Beberapa hari lalu, viral sebuah perkongsian seorang wanita yang ditahan polis dan dimasukkan ke dalam lokap gara-gara menyiasat suaminya.
Pemilik akaun peribadi @dhaliashah berkongsi lebih lanjut mengenai pengalaman hidupnya ditahan di lokap 2 tahun lalu.
Kini, video yang dikongsikan telah meeraih sehingga 2 juta tontonan, 86.6 ribu tanda suka dan 2 ribu komen.
Berikut merupakan video tersebut:
Keseorangan Dalam Lokap, Benar-benar Menguji.
Menerusi akaun tiktoknya, dia bercerita bahawa dia ditahan pada waktu maghrib di hadapan rumahnya ketika dia ingin keluar dari rumahnya. Pada waktu itu, ada 2 orang lelaki dan seorang wanita menemuinya, bertanyakan adakah dia Puan Dahlia.
“Puan ditahan dibawah Seksyen 395 merompak secara berkumpulan di bawah Kanun Keseksaan. Puan ikut kami ke balai. Kami tak gari puan sbb tak nak anak2 puan nampak ya, “ ujar mereka kepadanya.
Dia diarahkan naik kereta polis dan dihantar ke IPD. Soal siasat dilakukan sehingga jam 1 pagi.
“Nak mengaku atas kesalahan yang tidak saya buat itu ternyata susah.
“Berbaju & berseluar oren, tanpa tudung keseorgn di dlm cell benar2 menguji.
“Tidur di atas simen, terkenangkan anak2 yg tidak pernah terpisah, menjadikan sy tak keruan, ” ujarnya lagi.
Ditahan 3 Hari 3 Malam
” Hanya Allah yg ada di hati, dan saya katakan pd diri, kau tak boleh menangis Dahlia, “ katanya lagi.Difahamkan, dia mengupah penyiasat persendirian tetapi penyiasat tersebut tidak menjalankan tugas dengan baik.
Maka dia ingin meminta wang kembali namun penyiasat tersebut tidak berpuas hati dan melaporkan kepada polis. Dia dituduh merompak secara berkumpulan dan menyebabkannya kerugian sehingga RM 17 ribu.
Semasa dalam siasatan, pegawai polis mendapati penyiasat tersebut membuat laporan palsu dan mereka sama-sama disiasat.
“Sy sempat menjerit & memarahi penyiasat tersebut krn perbuatannya yg sgt kejam mengambil kesempatan terhadap wanita, “ ujarnya.
Selepas 3 hari, Dahlia dibebaskan kerana terbukti menjadi mangsa keadaan. Namun begitu, di sebalik kejadian ini ada hikmahnya. Wanita ini berjaya membebaskan dirinya daripada seorang suami yang mengkhianati dan mengharap pada cinta suaminya yang palsu.
Dahlia juga berharap semoga semua wanita yang tertindas diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh hidup di dunia ini.
Berikut antara komen dari netizen: