing gelojoh nak kahwin sampai tak teringat langsung tentang wedding ring. Wedding dress pun tak ada, aku pakai jubah masjid sediakan saje. Itupun besar kemain.
So takde pun gambar kami sarung cincin bagai. Joshua cakap lepas ni kita pergi cari ring & tangkap gambar sendiri-sendiri saje. Hehhhe.
Macam tak percaya, tak sampai 2 jam kami dah selamat menjadi pasangan suami isteri yang sah.
Selesai urusan & kami masuk dalam kereta, Joshua tanya aku nak pergi makan & cari ring ke?
Aku cakap, apa kata dia just bawa aku balik rumah dia. Sekarang kita lupakan dulu soal makan & ring tu. Hurmm, my bad!
Joshua tergelak besar & cakap dia memang setuju sangat dengan idea aku tu! Hehhhe
Bagi aku, proses pernikahan kami tu lebih kurang sama saje dengan kaedah pernikahan di Thailand. Dekat Thailand pun masjid yang uruskan pernikahan & ada keluarkan surat yang sah diakui kerajaan Thailand. ( bukan nikah sindiket bawah kolong).
Jika nak legal, daftar di Malaysia. Yes, lebih kurang sama procedurenya.
Lately, ramai pasangan kekasih yang lebih rela berzina daripada mencari jalan halal. Nasihat aku terutamanya kepada perempuan, jika percintaan korang dah melibatkan pra zina atau zina, berbincanglah dengan pasangan.
Tak salah bernikah di Thailand dulu untuk halalkan hubungan korang. Atau kalau tak nak Thailand boleh pergi negara lain yang akad nikah memang boleh terus dibuat di masjid. Korea ke, Australia ke.
Bukan aku nak pengaruhi korang utk belakangkan wali nasab, tak. Tapi kalau bertahun terlibat dengan zina & maksiat, nak kahwin tak cukup-cukup hantaran, atau nak kahwin parent cakap tak boleh lagi, mungkin korang kena fikir cara jugak untuk halalkan hubungan korang.
Yes, memang sama-sama suka tapi kalau clash, kesan teruk dekat side perempuan.
Islam ni mudah & tak membebankan. Sebab tu ada syarat ketetapan 2 marhalah & syarat sah nikah bukan bergantung pada wali nasab ( bapa, adik bradik lelaki) sepenuhnya.
Islam pun melarang wali nasab halang anak perempuan mereka berkahwin sekiranya anak perempuan tu dah cukup ketetapan untuk bernikah. Boleh jatuh aniaya.
Islam ni mudah sebenarnya tapi hantaran yang ber k-k & keputusan ibu bapa tu kadang-kadang menyusahkan sehingga anak-anak akhirnya berzina. Yes, memang semuanya bergantung kepada iman anak-anak jugak.
Kalau nikah syarak dulu, korang masih boleh rahsiakan daripada keluarga sementara menunggu majlis pernikahan di Malaysia yang hantaran RM 20k 30k tu. (Maksudnya 2 kali nikah). Yang penting korang berdua halal dulu sementara nak tunggu 2-3 tahun kumpul duit.
Kalau takut mak bapak tahu yang korang bernikah di Thailand adakah bermaksud korang tak takut kalau mak bapak tahu yang korang berzina?
Bernikah di Thailand kalau mengandung, just register di Malaysia & anak dah jadi sah taraf. Tapi kalau berzina & mengandung? Kesian anak-anak tu seumur hidup jadi anak tak sah taraf. Silap-silap boyfriend pun lari.
Kalau tak nak daftar sebab nak tunggu akad nikah bunga telur di Malaysia tapi dalam masa yang sama takut ‘suami secret’ tu tinggalkan korang & susah nak lafaz cerai, buat siap-siap surat cerai taklik & cop pesuruhanjaya sumpah.
Fikir-fikirkan pesanan aku ni sebab lately aku tengok ramai yang confess berzina, kecewa ditinggalkan setelah ditebuk berkali-kali & macam-macam lagi yang semua merugikan pihak perempuan sampai ada yang sakit mental.
