Hanya kerana suaminya terlalu menyayanginya dan tidak pernah bergaduh, seorang wanita di Uttar Pradesh, India ceraikan suami.
Wanita ini menuntut penceraian di mahkamah selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga.
Memetik laporan The Week, wanita itu berkata, dia rasa meluat dan tidak dapat menerima apabila suaminya meluahkan perasaannya dengan penuh kasih sayang.
Wanita itu berkata, dia berasa santai di sekeliling kerana suaminya tidak pernah memarahinya selain tidak pernah berasa kecewa walaupun dia melakukan beberapa kesilapan.
“Kadang-kadang dia memasak untuk saya dan membantu saya melakukan kerja rumah.
“Setiap kali saya melakukan sesuatu yang salah, dia sentiasa memaafkan saya… Saya pelik,” katanya.
Selain itu, wanita terbabit memberitahu, dia tidak mahu meneruskan kehidupan rumah tangga kerana suaminya sentiasa bersetuju dengan segala cadangan itu.
Sementara itu, mahkamah bagaimanapun menolak permintaan itu dengan menyifatkan tindakan itu sebagai semata-mata.
Tidak terhenti di situ, wanita berkaitan itu turut memfailkan permohonan cerai di Panchayat, namun sekali lagi usahanya gagal.
Mahkamah dalam pada itu meminta pasangan itu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka sendiri.