Maaf kalau ada yang tak sependapat dengan aku. Tapi bagi aku zina ni memang sesuatu yang berat. Zina pulak berlaku sebab wujudnya perasaan cinta & sayang. So why not cari jalan untuk halalkan dulu kalau sama-sama sayang.
(Aku tak cakap tentang nikah poligami di Thailand. Maksud aku couple biasa. Jangan salah faham. And aku cakap kepada couple yang tak boleh tahan nafsu & kurang alim. Bagi couple yang alim & jaga ikhtilat, tak perlulah nikah secret).
Bagi aku ada hikmah kenapa Allah temukan aku & Joshua di U.S. Rupanya Allah nak mudahkan pernikahan kami.
Aku yakin kalau Joshua yang datang Malaysia, ayah aku takkan terima Joshua. Dan disebabkan kuasa wali & procedures, aku memang tak dapat kahwin dengan Joshua sampai ke sudah.
Kakak aku nak kahwin dengan orang Sabah pun terhalang, last-last sampai sekarang kakak tak kahwin-kahwin & tak temui pengganti.
Beberapa minggu lepas nikah tu, aku confront mak ayah aku. Yes memang diorang sedih sangat & cakap kenapa aku buat keputusan melulu. Kalau nak sangat, bawak balik Mat Salleh tu ke kampung.
Nasib abang aku back up & cakap, kalau Mira bawa balik pun bukannya mak ayah setuju pun. Untunglah suami dia terus nak kahwin dengan dia, siap masuk Islam lagi.
Lastly mak ayah aku redha & cakap benda dah jadi takkan nak suruh cerai. Mak aku pun cakap takpelah, mana tahu nanti boleh pergi Amarika main salji sambil jenguk cucu mata biru. Mak aku kan suka berjalan. Hehhe
Orang tua, walau ada ralat tapi dia orang tetap seronok bila tengok anak-anak bahagia.
Cuma dia pesan kalau boleh janganlah tak balik kampung sampai bertahun.
Aku cakap aku boleh balik kerap, jangan risau.
Bisnes dekat KL tu pun aku teruskan lagi so memang selalu kena balik Malaysia jugak. Nanti time aku balik, aku bawak mak ayah sekali pergi U.S.
(Last-last next year tu covid. Semua adik-beradik aku macam duduk overseas jugak, tak dapat balik kampung. Hahha).
Family Joshua pun mula-mula terperanjat tapi akhirnya mereka pun accept keputusan kami.
Lebih-lebih lagi bila kami selalu luang masa bersama sambil jaga ayah dia. Kawan-kawan kesayangan Joshua pun takde masalah.
Itu jelah apa aku nak cerita. Yang mana baik korang boleh ikut & yang tak baik, jangan ikut okey contoh bab maksiat, bab-bab ikhtilat, dating, couple, mesra dengan lelaki, travel sendirian, terlalu berani, belakangkan ibu bapa. Please jangan ikut & normalize kan.
Jangan ambik risiko macam aku & jangan terpengaruh dengan aku hingga korang jadi tak waras. Memang betul, silap haribulan memang boleh hancur masa depan. Ingat tu!
Maafkan semua silap salah aku, maafkan kalau terbody shaming, tersentuh bab agama atau terasa hati bab zina ke. Mana yg kecam, aku maafkan korang. Kita sama-sama chill okey. Dan thanks juga atas pelbagai teguran.
Kalau ada yang pm, comment mengaku aku, itu fake ye. Aku takde comment & pm.
Dan kepada yang sedang mencari jodoh, aku doakan jodoh korang sampai. Tak kisahlah online/real. Dan kepada yang sedang bercouple, banyakkan doa, selalulah solat taubat & jauhi zina sebab aku tengok confession sekarang, ramai sangat yang terjebak dengan zina.
And bagi yang single, why not kan korang put Mat Salleh under wishlist korang lepas ni. Hehhhe. Assalammua’laikum.
– Mira (Bukan nama sebenar)